Salam, Apakah ceraian ayat yang betul bagi ayat majmuk ini? Kemalangan itu berlaku pada petang semalam ketika hujan lebat turun dengan tidak henti-henti. Adakah...? 1. A Kemalangan itu berlaku pada petang semalam. B Hujan lebat turun dengan tidak henti-henti. 2. A Kemalangan itu berlaku pada petang semalam. B Hujan lebat turun dengan tidak henti-henti pada petang semalam. Bolehkah tuan/puan berikan alasannya? Terima kasih. | Contoh yang diberikan ialah ayat majmuk keterangan yang terdiri daripada satu ayat induk dan satu ayat kecil (atau lebih) yang tidak dapat berdiri sendiri. Kemalangan itu berlaku pada petang semalam (ayat induk) + ketika (kata hubung) hujan lebat turun dengan tidak henti-henti (ayat kecil). Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 514. | Tatabahasa | 25.04.2014 |
Para penonton tidak berhenti-henti memuji kecantikan peragawati yang telah menjadi pelakon itu. munsyi, apakah kesalahan dalam ayat ini? TQ | Ayat yang betul ialah: Para penonton tidak henti-henti memuji kecantikan peragawati yang telah menjadi pelakon itu. | Tatabahasa | 16.02.2012 |
Perkataan 'justeru' bukan penanda wacana. Jika 'justeru' bukan penanda wacana, mungkinkah 'justeru' berperanan sebagai kata hubung ? Adakah ayat di bawah boleh diterima? 1. Justeru, para pelajar diwajibkan hadir pada petang ini. 2. Hujan yang turun tanpa henti-henti, justeru menyebabkan banjir kilat berlaku. | Justeru bermaksud 1. kebetulan, tepat, kena benar; dan 2. malahan, bahkan. Justeru yang bermaksud malahan digunakan sebagai penanda wacana penghubung yang merupakan penghubung untuk memberikan maklumat tambahan kepada sesuatu perkara yang diperkatakan sebelumnya. Contoh; "Kuasa melalui proses undang-undang diiktiraf oleh mahkamah. Undang-undang bukan sahaja menentukan bahawa kuasa itu sah, justeru(malahan) menentukan bahawa kuasa itu digunakan dengan munasabah, adil, jujur dan saksama." Untuk maklumat lanjut sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 525 atau merujuk terus penulis buku tersebut seperti Datuk Dr. Nik Safiah Karim. Penggunaan justeru dalam kedua-dua contoh ayat yang diberi adalah kurang tepat. | Tatabahasa | 10.04.2010 |
adakah perkataan berikut boleh digunakan: 1. kompetensi 2. fasiliti atau fisiliti 3. subkomponen 4. survival 5. persisten | Kompetensi boleh digunakan yang bermaksud kecekapan; fasiliti tidak digunakan, boleh digantikan dengan kemudahan; fisiliti kepada kefisilan (bidang Geologi); subkomponen boleh digunakan dalam perkara sukatan atau butiran; survival digantikan dengan hidup atau kewujudan atau peninggalan; persisten tidak digunakan, dan gantikan dnegan berterusan, berulang-ulang, atau tidak henti-henti. | Makna | 18.03.2008 |
Selamat pagi, Kami dari Syarikat Gopi Travel Tours Sdn Bhd ingin memohon papan tanda baru untuk cawangan baru kami di Seremban beralamat No 8, 1st Floor, Jalan Dr. Krishnan, 70000 Seremban, Negeri Sembilan. Maklumat terperinci mengenai papan tanda adalah sepereti berikut: Gopi Travel Tours Sdn Bhd (Mohon Untuk Translet kepada Bahasa Cina Nama Syarikat) Perkhidmatan yang disediakan: Pakej Pelancongan Luar dan Dalam Negara Penempahan Tiket Dalam dan Luar Negara Tempahan Hotel Dalam dan Luar Negara Perkhidmatan BAs Persiaran, Catar, Ekspress dan Henti-Henti p/s: Mohon Pihak Dewan dan Pustaka dapat memberi maklumbalas kepada pihak kami. Terima Kasih | Untuk hal berkenaan pengesahan iklan, sila layari http://dbpsahbahasa.my/ Terima kasih. | Lain-lain | 30.05.2017 |
Salam, Laras bahasa: Komputer abort (vi, n) > henti paksa (kk) Hrp sahkan padanan-padanan imbuhan yg sesuai: 1) menghenti paksa (kk, aktif) 2) dihenti paksa (kk, pasif) 3) hentipaksaan (kn) 4) perhentianpaksaan (kn) TK | Dalam bentuk kata nama (istilah) frasa yang betul ialah henti paksa, manakala dalam bentuk kata kerja frasa yang betul ialah menghenti paksa/dihenti paksa. | Istilah | 20.12.2011 |
Yang manakah ayat berikut lebih tepat ? Saya tidak pasti guna meleleh atau mengalir lebih sesuai bagi air liur. (1) Air liur saya mengalir tidak berhenti-henti apabila terhidu bau durian yang wangi. (2) Air liur saya meleleh tidak berhenti-henti apabila terhidu bau durian yang wangi. | Perkataan yang sesuai ialah meleleh. | Tatabahasa | 26.08.2014 |
Soalannya: Cari kesalahan pada ayat di bawah:- a) Para penonton tidak berhenti-henti memuji kecantikan peragawati yang telah menjadi pelakon itu. b) Kakak mengangkat kesemua cucur udang yang digorengnya itu setelah membalik-balikkannya beberapa kali. c) Tidak ada seorang wartawan pun yang tahu akan nama artis itu yang sebenar | a) Para penonton tidak berhenti-henti memuji kecantikan peragawati yang telah menjadi pelakon itu. - betul b) Kakak mengangkat kesemua cucur udang yang digorengnya itu setelah membalik-balikkannya beberapa kali. - betul c) Tidak ada seorang wartawan pun yang tahu akan nama artis itu yang sebenar - penggunaan akan tidak ada kaitan dengan unsur emotif dalam ayat ini | Tatabahasa | 18.04.2011 |
Maksud lansung | Langsung bermaksud 1. tidak berhenti-henti (perbuatan dll), tidak berantara, lantas, terus: aku pun mengambil sebuah majalah Inggeris ~ membelinya; dr jauh menjunjung duli, sudah dekat ~ menyembah; 2. kekal (utk beberapa waktu), selama-lamanya, terus: aku fikir kalau engkau dan aku benci padanya, tentu dia tak pulang ~; 3. sedikit pun, sama sekali: anak bertuah ini, ~ tak boleh menolong orang; kadang-kadang ada bahagian untuknya, kadang-kadang tidak ada ~; 4. tidak menyimpang atau menyeleweng, tepat, terus: dlm menghadapi kesulitan ini, secara ~ atau tidak, hendaklah kita memberikan sumbangan dgn tidak mengharapkan pujian dan sanjungan; 5. tidak tergendala (pekerjaan dll), diteruskan, jadi: kedua-dua orang muda itu mempunyai harapan supaya pertunangan mereka itu boleh ~; ada orang yg sakit hati kalau perkahwinan itu jadi ~; 6. terlebih drpd matlamat (tujuan, sasaran, dll): ~ dr sasaran; | Lain-lain | 04.08.2010 |
PERATURAN PENAMATAN, RENTI KERJA SENTARA DAN PERSARAAN | PERATURAN PENAMATAN, RENTI KERJA SENTARA DAN PERSARAAN RENTI@HENTI, SENTARA@SEMENTARA | Istilah | 07.04.2011 |