Maklumat Kata

Kamus Bahasa Inggeris



Definisi : interj (colloq) hai. (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata hi


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Hi. saya ingin mendapatkan kepastion untuk terjemahan bagi fraud and scam. terima kasih.Padanan bagi istilah fraud dalam bahasa Melayu ialah fraud dan scam ialah penipuan. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam bidang undang-undang.Istilah15.08.2024
Hi, saya ingin bertanya adakah boleh untuk nama jenama ditulis menggunakan huruf kecil sepenuhnya di dalam teks? Contohnya nama jenama adalah "mak'cik". Bolehkah kalau saya tulis seperti ayat di bawah: 1) mak'cik adalah jenama yang paling saya gemari. 2) Mak'cik adalah jenama yang paling saya gemari. Bolehkah saya hanya gunakan huruf kecil di dalam ayat, ataupun perlu mengikut huruf besar atau kecil dalam perenggan ayat? Sye lampirkan logo yang sekarang kami gunakan. Terima kasih.

Sekiranya nama atau jenama yang menggunakan huruf kecil telah berdaftar dengan Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO), huruf kecil perlu digunakan dalam ayat walaupun perkataan tersebut terletak pada pangkal ayat. Jika tidak berdaftar dengan MyIPO, nama atau jenama perlu menggunakan huruf besar pada pangkal ayat.   

Tatabahasa20.08.2024
Hi, boleh saya tahu adakah perkataan "sarapan" memerlukan "pagi" atau "sarapan" sahaja pun boleh digunakan? Seterusnya, boleh saya tahu jika kita mempunyai istilah untuk "late-night snack". Terima kasih!Frasa yang betul ialah "sarapan". Cadangan terjemahan untuk "late night snack" ialah "snek lewat malam". Cadangan terjemahan ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya.Istilah15.08.2024
Hi, PRPM menyenaraikan perkataan "babai" di dalam Kamus Dewan Edisi Keempat. Bolehkah "babai" digunakan sebagai terjemahan untuk "Bye" atau "Goodbye di dalam konteks penulisan buku atau terjemahan sari kata? Bolehkah diguna pakai sebagai alternatif singkat untuk "selamat tinggal"?Kata "babai" ialah kata basahan yang hanya sesuai digunakan dalam ucapan harian secara tidak formal/rasmi. Untuk penerbitan buku karya kreatif, khususnya dalam dialog, dan  penulisan sari kata, kata babai boleh digunakan menggantikan kata selamat jalan atau selamat tinggal yang biasanya diucapkan sambil melambaikan tangan.

Untuk mendapatkan maklumat terkini tentang perbendaharaan kata bahasa Melayu, sila rujuk Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020).
Makna02.08.2024
Hi min nak tanya, yang betul konsistensi atau kekonsistenan? Ke sama je dua tu? Mohon penjelasan terima kasih.

Kedua-dua perkataan ini betul apabila digunakan mengikut konteks dan konsep penggunaan.

Konsistensi bermaksud tetap berpegang pada pendirian, pendapat dan sebagainya yang sama; tekal. Contoh ayat: Ayob begitu konsisten ketika dia menyampaikan dakwaannya. Rujuk Kamus Dewan Perdana, (DBP, 2021), halaman 1149.

Kekonsistenan bermaksud hal atau keadaan yang konsisten, ketekalan. Contoh ayat: Ketekunan dan kekonsistenan ketika melakukan sesuatu pekerjaan adalah antara kunci untuk meraih kejayaan. Rujuk Kamus Dewan Perdana, (DBP, 2021), halaman 1149.

Makna10.08.2024
Hi, saya ingin bertanya, bagaimana untuk menterjemahkan "Positive Goodness in Every Drop" dalam Bahasa Malaysia. Terima kasih!
Untuk makluman tuan/puan, DBP tidak menyediakan perkhidmatan terjemahan. Bagi mendapatkan perkhidmatan penterjemahan, tuan/puan boleh menghubungi Persatuan Penterjemah Malaysia melalui talian 03-92262506 atau e-mel: terjemah1@gmail.com dan Institut Terjemahan dan Buku Malaysia melalui talian 03-41451942 atau e-mel: info@itbm.com.my.
Lain-lain04.07.2024
Hi, saya sentiasa mengelirukan penggunaan imbuhan. Bila nak guna akhiran kan, i dan bila guna memper...kan atau tidak ada kan. Bila tidak perlu guna imbuhan? Terima Kasih.

1) Imbuhan akhiran –kan merupakan akhiran yang membentuk kata kerja dalam bahasa Melayu. Semua golongan kata utama, iaitu kata nama, kata kerja, kata adjektif, dan beberapa jenis kata tugas boleh bergabung dengan akhiran –kan untuk membentuk kata kerja. Contohnya,  i. kata nama - bukukan, pasarkan, dirikan; ii. kata kerja transitif - bacakan, belikan, masakkan; iii. kata kerja tak transitif - lahirkan, tidurkan, terbangkan; iv. kata adjektif - panjangkan, besarkan; v. kata tugas - sudahkan, sertakan.  Akhiran –kan boleh juga hadir dalam ayat dengan beberapa imbuhan lain, iaitu meN-...-kanbeR-...-kanmempeR-...-kandi-...-kan, dan dipeR-...-kan. Contohnya: berbantalkan, dipertingkatkan. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2015), halaman 183-186.

2) Imbuhan akhiran –i membentuk kata kerja transitif. Terdapat dua pengertian khusus penggunaan akhiran –i,  iaitu:

(i) memberi pengertian kausatif atau menyebabkan sesuatu jadi: baik – baiki (menyebabkan sesuatu jadi baik), sudah - sudahi.

(ii) memberi pengertian lokatif, iaitu menyatakan unsur tempat: turuni lurah – turun ke lurah. Sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2015),  halaman 186-190.

3) Apitan memper-...-kan boleh bergabung dengan kata nama dan kata kerja untuk membentuk kata kerja. Contohnya: memperisterikan, memperbudakkan, mempersendakan, memperdengarkan, memperlihatkan, mempertunjukkan.

4) Walau bagaimanapun apitan memper-...-kan tidak boleh bergabung dengan kata adjektif, sebaliknya awalan memper- digunakan dengan kata adjektif untuk membawa maksud menjadikan lebih atau bertambah. Contohnya: besar – memperbesar (menjadi lebih besar atau bertambah besar) dan indah – memperindah (menjadikan bertambah indah).Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2015), halaman 208-211.

Tatabahasa08.06.2024
Hi, untuk frasa ini - Coconut Cream Covered Wafer with Coconut Flakes (deskripsi dalam bahasa melayu - Wafer Bersalut Krim Kelapa dengan Kepingan Kelapa) adakah betul? apakah ayat yang sesuai untukCoconut Flakes dalam bahasa melayu?Cadangan terjemahan bagi “Coconut Cream Covered Wafer with Coconut Flakes” ialah “Wafer Bersalut Krim Kelapa dengan Kepingan Kelapa”, bergantung pada kesesuaian penggunaan dalam bidang tertentu. Makna23.05.2024
Hi, adakah perkataan "Transaksional" boleh digunakan? Ada perkataan lain tak?Kata "transaksional" ialah kata padanan bagi "transactional" dalam bahasa Inggeris. Kata ini digunakan mengikut konteks dan konsep yang bersesuaian, khususnya dalam bidang perubatan.Lain-lain16.05.2024
Hi, saya selalu mengelirukan terhadap subjek semasa menulis ringkasan. Contohnya, jika subjek yang pertama saya tulis "pelajar yang menguruskan masa dengan baik dapat...", untuk subjek seterusnya boleh saya tulis "pelajar tersebut" atau "pelajar". Boleh saya tulis "kita" juga?

Untuk ayat yang berikutnya, perkataan “pelajar tersebut” boleh digunakan dan penggunaan perkataan tersebut bergantung pada kesesuaian serta konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang atau laras bahasa.

Tatabahasa15.05.2024
12345678910...

Kembali ke atas