Maklumat Kata

Kamus Bahasa Inggeris



Definisi : n tanah tinggi. (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata highland


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Ejaan Cameron Highland atau Cameron Highlands yang betul?Ejaan yang betul ialah Cameron Highlands.Ejaan25.05.2012
tolong betulkan ayat ini jika ada kesalahan. Tragedi Kondominium Highland Tower runtuh ini berlaku dalam tahun 1993 di Taman Hillview, Ulu Klang. Ia merupakan satu tragedi bangunan runtuh paling buruk di Malaysia dalam bulan November dan Disember membawa hujan yang lebat melampau yang boleh menyebabkan tanah runtuh dan banjir kilatTragedi keruntuhan Kondominium Highland Tower di Taman Hillview, Ulu Kelang berlaku pada tahun 1993. Ia merupakan tragedi bangunan runtuh paling buruk di Malaysia sehingga kini. Lazimnya hujan yang lebat melampau yang boleh menyebabkan tanah runtuh dan banjir kilat berlaku pada bulan November dan Disember.Tatabahasa09.04.2013
Apakah perbezaan rindu, merindu, merindui, merindukan? Adakah ayat "saya merindu cuaca di Cameron Highland" betul?

Perkataan-perkataan yang dinyatakan boleh dibezakan melalui carian makna. Untuk mendapatkan makna perkataan rindu, merindu, merindui dan merindukan, sila buat carian melalui Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM) prpm.dbp.gov.my.

Ayat yang betul ialah “Saya merindui cuaca di Cameron Highlands”.

Tatabahasa02.12.2022
Adakah ayat berikut betul? 1. Jalan ke Tanah Tinggi Cameron bengkang-bengkok. Sekiranya salah bolehkah saya tahu mengapa?Salam sejahtera,

Tuan,

Ayat yang dikemukakan betul. Bengkang-bengkong membawa maksud tidak lurus yang boleh digunakan untuk menunjukkan jalan ke Tanah Tinggi Cameron Highland tidak lurus atau berliku-liku.

Sekian, terima kasih.
Tatabahasa06.04.2018

Kembali ke atas