dalam menulis karangan perkataan lampu hijau perlu guna tanda baca (" ") ini contoh ("lampu hijau '' atau lampu hijau) | Sekiranya frasa lampu hijau itu mempunyai makna yang tertentu maka wajar diberikan tanda petik. Tetapi jika hanya membawa makna biasa tidak perlu diberikan tanda petik. Sila rujuk yang berkaitan dengan tanda bacaan untuk maklumat lanjut. | Lain-lain | 19.06.2009 |
Mohon dapatkan terjemahan "Green Lungs" dalam konteks kawasan hijau perhutanan di dalam bahasa Melayu. "Jantung Hijau" atau "Paru-Paru Hijau" agak janggal. | Belum ada maklumat tentang Green Lung dalam bahasa Melayu. Perkataan Lung diterjemahkan kepada Paru-paru, berkemungkinan bukanlah merujuk paru-paru itu secara fizikal tetapi fungsinya sebagaimana penggunaannya dalam bahasa Inggeris. Secara harfiah Green Lung diterjemahkan kepada Paru-paru Hijau sama seperti rumah hijau (green home) dan pasir hijau (green sand) yang telah digunakan dalam bahasa Melayu. | Penyemakan dan penterjemahan | 27.01.2015 |
Pengesahan Bahasa 1. Perubahan Era Dunia Teknologi IT Hijau 2. Pencipta Pusat Data Hijau Pertama di Asia | Jawapan 1. Perubahan Era Dunia Teknologi IT Hijau 2. Pencipta Pusat Data Hijau Pertama di Asia | Tatabahasa | 03.07.2013 |
adakah kedua-dua ayat ini betul? a. ibu membawa beg hijau pergi ke kedai. b. ibu pergi ke kedai membawa beg hijau. terima kasih | Kedua-dua ayat ini ibu membawa beg hijau pergi ke kedai; dan ibu pergi ke kedai membawa beg hijau betul. | Tatabahasa | 14.10.2014 |
Macam mana dgn ayat ini, Saya ada baju berwarna merah , kuning ,hijau dan biru. Adakah baju yg saya ada 1 merah, 1 kuning, 1 hijau dan 1 biru | Saya ada baju berwarna merah, kuning, hijau dan biru. Ayat ini bermaksud memiliki baju berwarna merah, kuning, hijau dan biru tanpa diketahui jumlah bagi setiap warna atau keseluruhan baju. | Makna | 11.01.2017 |
masyarakat tidak harus memberi lampu hijau kepada remaja bagi melakukangejala sosial. dalam ayat ini "lampu hijau" perlu mengunakan tanda baca ini (" ") ini? | Lampu hijau dalam ayat itu tidak perlu diletakkan tanda pengikat tanda (" "). | Tatabahasa | 25.06.2009 |
-Yang manakah berikut adalah betul? 1a)hijau, merah, dan ungu 1b)hijau, mearah dan ungu 2a)maksud rangkai kata itu ialah menanam sifat baik 2b)maksud rangkai kata itu adalah menanam sifat baik Terima kasih. | Yang betul ialah ... hijau, merah dan ungu ... dan maksud rangkai kata itu ialah menanam sifat baik dan maksud rangkai kata atau ungkapan tidak ada dalam sumber rujukan kami. Sila rujuk buku/makalah yang berkaitan. | Tatabahasa | 04.03.2012 |
Istilah DBP untuk Green Graphic Design atau Green Design | Istilah tersebut boleh diterjemah secara literal iaitu, Reka Bentuk Grafik Hijau dan Reka Bentuk Hijau | Penyemakan dan penterjemahan | 26.06.2018 |
Salam. Saya ingin kepastian istilah pelancongan hijau merupakan nama khas (dieja dengan awal kata huruf besar) atau nama am. Terima kasih. | Sekiranya perkataan Pelancongan hijau merupakan nama bagi sesuatu produk perlu dieja dengan huruf besar iaitu Pelancongan Hijau sebagai nama khas, jika tidak perlu dieja dalam huruf kecil sebagai kata nama am | Tatabahasa | 27.02.2018 |
Salam sejahtera, a) Kamu suka warna merah atau warna hijau ? b) Kamu suka warna merah atau hijau ? Manakah satu ayat lebih gramatis ? Bolehkah dalam satu ayat perkataan warna wujud dua kali atau perlu gugurkan salah satu perkataan warna? Terima kasih . | Ayat yang gramatis dan tidak lewah ialah "Kamu suka warna merah atau warna hijau?" | Tatabahasa | 09.09.2014 |