Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[hi.bur] | هيبور

Definisi : ; menghibur menyenangkan atau me­ng­girangkan hati: cerita sedih atau tragedi juga ~ dgn caranya sendiri; berhibur, berhibur-hibur berbuat sesuatu utk menghiburkan (menyenangkan) hati: kurangnya kemahuan utk mengikis sikap suka ~; menghiburkan menyenangkan, menggi­rang­­kan, melipurkan: yg boleh ~ hatinya ialah kekanda dan adindanya sahaja; muzik ~ hati, lebih-lebih lagi setelah penat memeras otak; terhibur menjadi senang (girang, gembira) hati, terlipur hatinya: setelah Sira Panji bertemu dgn saudaranya, maka ~lah sedikit hatinya; hiburan sesuatu (perbuatan, benda, dll) utk menghiburkan (menyenangkan, menente­ram­­­kan) hati: mudah-mudahan cerita ini dapat menjadi ~ kpd sekalian pembaca; taman ~ tempat menghiburkan hati; penghiburan hal menghibur(kan); penghibur 1. sesuatu yg boleh menghiburkan hati, pelipur; 2. orang (spt penyanyi, pelawak, dsb) yg kerjanya menghiburkan orang ramai, pelipur. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[hi.bur] | هيبور

Definisi : ; berhibur berbuat sesuatu utk menggembirakan hati: Dia pergi ~ utk menghilangkan rasa sedihnya. menghibur menyukakan atau menggembirakan hati; melipur: Dayang-dayang bernyanyi dan menari utk ~ hati tuan puteri yg sedang berdukacita. terhibur menjadi gembira atau suka hati; terlipur (hatinya): Setelah bertemu dgn saudaranya, maka ~lah sedikit hatinya. hiburan se­suatu yg dpt menghibur (menyukakan, menggembirakan) hati: Membaca buku-buku syair atau mendengar orang membaca syair menjadi suatu ~ kpd nenek moyang kita pd zaman dahulu. penghiburan hal atau perbuatan menghibur. penghibur orang atau sesuatu yg menghibur hati; pelipur. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hibur
Kata Terbitan : berhibur, menghiburkan, terhibur, hiburan, penghibur,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
1.Bolehkah menggunakan kata serapan seperti, edutainment, infotainment. 2.Jika tidak, bolehkah dikhususkan makna sebenar dalam bahasa melayu? 3. Adakah DBP KL mempunyai sebarang koleksi perkataan yang terbaharu seperti di atas. terima kasih

Padanan bahasa Melayu untuk istilah edutainment ialah didik hibur dan padanan untuk infotainment ialah maklumat hibur. Kedua-dua istilah ini terdapat dalam bidang Teknologi Maklumat. Untuk makluman DBP telah menerbitkan pelbagai kamus istilah, glosari istilah dan daftar istilah dalam pelbagai bidang ilmu seperti Teknologi Maklumat, Teknologi Angkasa dan sebagainya. Buku ini boleh dibeli di Kedai Buku Koperasi DBP atau wakil penjual buku DBP yang lain.

Istilah13.01.2011
Saya berasa musykil tentang diftong, vokal berganda, digraf dan konsonan berganda yang diajar dlm buku teks tahun 2 KSSR. Dan saya bukan orang pertama yang keliru dengan pendekatan dalam buku teks itu. Adakah wajar perkara yang mengelirukan itu diajar dengan sekadar touch n go kepada kanak-kanak yang baru hendak mengenal bahasa?Bukan itu sahaja, ayat majmuk dan ayat tunggal juga di ajar dengan hanya mewarnakan perkataan itu dengan harapan murid tahun dua dapat membezakannya. Sesuatu perlu dilakukan oleh DBP sebagai penasihat bahasa kebangsaan untuk mengubah isu/cara touch n go ini bagi terbitan buku teks seterusnya.

Untuk makluman puan, penyediaan bahan dalam buku teks Bahasa Malaysia Tahun 2 SK tidaklah dibuat secara touch n go sahaja. KSSR pada Tahap 1 (Tahun 1-3)  menitikberatkan  kemahiran literasi dan aplikasi bahasa pada peringkat asas. Murid perlu menguasai asas kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis terlebih dahulu, manakala aspek seni bahasa dan tatabahasa menyokong bahan yang dipersembahkan.

 

Pendekatan untuk mengenali konsep diftong, vokal berganding, digraf dan konsonan berganda dalam buku teks Tahun adalah merupakan pendekatan pembelajaran bahasa yang lebih santai dan secara didik hibur sesuai dengan tahap murid Tahun 2. Hal ini sebagaimana yang telah dinyatakan dalam halaman pendahuluan (iv-v). Murid hanya diminta mengenali perkataan yang berkaitan yang ada dlm buku teks dan buku aktiviti dengan kemahiran dengar dan sebut/tutur, misalnya hlm 2, Kemahiran Membaca hlm 3 dan kemahiran Menulis hlm 4.

 

Murid tidak diberatkan dengan penghafalan set definisi konsep tetapi lebih kepada upaya menyebut, membaca dan menulis perkataan yang berkaitan. Aktiviti  ini seupaya mungkin diaplikasikan dalam pengajaran dalam bilik darjah oleh guru.  Perincian tentang definisi/konsep  diftong, vokal berganding digraf dan konsonan berganda kerana hanya didedahkan atau  diperincikan dalam buku Bahasa Malaysia Tahun 3.

 

Begitu juga halnya dengan kaedah mengenal pasti ayat majmuk dan ayat tunggal. Murid Tahun 2 hanya menggunakan kemahiran membaca ayat misalnya hlm 7, tidak perlu menghafal definisi ayat tunggal atau ayat majmuk secara terperinci tetapi sekadar boleh menyebut, membaca dan menulis jenis ayat tersebut. Pemeringkatan kefahaman tentang ayat tunggal dan ayat majmuk dilaksanakan lebih mendalam dalam buku Bahasa Malaysia Tahun 3.

 

Perhatian puan dalam hal ini didahului dengan ucapan terima kasih.
Tatabahasa15.05.2013

Kembali ke atas