Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata hendakkan

Puisi
 

Bulan terang memungut paku,
     Anak kumbang terayap-rayap;
Orang seberang hendakkan aku,
     Hendak terbang tidak bersayap.


Lihat selanjutnya...(6)
Peribahasa

Bakar air hendakkan abu.

Bermaksud :

Pekerjaan yang sia-sia.

 

Lihat selanjutnya...(8)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Hendakkan senarai peribahasa lebih daripada 200..Kami cadangkan saudara dapatkan buku Kamus Istimewa Peribahasa Melayu, yang disusun oleh Abdullah Hussain. Ada 4359 peribahasa dalamnya.Lain-lain22.06.2008
Saya cuma hendakkan kepastian. Mana satu yang betul lazimnya agenda terakhir dalam mesyuarat. LAIN-LAIN HAL atau HAL-HAL LAIN.Frasa yang betul ialah hal-hal lain.Tatabahasa08.04.2014
Siapa-siapa yang hendakkan borang untuk menyertai Ekspedisi Gunung Ledang diminta berhubung dengan Cikgu Farah. Adakah penggunaan Perkataan "hendakkan" salah? Jika salah, apakah cadangan jawapan yang lebih tepat?Ayat yang betul ialah "Sesiapa yang hendak mendapatkan borang untuk menyertai Ekspedisi Gunung Ledang diminta berhubung dengan Cikgu Farah."Tatabahasa04.07.2013
Mohon berikan terjemahan BI untuk pantun ini Hendakkan padi katakan padi, Tidaklah saya tertampi-tampi; Hendak sudi katakan sudi, Tidaklah saya ternanti-nanti. Terima kasihMohon maaf tuan/puan, kami tidak memberi perkhidmatan penterjemahan, tuan/puan boleh menghubungi Persatuan Penterjemahan Malaysia untuk bantuan tersebut. Terima kasih.Lain-lain25.09.2018
assalamualaikum, saya ingin memasang papantanda di premis saya. saya hendakkan kepastian samada kedua- dua papantanda saya ini ada masalah atau tidak?terima kasihUntuk pengesahan papan tanda, sila klik "Khidmat Pengesahan Bahasa" (bukan Khidmat Nasihat Bahasa). Untuk kali pertama tuan/perlu perlu mendaftar dahulu dan dapatkan kata laluan (password) yang dihantar kepada e-mel yang telah didaftarkan dan ikutilah tatacara yang seterusnya. Untuk makluman, papan tanda ini tidak boleh disahkan oleh DBP kerana tidak mempunyai perkataan bahasa Melayu. Sila tambah perkataan bahasa Melayu di bahagian atas dan hantar semula melalui Khidmat Pengesahan Bahasa . Contoh perkataan bahasa Melayu ialah KEDAI HIASAN RUMAH atau KEDAI HIASAN DALAMAN.Lain-lain13.08.2014
BEZA ANTARA PENGGUNAAN MAHU DAN HENDAK.Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, mahu bermaksud  1. suka akan, suka hendak, bersedia akan: dia ~ supaya jawatan itu dipegang oleh se-orang anak negeri; ~ tak ~ a) segan-segan; b) terpaksa, harus; 2. hendak, akan: ~ ke mana budak itu; 3. bp maksud, keinginan, tujuan: apa ~ engkau di sini? Hendak ditakrifkan sebagai 1.= ~ akan = hendakkan berhasrat akan, ingin akan (mempunyai, mendapat, mengambil, dll): seorang buruh pun ~ sebuah rumah yang sederhana; kanak-kanak berebut-rebut ~ akan buah itu. 2. akan, bermaksud akan, mahu: saya selalu tidak ada wang ~ bayar hutang. Istilah22.07.2010
Salam sejahtera! Yang mana satu betul: nak kan atau nakkan. Ayat contoh "saya nak kan/nakkan awak". Conteks dipetik dari segi penulisan dialog. Terima kasih!

Ejaan yang biasa digunakan ialah "nakkan". “Saya nakkan awak” adalah konteks dialog dalam situasi tidak rasmi. Perkataan “nakkan” kependekan  daripada “hendakkan/hendak akan”.  

 

Ejaan03.11.2021

Kembali ke atas