Tuan, Adakah susunan ayat di bawah bagi penggunaan 'positif' betul? Untuk mengetahui sama ada anda mempunyai virus hepatitis aktif dan memantau tahap virus semasa kajian jika anda positif Hepatitis B atau C. | Kedudukan perkataan positif dalam ayat “jika anda positif Hepatitis B atau C” betul. Namun begitu, ayat sebelumnya tidak jelas apa yang pihak tuan mahu sampaikan. | Tatabahasa | 04.10.2019 |
Saya ingin menanya apakah perkataan yang sesuai untuk ayat dibawah iaitu "menghentikan" atau "memberhentikan". Berikut adalah ayat tersebut: Jika anda tidak ingin meneruskan penyertaan selepas andamenghentikan rawatan, anda harus terus berjumpa dengan doktor anda secara tetap, kerana virus Hepatitis B boleh “meradang” ke paras yang tinggi dan menyebabkan kerosakan kepada hati anda dalam minggu-minggu selepas menghentikan terapi. Bolehkah tuan menjelaskan makna setiap perkataan tersebut. | Menurut Kamus Dewan memberhentikan bermaksud 1. menjadikan (menyebabkan) berhenti, membiarkan berhenti. 2. mengakhiri, menyudahi, menamatkan. 3. memecat, melepaskan seseorang drpd pekerjaan (jawatan dll): guru itu sudah diberhentikan. Memberhentikan juga bermakna menghentikan. | Makna | 02.11.2007 |