Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[hi.dro.kar.bon] | هيدروکربون

Definisi : (Kim) sebatian organik yg terdiri drpd unsur-unsur hidrogen dan karbon; ~ alifatik hidrokarbon yg atom-atom kar­bonnya tersusun dlm bentuk rantai lurus atau rantai bercabang (mis alkana, alkena, dan alkuna); ~ siklik hidrokarbon yg sebahagian atau kesemua atom karbonnya tersusun dlm bentuk gelang tertutup; ~ tak tepu hidrokarbon yg mengandungi sekurang-kurangnya satu ikatan ganda dua dan/atau satu ikatan ganda tiga di antara atom-atom karbonnya; ~ tepu hidrokarbon yg unsur karbonnya terikat antara satu sama lain dgn ikatan tunggal. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[hi.dro.kar.bon] | هيدروکربون

Definisi : ist bahan-bahan (spt benzin) yg terdapat hidrogen dan karbon di dlmnya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata hidrokarbon


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah padanan bagi "polynuclear aromatic hydrocarbons"?Cadangan padanan yang sesuai bagi "polynuclear aromatic hydrocarbon" ialah hidrokarbon aromatik polinuklearMakna18.07.2021
Boleh tak tolong periksa ayat-ayat di bawah sama ada betul dari segi tatabahasa? 1. Mereka tidak sanggup membelanjakan wang yang banyak untuk memasang alat penapis walaupun asap-asap yang dibebaskan mengandungi sulfur dioksida dan hidrokarbon yang mampu menjejaskan kualiti udara. 2.Mereka terlalu malas untuk menanam apatah lagi membawa sampah-sarap ke tempat pelupusan sampah atau pusat kitar semula. 3.Pencemaran udara berpunca daripada pembebasan asap dari kawasan perindustrian,

Ayat yang betul adalah seperti yang berikut:

1. Mereka tidak sanggup membelanjakan wang yang banyak untuk memasang alat penapis udara walaupun asap yang dibebaskan mengandungi sulfur dioksida dan hidrokarbon yang mampu menjejaskan kualiti udara.

 

2. Mereka terlalu malas untuk menanam sampah sarap apatah lagi membawanya ke tempat pelupusan sampah atau ke pusat kitar semula.

 

3.Pencemaran udara berpunca daripada pembebasan asap dari kawasan perindustrian.

Tatabahasa10.07.2014
Salam sejahtera. Saya ingin bertanya, pencarian istilah DBP menterjemahkan "asphalt" kepada "asfalt". Bukankah terdapat istilah "turap" yang kebiasaannya digunakan? (cth: jalan berturap). Apakah perbezaan antara kedua-duanya? Saya juga ingin bertanya, yang mana lebih tepat: 1) mahkamah telah menetapkan bagi perbicaraan tersebut DIDENGAR esok; atau 2) mahkamah telah menetapkan bagi perbicaraan tersebut DIDENGARI esok. Terima kasih.Waalaikumussalam...

Menurut Istilah MABBIM daripada data kami maksud asphalt dari bidang geologi ialah asfalt. Maksud asfalt ialah dari bidang fizik dan geografi ialah:
1. bahan berbitumen yang berbentuk separuh pepejal, berlekit, berwarna hitam, dan terdiri daripada campuran alkana, hidrokarbon aromatik, dan sebatian hidrokarbon yang lebih kompleks.
2. Bahan perintang asid dalam cetak guris. 

Ayat yang betul ialah mahkamah telah menetapkan bagi perbicaraan tersebut didengari esok.

Sekian terima kasih.
Istilah22.01.2018
Kepada pihak Dewan Bahasa dan Pustaka, Saya ingin mendapatkan pandangan DBP berkenaan terjemahan istilah teknikal “nitrogen purging” ke dalam Bahasa Malaysia yang tepat. Dalam industri minyak dan gas, nitrogen purging merujuk kepada proses memasukkan gas nitrogen ke dalam tangki atau paip untuk menyingkirkan oksigen, wap hidrokarbon, atau udara, dengan tujuan memastikan keadaan selamat sebelum operasi. Mohon panduan sama ada istilah yang sesuai digunakan dalam Bahasa Malaysia ialah “pembersihan nitrogen”, “penyahgasan nitrogen”, atau bentuk lain yang lebih tepat. Sekian, terima kasih atas bantuan pihak DBP.Padanan bahasa Melayu bagi istilah nitrogen purging ialah pembersihan nitrogen. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu.Istilah23.09.2025
perbezaan antara cecair dan jellyBerdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, cecair bermaksud bahan yg cair sifatnya dan dapat mengalir dgn bebas tanpa bentuk tertentu, mis air dan minyak, cairan: apabila dipanaskan, ais berubah menjadi ~; manakala padanan istilah jelly dalam bahasa Melayu ialah jeli yang bermaksud sj bahan spt agar-agar; ~ petroleum campuran hidrokarbon yg separa pepejal dan lut cahaya, dan digunakan dlm industri ubat-ubatan, kosmetik, dsb.Istilah03.02.2010

Kembali ke atas