Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata hentian 1


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
1. Apakah penggunaan yang betul mertua ataupun mentua? 2. Dalam bab Fonologi, bolehkan tuan jelaskan tentang hentian glotis [ ? ] misalnya untuk perkataan [ kata?] dengan glotis untuk perkataan [ sa/at ] 3. Seperti yang umum tahu terdapat penggunaan kata 'untuk' yang kadang-kadang digunakan sebagai kata sendi nama dang boleh juga berfungsi sebagai Kata Hubung Pancangan Komplemen. Bolehkah tuan membezakan penggunaan kedua-duanya.Bagi membantu saudara menyelesaikan permasalahan ini, mohon agar dapat dibuat rujukan pada Buku Fonetik dan Fonologi (Arbak Othman) dan Tatabahasa Dewan terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka.Lain-lain26.10.2007
1. Adakah ayat ni betul 'ke hentian bas'? 2. Adakah ayat in betul ' Selesai memandikan arwah saya pandang jam.' 3.Dapat di terimakah perkataan 'Dek kerana itu' 4. adalah perkataan ini betul ' titianSiratul Mustaqim'?1. Ayat itu betul.
2. Ayat tersebut tidak gramatis.
3. Dek bermaksud kerana, frasa deka kerana itu tidak gramatis penggunaannya.
4. Frasa 'siratal mustakim' bermaksud jalan yang lurus, penggunaannya harus sesuai dengan konteks maknanya.
Tatabahasa20.03.2012
Antara berikut, istilah manakah yang paling sesuai untuk merujuk kepada stesen pengangkutan awam ? A. Stesen Bas Ulu Tiram B. Terminal Bas Ulu Tiram C. Perhentian Bas Ulu Tiram D. Hentian Bas Ulu Tiram E. Ulu Tiram Sentral Terima kasih. :)Mengikut Kamus Dewan, (1) stesen ialah bangunan perhentian kereta api atau bas; (2) terminal ialah stesen atau bahagian bangunan di lapangan terbang dll tempat penumpang tiba (pada akhir perjalanan) atau berlepas (memulakan perjalanan); (3) perhentian/ (4) hentian ialah tempat berhenti (bas, teksi, dll). Keempat-empat perkataan tersebut boleh merujuk stesen pengangkutan awam, tetapi kelima-lima nama yang tuan berikan tidak boleh merujuk pengangkutan awam kerana bas bukan satu-satunya pengangkutan awam di negara kita.Istilah28.08.2014
Salam sejahtera, Manakah yang sesuai digunakan bagi terjemahan "Fuel stop"? a) Perhentian minyak b) Perhentian bahan api c) Lain-lain (cadangan anda). Mohon bantuan DBP. Terima kasih.

Terjemahan untuk ‘fuel stop’ boleh ‘hentian/perhentian/stesen bahan api’ atau ‘ ‘hentian/perhentian/stesen bahan api’ bergantung pada tempat yang puan maksudkan. Di Malaysia, ‘petrol station’ ialah ‘stesen minyak’  manakala kebanyakan ‘fuel’ merujuk pada bahan api. 1">

Makna26.01.2015
saya mahasiswa YIU ingin bertanya bagaimanakah cara membaca pantun yang baik?

Untuk makluman saudara, apabila pantun dibaca atau disampaikan khususnya di hadapan khalayak maka hendaklah diberi perhatian seperti berikut:

1. Gerak-geri yang seimbang dengan pantun( Gerak-geri tangan, jelingan dan senyuman)

2. Intonasi dan jeda. Jeda ialah nada/hentian sebutan bagi suku kata pada setiap baris. Intonasi pula ialah nada bagi memisahkan maksud dengan pembayang maksud.

3. Kelancaran ( Tiada kegagapan dan perulangan dalam pengucapan)

Lain-lain14.07.2010
saya mahasiswa YIU ingin bertanya ?bagaimanakah bacaan dalam pantun

Untuk makluman saudara, pantun dibaca atau dipersembahkan mengikut gaya masing-masing, tetapi dicadangkan supaya  mengikut panduan  berikut:

1. Gerak-geri yang seimbang dengan pantun. ( Gerak-geri tangan, jelingan dan senyuman). Aksi tersebut tidak boleh berlebihan.

2. Intonasi dan Jeda. Jeda ialah nada/hentian sebutan bagi suku kata pada setiap baris. Intonasi pula ialah nada bagi memisahkan maksud dengan pembayang maksud pantun.

3. Kelancaran. Tiada kegagapan dan perulangan dalam pengucapan.

 

Lain-lain14.07.2010
Assalamualaikum dan selamat pagi. Saya ada beberapa soalan berkenaan dengan pantun. 1) Apakah kriteria yang dinilai dalam pertandingan pantun kebangsaan? 2) Sekiranya tema yang diberikan ialah adat dan budaya masyarakat, sejauh manakah tema itu harus diolah/dikupas? adakah ianya secara umum atau seharusnya spesifik kepada aspek-aspek tertentu, misalnya adat perkahwinan, budaya membaca dan sebagainya?

Untuk makluman saudara, mereka yang menyertai pertandingan pantun sama ada peringkat kebangsaan atau IPTA, pantun yang dijual/beli  akan dinilai berdasarkan isi, bahasa dan persembahan. Dari segi isi, penekanan kepada:

1.  Ketepatan soalan/jawapan: jelas dan sesuai dengan tema

2. Pantun yang dijual mempunyai soalan

3. Jualan/belian pantun yang terkeluar daripada tema yang ditetapkan atau pantun yang berupa pelarian  tidak mendapat markah.

Dari segi bahasa pula, seorang pemantun hendaklah bijaksana memilih ,

1. Pola rima dan suku kata

2. Terdapat kesinambungan/hubungan antara baris 1 dan 2( Keindahan unsur alam, kerenah manusia dan unsur sejarah)

3. Kemunasabahan pembayang maksud

3. Pemilihan kata( Keindahan alam, kerenah manusia dan unsur sejarah)

4. Sebutan yang jelas 

Dari segi persembahan pula, penyampaian seorang pemantun akan dinilai melalui,

1. Gaya persembahan seimbang dengan pantun

2. Intonansi( nada pemisah antara pembayang dan maksud)

3. Jeda( nada/hentian sebentar pada dua patah perkataan awal setiap baris)

4. Kelancaran( tanpa kegagapan dan pengulangan)

  Untuk makluman saudara juga , setiap rangkap pantun yang dijual atau dibeli hendaklah menepati tema yang telah ditetapkan dan kalau boleh biarlah spesifik.

Lain-lain18.11.2010
Assalamualaukum/Selamat pagi, Tuan/Puan/Cik, Saya dengan sukacitanya merujuk perkara di atas memaklumkan bahawa terdapat penggunaan bagi kosa kata "Pengkalan" dan "Pangkalan" yang digunakan bagi merujuk kepada pejabat cawangan kami. Sebagai contoh Pengkalan/Pangkalan Sri Aman dan lain-lainnya. Sebagai pengguna, saya keliru yang mana satu daripadanya boleh digunapakai sebagai kosa kata yang tepat. Apa yang saya ketahui perkataan "Pengkalan" tidak terkandung dalam daftar rasmi Dewan Bahasa dan Pustaka melainkan perkataan" Pengkal" sahaja, yang saya fahami digunakan untuk awalan atau terbitan bagi sesuatu objek. Saya memohon khidmat nasihat pihak tuan bagi membetulkan penggunaan kosa kata ini, seterusnya membetulkan penggunaannya untuk tujuan pejabat cawangan kami secara tepat. Penjelasan daripada pihak tuan akan kami jadikan sebagai rujukan rasmi. Sekian, terima kasih. Yang benar, AFFANDDY BIN NARANI Eksekutif, Padiberas Nasional Berhad, Pejabat Wilayah Sarawak. Kuching.

Perkataan yang betul ialah "pangkalan", iaitu dari kata dasar pangkal dan mendapat akhiran -an. Pangkalan membawa pelbagai maksud: 1. perhentian: hentian, stesen, terminal, persinggahan, transit, pelabuhan, limbungan, jeti, tambatan dan pelantar; dan 2. ibu pejabat: markas, depo, kem dan pusat. Lihat Tesaurus Bahasa Melayu Dewan, halaman 619. Pengkal ialah kata lama yang bermaksud pingkal dan tidak ada kata terbitan yang wujud daripada kata pengkal.

Tatabahasa21.07.2011
Salam. Saya ada pertanyaan mengenai tanda baca elipsis. Saya rujuk website DBP, ada beberapa jawapan, saya pun keliru. Saya ingin tanya, tanda elipsis hendak letak 3 atau 4 titik?Perlukah ia letak space antara perkataan atau titik? Terima Kasih.Elipsis ialah tiga titik (...) yang mempunyai jarak biasa dengan fungsi berikut:

1. Menunjukkan pengguguran bahagian teks, khususnya petikan, sama ada di bahagian awal, tengah atau akhir sesuatu ayat atau teks.
2. Menunjukkan satu siri atau senarai nama yang bersambung yang bermaksud dan seterusnya atau dan sebagainya.
3. Menandakan hentian sebentar dalam pengucapan atau penyampaian idea yang tidak lancar.

Tanda ellipsis hendaklah dijarakkan daripada perkataan/tanda baca sebelum dan selepasnya.

Untuk lebih jelas, sila rujuk Gaya Dewan pada halaman 71-72.
Tatabahasa22.11.2017

Kembali ke atas