Adakah konsep "Hidden Verb" atau "normalization" dalam tatabahasa Inggeris digunakan dalam tatabahasa Bahasa Melayu? Contoh: Setibanya di hospital, pemeriksaan telah dijalankan ke atas pesakit oleh Dr Abd Halim , atau Setibanya di hospital, Dr Abd Halil telah memeriksa pesakit tersebut. Terima kasih. | Untuk makluman tuan, dalam pangkalan data kami tiada maklumat mengenai Hidden Verb dan normalization ini. Kedua-dua ayat yang diberikan ini adalah betul. | Tatabahasa | 25.01.2017 |
Saya sedang membuat kajian dalam bidang teks steganografi. Saya ingin mengetahui masuk Bahasa Melayu yang sesuai digunakan bagi perkataan Bahasa Inggeris berikut berikut: 1. cover text - teks penutup @ teks pelindung 2. hidden message - mesej rahsia @ mesej tersembunyi atau ada perkataan lain yang lebih sesuai. Terima kasih | Padanan bahasa Melayu yang dicadangkan untuk perkataan bahasa Inggeris yang diberikan ialah: 1. cover text - teks pelindung 2. hidden message - mesej tersembunyi | Istilah | 24.11.2016 |
Salam sejahtera. Apakah padanan istilah bahasa Melayu yang sesuai untuk "conscious mind" dalam ayat-ayat berikut: 1. ...hidden emotions that drive our "conscious mind" play a most important role... 2. We can learn to be familiar with the biases and access them from our "conscious mind". 3. ...the dominant influence of the unconscious and subconscious on our "conscious mind"... 4. ...where the subconscious drives the "conscious mind" Terima kasih. | Cadangan padanan bahasa Melayu bagi istilah conscious mind secara umumnya ialah minda sedar. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu. | Istilah | 30.01.2024 |
"Gangguan Seksual: Tolak Normalisasi, Tegakkan Hormat" | hidden;"> Pertanyaan tuan tidak jelas. Sila nyatakan dengan lebih terperinci maksud pertanyaan tuan bagi membolehkan pihak kami membantu saudara dalam perkara ini. | | Tatabahasa | 03.10.2024 |
Assalamualaikum, Yang mana betul? ke berapa, atau keberapa? Ayat contoh? Awak ni anak yg ke berapa/keberapa? Sekian, terima kasih! | Ejaan yang betul ialah ke berapa. | Ejaan | 17.01.2023 |
Apakah maksud “kelamia” dalam iklan ini, atau tidak ada perkataan ini dalam kamus Dewan? Terima kasih. | hidden;"> Perkataan "kelamia" tidak terdapat dalam bahasa Melayu dan tiada dalam Kamus Dewan Perdana. | Ejaan | 24.11.2023 |
Kereta saya berada di bengkel untuk pembaikan. Ayat ini betul ke? | Ayat "Kereta saya berada di bengkel untuk pembaikan" adalah betul. hidden;"> | Tatabahasa | 09.11.2022 |
Saya marah terhadap Abu kerana dia memecahkan pasu bunga saya. Ayat ini betul ke? | Ayat yang betul ialah "Saya marah akan Abu kerana dia memecahkan pasu bunga saya." hidden;"> | Lain-lain | 24.11.2022 |
Pengerusi Prasarana Malaysia, Dato' Sri Tajuddin Abdul Rahman mengatakan bahawa Prasarana Malaysia akan memberikan bantuan khas RM1,000 setiap seorang kepada 213 orang mangsa kemalangan di Laluan Kelana Jaya. Betulkah ayat di atas dari segi tatabahasa? | hidden;">Ayat yang lebih sesuai ialah Pengerusi Prasarana Malaysia, Dato' Sri Tajuddin Abdul Rahman menyatakan bahawa Prasarana Malaysia akan memberikan bantuan khas sebanyak RM1,000 setiap seorang kepada 213 orang mangsa kemalangan LRT Laluan Kelana Jaya. | Tatabahasa | 26.05.2021 |
Betulkah ayat di bawah? 1) Kita perlulah membentuk sikap cemerlang di sekolah. 2) Pakatan Harapan memulakan usaha untuk memartabatkan Bahasa Melayu. 3) Allah yang menguasai segalanya. 4) Mesin itu berfungsi dengan baiknya. 5) Kakak Din selamat melahirkan anak keduanya. | hidden;"> 1. Kita perlulah membentuk sikap cemerlang di sekolah - ayat ini tidak betul. 2. Pakatan Harapan memulakan usaha untuk memartabatkan Bahasa Melayu - ayat ini tidak betul. 3. Allah yang menguasai segalanya. Betul. 4. Mesin itu berfungsi dengan baiknya. Betul. 5. Kakak Din selamat melahirkan anak keduanya. Betul. | | Tatabahasa | 07.07.2022 |