Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : Mn ark induk, nenek moyang; men­cari ~ mencari pertalian keluarga. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1. = agama ~ agama yg dominan di India, yg bercirikan penyembahan banyak dewa, sistem kasta, kepercayaan pd penjel­maan semula, dsb; 2. = orang ~ orang yg menganut agama Hindu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 = agama ~ agama yg berasal dr India. 2 penganut agama Hindu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata hindu


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Bolehkah anda terangkan maksud epik melayu dan epik hindu?

Epik ialah karya sastera dan karya-karya lain yang menjadikan bakti kepahlawanan sebagai perkara sesebuah epik/mengangkat keperwiraan wiranya. Epik Melayu memaparkan kepahlawanan wira Melayu seperti hikayat Hang Tuah, manakala epik Hindu berlatarkan cerita keperwiraan wira hindu seperti Hikayat Seri Rama.

Sastera20.01.2011
Adakah penggunaan perkataan "Yama" dalam ayat: "Apa yang dicipta untuk manfaat masyarakat sejagat telah menjadi "Dewa Yama" kepada manusia." ?Untuk makluman, perkataan Yama tidak wujud dalam data pangkalan kami. Jika dilihat penggunaan Yama dalam contoh ayat ialah merujuk kepada dewa akhirat dalam agama Hindu. Menurut kepercayaan Hindu, yama ialah dewa yang pertama yang akan dijumpai oleh roh orang mati semasa menuju ke wilayah syurga.Makna18.05.2018
Adakah perkataan 'sri' yang biasanya terdapat pada nama kuil hindu membawa sebarang maksud tertentu? Saya cuba mencari maksud perkataan 'sri' dan 'seri' tetapi jawapan yang saya peroleh hanyalah merujuk gelaran hormat sahaja.Sri ialah perkataan Sanskrit, namun kami tidak menemukan maksudnya. Dalam bahasa Melayu ejaan yang betul ialah seri, kata "sri" hanya digunakan dalam pingat kebesaran atau nama khas seperti nama tempat "Sri Pantai". Untuk maklumat lanjut tentang maksud seri, sila rujuk http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=seri.Makna01.03.2015
selamat sejahtera.. saya ingin mengajukan soalan berkenaan kesusasteraan hikayat. mengapakah pihak DBP idak banyak menjalankan kajian mengenai unsur hindu dalam hikayat-hikayat yang lahir pada zaman transisi? respons amat diharapkan.terima kasihUntuk makluman saudari, pihak DBP telah melakukan pelbagai kajian tentang tentang perkembangan kesusasteraan tradisional termasuk sastera hikayat. Untuk mengetahui lebih lanjut, saudari sila rujuk salah satu buku yang diterbitkan oleh DBP, iaitu Kesusasteraan Melayu Tradisional, 2006.Lain-lain01.08.2008
hari Deepavali atau Hari Deepavali? alasannya. TQ.Ejaan yang betul ialah hari Deepavali kerana Deepavali bermaksud hari perayaan bagi penganut agama Hindu, sama seperti hari Krismas (hari besar yang dirayakan oleh orang Kristian). Walau bagaimanapun tidak salah untuk kita mengeja Hari Deepavali dan Hari Krismas bagi menyelaraskan ejaannya dengan hari yang lain seperti Hari Raya Puasa, Hari Kebangsaan dan Hari Guru.Ejaan04.09.2012
Selamat pagi. Sekolah saya baru menjalankan peperiksaan percubaan kali ke-4. Kami mengalami kekeliruan terhadap sesetengah jawapan bagi soalan berikut: 1. Penganut agama Hindu itu ____________ tangga untuk sampai ke Batu Caves. A berjalan B menaiki C menuruni D mendaki * Mengikut jawapan yang diberi, jawapannya ialah B. Tetapi merujuk kepada DBP edisi ke-4, definisi 'menaiki' juga bermaksud 'mendaki'. 2. "Awak pergilah dulu ke kantin. Sebentar lagi, saya akan _________," kata Emily kepada En. Woon. A mengejar B menyusul C mengikuti D mengekori ** Mengikut jawapan yang diberi, jawapannya ialah B. Tetapi merujuk kepada DBP edisi ke-4, definisi 'menyusul' juga bermaksud 'mengikuti' dan 'mengekori'. Sekian, terima kasih.Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, kata 'menaiki' juga sama dengan 'mendaki'. Begitu juga kata ' menyusul' juga bermakna 'mengikuti' dan 'mengekori'. Sila berbincang dengan pihak  sekolah tentang perkara ini.Makna08.08.2008
hari Deepavali atau Hari Deepavali yang betul penggunaan huruf besar?Ejaan yang betul ialah hari Deepavali kerana Deepavali bermaksud hari perayaan bagi penganut agama Hindu, sama seperti hari Krismas (hari besar yang dirayakan oleh orang Kristian). Walau bagaimanapun tidak salah untuk kita mengeja Hari Deepavali dan Hari Krismas bagi menyelaraskan ejaannya dengan hari yang lain seperti Hari Raya Puasa, Hari Kebangsaan dan Hari Guru.Ejaan05.10.2012
Salam sejahtera, Terima kasih atas jawapan tuan sebelum ini. Namun saya masih kurang pasti jika perkataan vermilion boleh digunakan untuk menunjukkan tanda merah di dahi orang Hindu. Contoh: Pemakaian vermilion melambangkan seseorang wanita itu sudah berkahwin. Adakah betul penggunaan seperti ini? Di sini saya lampirkan semula fail untuk pertanyaan saya yang seterusnya. Terima kasih atas perhatian pihak tuan.Puan dicadangkan untuk menggunakan perkataan tanda merah merona bagi merujuk maksud vermilion.Makna23.08.2014
Salam Sejahtera. Mohon bantuan tuan untuk perkara berikut;

1. Deepavali telah membawa maksud hari perayaan bagi penganut agama Hindu, namun dalam penulisan kita menyeragamkannya dengan perayaan-perayaan lain seperti Hari Natal, Hari Raya Aidilfitri dan Hari Deepavali.  

2. Ejaan yang betul ialah hari sukan. 

3. Ejaan yang betul ialah baju Melayu dan baju kurung. 

Ejaan23.07.2012
Apakah bentuk dan aliran dalam penulisan sastera tradisional

Sdr., dari segi bentuk, kesusasteraan Melayu tradisional terbahagi kepada dua iaitu prosa dan puisi atau disebut juga sebagai genre prosa dan genre puisi. Genre prosa merangkumi cerita-cerita yang dikategorikan pula kepada,

a. Sastera Hikayat ( cerita-cerita daripada sumber Hindu, Islam dan tempatan)

b. Sastera Epik( epik tempatan dan berunsur Islam)

c. Sastera Panji dan Perwayangan ( sumber daripada Jawa dan Hindu)

d. Sastera Sejarah ( cerita yang berhubung dengan sejarah atau salasilah sebuah kerajaan Melayu silam)

e.Cerita Para Nabi dan Tokoh-Tokoh Islam ( sumber daripada sejarah Islam)

f. Sastera Kitab( berhubung dengan kitab fikah, tasawuf dan sebagainya)

g. Sastera Undang-undang dan ketatanegaraan ( undang-undang, peraturan dan adat istiadat sesebuah kerajaan Melayu)

h. Kepustakaan Ilmu  Tradisional ( berhubung dengan ilmu penujuman, ilmu mendukun dan sebagainya)

Genre puisi pula termasuk pantun, syair, nazam, gurindam, seloka, mantera, teromba dan sebagainya.

Mohon sdr. merujuk buku Kesusasteraan Melayu Tradisional( DBP,2000)  yang ditulis oleh Dr. Harun Mat Piah dll. untuk mendapatkan keterangan yang lebih lanjut tentang persoalan yang di atas.

Lain-lain22.10.2010
12

Kembali ke atas