1. optimis 2. hina-dina 3. idealis Apakah jenis kata bagi kata di atas. Sama ada kata adjektif atau kata nama. Bolehkah tolongkan saya semak ayat berikut ? 1. Orang yang optimis akan sentiasa bersikap positif atas apa-apa perkara. 2. Pengemis tidak harus dipandang hina-dina kerana mereka mempunyai hak asasi manusia. 3. Janganlah kita menjadi idealis kerana sifat itu menyusahkan orang lain dan diri sendiri. 4. Perselisihan mereka sudah terlerai. Terima kasih! | Golongan kata 1. optimis - kata adjektif dan kata nama 2. hina-dina /hina- kata adjektif dan kata kerja 3. idealis - kata nama Ayat 1. Orang yang optimis akan sentiasa bersikap positif dalam apa-apa perkara. 2. Pengemis tidak harus dipandang hina-dina/hina kerana mereka juga mempunyai hak asasi manusia. 3. Janganlah kita menjadi idealis kerana sifat itu menyusahkan orang lain dan diri sendiri. 4. Perselisihan faham antara mereka sudah terlerai/diselesaikan. | Tatabahasa | 07.03.2010 |
Adakah kata ganti diri "hamba " terutamanya golongan yang hina dina boleh digunakan ketika menghadap Sultan atau raja ? contohnya: "Ampun tuanku, hamba yang hina dina ini menjunjung duli," kata nelayan tua itu kepada Sultan Alaudin Shah. | Kata ganti nama yang digunakan semasa menghadap sultan ialah patik. Kata hamba dina biasanya digunakan dalam hikayat-hikayat lama. | Tatabahasa | 23.03.2008 |
perkataan apakah yang membawa maksud orang yang hina sekali | hina-dina =hina-lata =hina-leta =hina-papa (orang yg) paling rendah martabat lagi miskin (rujuk Kamus Dewan). | Makna | 26.12.2006 |
orang yang paling hina | Orang yang hina-dina atau hina-lata atau hina-leta atau hina-papa (iaitu orang yang paling rendah martabat lagi miskin. | Lain-lain | 17.12.2006 |
saya ingin mengetahui apakah yang dimaksudkan dengan bintang tujuh dan orang yang hina sekali dipanggil apa | Bintang tujuh ialah gugusan bintang yg tujuh banyaknya. Orang yang hina sekali dipanggil orang yang hina-dina atau hina-lata atau hina-leta atau hina-papa. | Makna | 13.12.2006 |