1. mutiara kata atau kata mutiara? 2. hikmah kata atau kata hikmah ? 3. pembuka kata atau kata pembuka? 4. madah kata atau kata madah ? | Perkataan yang betul ialah 1. mutiara kata 2. kata hikmah 3. pembuka kata 4. madah | Ejaan | 01.02.2012 |
apakah perkataan hikmat dan hikmah itu ada kalanya seerti dan boleh digunakan secara berselang-seli (interchangeably) seperti ibadah dan ibadat? jejari jejari@gmail.com | Berikut disertakan makna 'hikmat' dan 'hikmah' untuk saudara teliti perbezaannya. Hikmat:1. kepandaian, bijaksana 2. ilmu ghaib (sihir), kesaktian 3. erti, maksud (yg dalam), tujuan yg sebenar drpd sesuatu. Hikmah: 1. kebijaksanaan drpd Allah, kecerdikan 2. rahsia, kelebihan atau tujuan sebenar di sebalik sesuatu perkara (kejadian, hal dsb). | Makna | 08.08.2009 |
Saya Aesah Yapha sedang belajar di universiti fatoni kelas dasar,saya ingin bertanya tentang perkataan 'HIKMAH' berasal dari bahasa apa dan apakah pengertiannya dan terima kasih atas jawapannya. | Kata ‘hikmah’ ialah kata pinjaman daripada kata Arab. Sila layari prpm.dbp.gov.my/" target="_blank">http://prpm.dbp.gov.my dan memasukkan maklumat yang ingin dicari dalam ruang yang disediakan dan klik "cari" untuk mendapatkan makna kata, istilah, peribahasa dan sebagainya | Makna | 22.09.2014 |
Salam. Saya ingin menyemak ejaan jawi untuk perkataan seperti halal, haram, hikmah, haji yang mana menggunakan ه di pangkal perkataan seperti: هلال، هرام، هج، هكمه dan bukannya menggunakan ح Adakah ejaan ini tepat kerana ada pendapat bahawa ejaan itu salah. Mohon penjelasan. | Waalaikumussalam. Ejaan Jawi yang betul ialah: Halal حلال Haram حرام Haji حج Hikmah حکمە Untuk pengetahuan tuan, terdapat ejaan Jawi yang tidak tepat jika dirujuk pada PRPM. Untuk mendapatkan jawapan yang tepat, sila rujuk buku DAFTAR KATA BAHASA MELAYU RUMI-SEBUTAN-JAWI EDISI KEDUA terbitan DBP. | Ejaan | 18.08.2017 |
Apakah maksud kata hikmah ini“membantu orang lain dengan harta,adalah perbuatan yang mulia.Membantu orang lain dengan ilmu,bagi sumber air mengalir terus.”? | Dari sudut ajaran Islam “membantu orang lain dengan ilmu, bagai sumber air mengalir terus” bermaksud ilmu yang baik dan bermanfaat yang diajarkan oleh seseorang kepada orang lain selagi ilmu tersebut diamalkan/dimanfaatkan, orang yang mengajarkan ilmu tersebut akan mendapat pahala yang berterusan. | Makna | 25.07.2021 |
berdasarkan berikut bolehkan anda kelaskan ia mengikut kategori, contohnya, peribahasa, bidalan, kata-kata mutiara@hikmah dan sebagainya: 1. Di mana ada kemahuan, disitu ada jalan 2. Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali 3. Masa itu emas 4. Berfikir sebelum berkata, berunding sebelum dibuat 5. Kerbau dipegang pada talinya, manusia dipegang pada katanya 6. Muafakat membawa berkat 7. Jangan takut berbagi ilmu, kerana semakin banyak kita memberi, semakin banyak kita mendapat. - (Buya Hamka) 8. Bersatu teguh, bercerai roboh 9. Jauh perjalanan, luas pandangan 10. Sediakan payung sebelum hujan 11. Gemggam bara api biar sampai jadi arang 12. Ilmu tanpa amal , sia-sia- (Imam Al-Ghazali) Terima kasih daun keladi. >_< | Mohon maaf tuan, untuk makluman tuan soalan ini tidak berkaitan dengan makna peribahasa dan boleh dkategorikan berdasarkan rujukan yang dibuat berdasarkan buku-buku yang peribahasa. | Lain-lain | 04.03.2025 |
"Sebelum ini telah disebut bahawa setiap huruf yang terdapat dalam al-Quran sudah semestinya membawa maksud dan hikmah yang tersendiri". "telah disebut" atau "telah disebutkan" dalam ayat di atas? bagaimana nak tahu bila nak letak imbuhan "kan" atau tidak? Dan secara umumnya, ayat di atas betul atau tidak keseluruhannya? terima kasih. | Kata terbitan disebut adalah betul. Awalan di-... lazimnya membentuk kata kerja pasif yang subjek asalnya terdiri daripada orang ketiga; manakala apitan di-...-kan ialah bentuk pasif bagi meN-...-kan. Untuk lebih memahami kedua-dua tajuk ini, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 176 dan 202. Disebut bermaksud dikatakan atau diceritakan. Dalam penulisan ilmiah penggunaan kata diterangkan dan dijelaskan adalah lebih sesuai berbanding dengan kata disebut itu. | Tatabahasa | 11.02.2011 |
Mohon ejaan Jawi bagi perkataan-perkataan berikut: 1. Tokku Paloh 2. Tok Kenali 3. Datok Bahaman 4. Baitul Hikmah Terima kasih. Wassalam. | Seperti Lampiran | Ejaan | 28.06.2013 |
Assalamualaikum, Adakah perkataan bahasa Arab yang dimulai dengan kalimah 'al' perlu diletakkan huruf besar selepasnya? Contohnya: al-Rihal, al-hikmah, al-nisa dan sebagainya (yang membawa maksud umum) Terima kasih. | Perkataan bahasa Arab yang dimulai dengan kalimah 'al' sama sahaja sistem penggunaan huruf besar atau kecil dalam teks. Jika penggunaan 'al' itu merupakan kata nama, maka diletakkan huruf besar selepasnya, jika bukan, maka huruf kecil digunakan. | Ejaan | 25.02.2020 |
Peribahasa 'jika tidak dipecah ruyung di mana boleh mendapat sagunya' dan 'usaha tangga kejayaan', adakah perbezaan antara kedua-dua peribahasa tersebut? Jika ada, boleh tuan terang dengan lebih lanjut? Terima kasih. | Usaha tangga kejayaan ialah slogan atau kata-kata hikmah yang membawa makna paling hampir dengan peribahasa kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya. | Makna | 06.09.2017 |