Kenapa Nama untuk Indian Ocean diberikan Lautan Hindi dalam Bahasa Malaysia? Kenapa tak Lautan India? | Tidak ada maklumat tentang etimologi Lautan Hindi sebagai padanan Indian Ocean dalam pangkalan data kami. Melalui semakan di internet, ada maklumat tentang asal kata Hindi dikatakan daripada bahasa Parsi lama bermaksud Sungai Indus. Berkemungkinan faktor asal kata inilah menjadi sebahagian daripada pertimbangan penterjemahan perkataan indian (Indian Ocean) dalam bidang Geografi kepada Hindi (Lautan Hindi). Untuk maklumat tentang padanan istilah hindi dalam bidang Geografi, sila rujuk hindi">http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=hindi dan klik Istilah Malaysia. | Istilah | 25.03.2014 |
Adakah terjemahan ini betul? British Indian Ocean Territory - Wilayah Lautan British Hindi | Padanan yang tepat bagi frasa “Indian Ocean” dalam bidang Geografi ialah Lautan Hindi, maka terjemahan yang sesuai bagi “British Indian Ocean Territory” ialah Wilayah Lautan Hindi British. | Penyemakan dan penterjemahan | 15.11.2019 |
saya ingin menjadi penterjemah karya bagi bahasa arab? adakah terdapat kekosongan dan peluang untuk menjadi penterjemah sambilan di DBP? bagaimana cara untuk saya mendapatkan peluang ini? selain itu, saya mempunyai kebolehan menterjemah bahasa hindi dengan baik. sekian, terima kasih. | Untuk menjadi penterjemah sambilan, saudara boleh berhubung dengan Persatuan penterjemah Malaysia atau Institut Terjemahan Negara Malaysia (ITNM). Pihak tersebut boleh memberi banyak peluang kepada saudara untuk menterjemah bahan-bahan dalam bahasa Arab atau bahasa Hindi. Bahagian Agama, Falsafah Dan Tamadun Islam DBP tidak menyediakan program menterjemah kecuali buku-buku terjemahan yang tidak dapat diusahakan oleh pihak ITNM. | Lain-lain | 25.11.2007 |