Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : ; ®hentam. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : bp a) memukul (meninju dsb) dgn hebatnya; b) melakukan sesuatu dgn sesuka hati (tanpa pertimbangan lain yg wajar); menghentam 1. memukul (menumbuk dsb) dgn keras, melanggar dgn kuat: lori itu ~ tiang-tiang kawat yg berderetan; 2. melepaskan kata bantahan, sindiran dsb yg keras (pedas, menyakitkan hati dsb) kpd seseorang yg perbuatan, sikap atau tindak-tanduknya dsb kurang disenangi atau tidak disukai, mem­bidas, mengecam: karya itu hendaklah berunsur positif dan membina, bukannya ~ kepimpinan negara secara melulu dan tidak bertanggungjawab; hentam-menghentam 1. saling menghen­tam (memukul, menumbuk dsb), pukul-memukul; 2. saling membidas (mengutuk, mengkritik, mencela dsb): semasa kempen pilihan raya umum, kata-mengata dan ~ antara parti merupakan perkara yg lumrah; menghentamkan memukul­kan, menum­buk­kan; terhentam terpukul, terhantuk: dia jatuh tersungkur dan kepalanya ~ pd bendul; hentaman 1. hasil (kesan, perbuatan dsb) menghentam (melanggar dsb) dgn kuat: ~ akibat pelanggaran menyebabkan kereta itu remuk sama sekali; ~ meteorit dapat meng­hasilkan tenaga kinetik dan haba yg sangat besar; 2. kecaman: ~ hebat Hitler terhadap peraturan atau sistem hidup selepas perang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
hentam
Kata Terbitan : berhentam, menghentam, hentaman,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam, Adakah 'hentam kromo' dikategorikan sebagai simpulan bahasa? Apakah maknanya? Apakah alasannya? Terima kasih.Mengikut buku Kamus Dewan, ‘hentam kromo’ dilabelkan sebagai bahasa pasar yang membawa maksud (1) memukul dengan hebatnya; (2) melakukan sesuatu dengan sesuka hati, tanpa pertimbangan lain yang wajar.Makna07.05.2014

Kembali ke atas