Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[hé.rét] | هيريت

Definisi : (hérét); mengheret 1. menarik (dgn paksa), menghela (dgn kuat), menyeret: Ali terus mengikut saya dr belakang sambil ~ basikalnya; 2. membawa seseorang ke sesuatu tempat: dia telah diheret ke balai polis kerana disyaki mencuri; 3. memikat hati orang (utk mendapatkan harta bendanya dll), memperdaya, menipu; terheret terlibat bersama: perang yg menye­bab­kan negara kuasa besar ~ ke dalamnya; heretan 1. sesuatu yg diheret; 2. Jk sampan (perahu) penambang; pengheretan 1. perbuatan mengheret, pe­nye­retan; 2. sj kenderaan (utk membawa barang) yg ditarik; 3. Jk penipu, pendusta. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[hé.rét] | هيريت

Definisi : /hérét/; mengheret menarik (sesuatu) di atas tanah dll; menghela; menyeret: Dia ~ kerusinya sampai ke muka pintu. heretan 1 sesuatu yg diheret. 2 hasil mengheret; helaan. pengheretan 1 perbuatan atau hal mengheret. 2 sj kenderaan (utk membawa barang-barang) yg ditarik. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
heret
Kata Terbitan : mengheret, heretan, pengheretan, pengheret,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
perkataan yang sesuai dengan ayat "menarik sesuatu secara paksa".Heret atau Seret.mana yang lebih sesuai.Kedua-dua perkataan seret bersinonim dengan perkataan heret, oleh itu boleh digunakan bagi maksud "menarik sesuatu secara paksa".Tatabahasa17.04.2009

Kembali ke atas