Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata hilangnya


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam, Apakah tanda baca yang sesuai di hujung ayat ini? Eh, ke mana pula hilangnya dompet saya! Eh, ke mana pula hilangnya dompet saya? Terima kasih.Eh, ke mana pula hilangnya dompet saya?Lain-lain09.05.2014
Salam sejahtera. Saya ingin bertanya sama ada penggunaan "kehilangan" dalam ayat berikut adalah betul: Dia kehilangan 3 kg dalam seminggu. Terima kasih.Ayat tersebut kurang tepat kerana lazimnya kata "kehilangan" merujuk makna menderita kerana hilangnya sesuatu.Tatabahasa02.06.2015
A. Syila akan lari ke kampungnya apabila hari raya menjelang. B. Dia tidak tahu ke mana larinya wang yang disimpannya. Penggunaan perkataan " lari " dalam kedua-dua ayat di atas ,manakah yang betul ?

Peter penggunaan lari dalam kedua-dua ayat ini salah. Sepatutnya ia ditulis

A. Syila akan balik ke kampungnya apabila hari raya menjelang.

B. Dia tidak tahu ke mana hilangnya wang yang disimpannya

Tatabahasa24.02.2010
Salam,Tuan/Puan.Saya mahu bertanyakan soalan tentang tatabahasa dalam beberapa ayat yang berikut.Kata Hubung Pancangan“sehingga”menggunakan dalam ayat sesuai atau tidak?Manakala penggunaan imbuhan“kehilangan”tidak betul dan jawaban yang betul iaitu “menghilangkan”?Terima kasih Pesakit akan (kehilangan)deria pendengaran.Selain itu,serangan vertigo selama beberapa hari (sehingga)pesakit tidak mampu bergerak dan tiada koordinasi pada salah satu bahagian tubuh adalah petanda pesakit diserang penyakit angin ahmar atau masalah berkaitan otak.Dalam contoh ayat yang diberikan, penggunaan kata hubung pancangan keterangan sehingga betul. Manakala perkataan menghilangkan tidak betul. Perkataan yang betul ialah kehilangan yang bermaksud perihal hilangnya sesuatu.Tatabahasa29.06.2021
implikasi-implikasi bahasa rojak

Bahasa rojak ialah bahasa yang bercampur aduk kata-kata yang digunakan oleh penuturnya (misalnya seketika menggunakan kata-kata dalam bahasa Melayu dan seketika lagi menggunakan kata-kata dalam bahasa Inggeris). Bahasa rojak ialah bahasa yang  tidak menggunakan tatabahasa yang betul.  Implikasi atau kesan penggunaan bahasa rojak boleh merosakkan bahasa Melayu dan pengguna tidak dapat membezakan antara bahasa yang betul dengan tidak, melahirkan bangsa Malaysia yang tidak berdaya maju dan kurang berilmu dan seterusnya boleh menyebabkan hilangnya jati diri kita sebagai masyarakat Malaysia. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi Pusat Dokumentasi Melayu, DBP atau perpustakaan lain.  

 

Lain-lain06.02.2009

Kembali ke atas