Dalam bahasa inggeris,onomatopoeia bagi hentakan kaki adalah tip-tap-tap,rat-a-tat-tat & clip-clop.Apakah istilah yang tepat dalam bahasa melayu? | Untuk makluman puan, tiada perkataan yang khusus untuk menerangkan bunyi hentakan kaki dalam bahasa Melayu. Ejaan perkataan bagi bunyi tersebut boleh disesuaikan mengikut kreativiti penulis. | Ejaan | 03.04.2022 |
Hampir retak lantai kayu itu dek hentakan Arif. betulkah struktur ayat ini dan penggunaan "dek"? | Penggunaan perkataan dek dalam ayat betul. | Tatabahasa | 04.07.2013 |
Salam. Apakah cadangan pihak DBP bagi terjemahan istilah bahasa Inggeris "key smash". "Key smash" bermaksud perbuatan menekan pelbagai kekunci di papan kekunci secara rawak di dalam sesebuah perbualan, bagi menyatakan perasaan yang sukar untuk digambarkan, lazimnya dalam spektrum kelakar. Bolehkah "hentakan kekunci" digunakan? Untuk maklumat lanjut, boleh rujuk artikel mengenainya di Wikipedia: https://en.wikipedia.org/wiki/Keysmash Terima kasih. | Cadangan terjemahan yang sesuai bagi perkataan "key smash" ialah hentak papan kekunci | Makna | 12.01.2021 |
Salam. Saya ingin meminta pihak DBP untuk menterjemahkan makna perkataan STAMPING ke dalam bahasa Malaysia. Ia bertujuan untuk memohon lesen perniagaan kilang tempat saya bertugas. | Untuk makluman, istilah bahasa Melayu untuk "stamping" ialah tekan tera. Tekan tera bermaksud 1. Proses menghasilkan imej pada kertas dengan mengecap secara mekanikal atau dengan tangan. 2. Proses membentuk sesuatu kepingan logam, plastik dan sebagainya dengan menggunakan hentakan atau tekanan yang kuat. | Istilah | 04.03.2014 |