Adakah 'kata majmuk' merupakan sebahagian daripada 'frasa' kerana saya mendapati bahawa contoh yang diberikan untuk 'kata adjektif majmuk' (merah jambu, hijau daun, biru laut m.s:242) sama dengan contoh yang dikemukakan untuk 'frasa adjektif yang membawa maksud keserupaan' (merah jambu, hijau daun, biru laut m.s: 409) : Tatabahasa Dewan Edisi ketiga | Betul, kata majmuk merupakan sebahagian daripada frasa. | Tatabahasa | 06.03.2012 |
Liza Albatraoz 2:44PM salam sejahtera.saya nak tanya,di mana sy boleh dapatkan buku2 terbitan DBP pertengahan tahun 80-an? Pertengahan tahun 1980an, penerbitan siri cerita rakyat Malaysia 1. PUTERA KIAMBANG (cerita asal rakyat Pulau Pinang) 2. NAGA LAUT KEPALA TUJUH (rakyat perak) 3. DULI TUAN KECIK (tganu) 4. SI BONGSU DAN KAK NAM (Melaka) 5. Bukit setimbun tulang (Kelantan) 6. Kuda Hijau Siri Tidurlah Intan saya ingin membelinya utk hadiah anak saya... harap dapat bantu.. terima kasih Seen by Liza Albatraoz at 2:44pm | Tuan/Puan boleh membaca maklumat berikut dan pastinya akan mendapat maklumat berguna kepada persoalan yang diajukan. Moga maklumat ini membantu pihak tuan/puan. Buku terbitan DBP boleh dibeli di Kedai Buku DBP atau mana-mana kedai buku di seluruh Negara. Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi Kedai Buku DBP melalui talian 03-21455501 atau e-mel koopdbp@yahoo.com. Selain itu, semua majalah dan buku-buku terbitan DBP boleh dibeli secara dalam talian pada laman yang berikut : • bukudbp.com • lazada.com.my • 11street.com • Facebook : dbpniaga • alamdbp.myshopify.com , dan buku-buku terbitan DBP boleh diperoleh di Kedai Buku DBP melalui talian 03-21455501 atau e-mel koopdbp@yahoo.com. Menjelang setahun DBP mengambil alih fungsi pemasaran yang diswastakan, terbitan terpilih DBP sudah berada di MPH, Pasar Raya Besar Mydin, Kedai Buku 1Malaysia, myNews.com, BORDERS, Times, Popular, Kinokuniya dan Tesco. DBP juga telah dan akan melantik wakil-wakil penjual di seluruh negara. Di samping itu, DBP juga mempunyai Kedai Buku Bergerak yang dikenali sebagai Ujana Buku DBP selain tiga buah Kedai Buku DBP. Untuk maklumat lanjut, sila lawati laman http://niaga.dbp.my atau hubungi telefon 0341012328 atau e-mel pp@dbp.gov.my atau sila hubungi pegawai Bahagian Pengedaran dan Pemasaran DBP, Encik Zulhilmi Baharuddin melalui talian 03-41012409 atau e-mel zulhilmi@dbp.gov.my; atau Unit Pesanan, Bahagian Pengedaran dan Pemasaran melalui talian 03-41012476. Terima kasih Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. | Lain-lain | 29.07.2016 |
apakah maksud bagi perkataan 'perpat'? Perkataan ini saya sering jumpa di pantun tanpa memahami maksudnya. Harap DBP dapat membantu saya. Terima kasih | Ejaan baku perpat ialah perepat. Dalam Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020) terdapat dua makna yang terakam, satu bermakna sejenis tumbuhan (lebih dikenali dengan panggilan pedada) dan dua bermakna kawan dalam bahasa Palembang. perepat1 ڤرڤت n pedada (tumbuhan); perepat laut a pokok bakau yg agak rendah, pucuknya boleh dibuat ulam, bunganya kemerahan dan buahnya bulat leper serta boleh dimakan; berembang; bedat; bedata; perepat merah; Sonneratia caseolaris; b buah pokok ini yg bulat leper, berwarna hijau, bertampuk spt bintang dan berekor di hujungnya, semasa mudanya masam dan dijadikan perasa masakan tetapi apb matang rasanya lemak, boleh dimakan mentah, dijadikan sayur atau dijeruk, dan dikatakan boleh menahan pendarahan; perepat merah perepat laut. perepat2 ڤرڤت Palembang ark n kawan. pedada ڤدادا n pokok bakau drp genus Sonneratia yg berdaun agak tebal, berbunga spt jambul merak, berbuah bulat leper yg boleh dimakan, dan kayunya boleh dibuat bahan binaan utk rumah, cerucuk, kapal, jambatan serta bahan bakar; perepat. Penggunaan kata ini adalah mengikut konteks penggunaannya. | Lain-lain | 12.03.2022 |