Maklumat Kata

Kamus Bahasa Inggeris



Definisi : adv 1. in, to a high degree, (ter)sangat, amat: a ~ respected academician, ahli akademi yg sangat dihormati; a ~ amusing film, filem yg sangat menggelikan hati; 2. at, to a high level, sangat tinggi: a ~ educated person, orang yg sangat tinggi pendidikannya; a ~ paid job, pekerjaan yg sangat tinggi gajinya; 3. at, to a high price, sangat /tinggi, mahal/: the car is ~ priced, kereta itu sangat mahal harganya; 4. with esteem, tinggi: to think ~ of the boy, memandang tinggi thdp budak itu; speak ~ of so., memuji sso. (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata highly


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah terjemahan bagi perkataan "highly-connected" dan "connectivity". Contoh penggunaan - "The city is highly-connected with advanced digital connectivity & reliable transportation". Terima kasih.Istilah Highly-connected masih belum ada dalam data pangkalan kami. Cadangan yang sesuai bagi terjemahan highly-connected ialah mengikut konteks ayat yang diberikan ialah berhubung sepenuhnya manakala maksud connectivity dalam bidang teknologi maklumat ialah ketersambungan. Makna09.10.2017
Salam sejahtera, Saya ingin tahu terjemahan sesuai untuk perkataan Imagineer. Imagineer is a person who devises and implements a new or highly imaginative concept or technology, in particular one who devises the attractions in Walt Disney theme parks. Terima kasih.Cadangan terjemahan yang sesuai bagi "imagineer" ialah kejuruteraan imaginasi atau jurutera imaginasiMakna17.11.2020
assalamualaikum/salam sejahtera. Saya ada kemusykilan berkaitan istilah "teacherpreneur" dalam bahasa Malaysia. "teacherpreneur" dirujuk sebagai: "teacher leader of proven accomplishment possessing a deep knowledge of how to teach, a clear understanding of what strategies must be in play to keep schools highly successful, and the skills and commitment necessary to spread their expertise to others".Untuk makluman, istilah "teacherpreneur" belum ada dalam pangkalan data kami. Istilah ini akan dikemukakan kepada Bahagian Peristilahan dan Leksikologi untuk mendapatkan padanan bahasa Melayu yang sesuai.Istilah06.07.2013
saya ingin mendapatkan terjemahan untuk frasa dibawah yang berkaitan tentang produk kecantikan dan kesihatan: 1) life enhancing product 2)This is what we do best 3)metabolism maintenance 4) Financial freedom 5) shellfish allergies 6) transformation From the inside out 7) start living your healthy life today 8) Joint comfort 9) highly bioavailable 10) powerfulUntuk makluman tuan, kami tidak menyediakan perkhidmatan terjemahan ayat, kecuali perkataan/istilah yang belum mempunyai padanan dalam bahasa Melayu. Sila terjemahkan ayat tersebut terlebih dahulu dan kami akan menyemak penggunaannya dalam bahasa Melayu.Penyemakan dan penterjemahan24.05.2015
Salam sejahtera, bolehkah tuan mencadangkan padanan bahasa Melayu untuk "self-media"? Adakah media kendiri sesuai untuk digunakan? Berikut merupakan definisi self-media dalam bahasa Inggeris: Independently operated accounts run by individual users posting self-produced content on social media platforms. Konteks ayat: I'll expose you through self-media platforms. The accounts that I know have millions of followers and they are highly influential. Saya ingin mengucapkan terima kasih ke atas bantuan tuan terlebih dahulu.Kami mencadangkan padanan bagi istilah dalam bahasa Melayu seperti yang berikut:


self-media
- swamedia


Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang tertentu.
Lain-lain03.06.2021
Salam sejahtera: 1. Kamus Dewan (ed.4) mendefinisikan 'relevan' sbg: ada kaitan/hubungannya dgn apa yg dibicarakan, dgn apa yg sdg berlaku, dsb. Walau bagaimanapun, maksud 'penting' tidak terdapat dalam definisi di atas. Bolehkah saya simpulkan 'penting' tidak termasuk sebagai salah s atu definisi bagi perkataan 'relevan'? 2. Bagaimana pula dengan definisi dalam Kamus Inggeris-Melayu Dewan yang memberikan salah satu definisi untuk 'irrelevant' ialah 'tidak penting' (selain 'tidak berkaitan', 'tidak bersangkutan', dsb). 3. Apakah sinonim untuk perkataan 'relevan' dlm ayat di bawah? 'Penting' atau 'berkaitan/bersangkut paut/dsb''? Adat Perpatih yang diamalkan oleh masyarakat di negeri ini sejak 650 tahun dahulu masih relevan untuk diamalkan oleh setiap lapisan masyarakat di negeri ini. (Utusan, 9/01/2010, Adat Pepatih masih relevan diamalkan) Terima kasih.

Puan Jeannet,

Makna 'relevan' ialah  berkaitan, berhubungan: documents ~ to the case, dokumen yg berkaitan dgn kes itu; a highly ~ suggestion, cadangan yg sangat berkaitan.  Kamus Inggeris Melayu Dewan.

  • (rélevan) ada kaitan atau hubungannya dgn apa yg dibicarakan, apa yg berlaku dsb: seksyen 96(1) hanya ~ dlm kedudukan insurans wajib. Kamus Dewan Edisi Keempat. 
  • Walau bagaimanapun, padanan perkataan ini dalam bahasa Melayu bergantung pada makna dan konteks penggunaan dalam ayat. Oleh itu, dalam teks yang dikemukakan perkataan ini boleh bermaksud penting atau berkaitan.

    Makna18.01.2010

    Kembali ke atas