Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
hingga
1. Bersinonim dengan batas
( had, takat, sempadan, )
(kata nama:)

2. Dalam konteks waktu
bersinonim dengan sampai, lajak, takat,
(kata nama:)

3. Bersinonim dengan menyebabkan
( membawa ke, mengakibatkan, )
(kata kerja:)

Kata Terbitan : sehingga, hinggakan, sehinggakan, berhingga, menghinggakan, terhingga, perhinggaan,

Puisi
 

Manis sungguh tebu sebatang,
     Dari akar hingga ke pucuk;
Manis sungguh mulut orang,
     Terkena tipu dalam pujuk.


Lihat selanjutnya...(9)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat terdapat banyak ungkapan dan ayat contoh “hingga ke”. Antara ungkapan itu ialah “panjangnya hingga ke pinggang” (di bawah masukan blaus, hlm. 195), “dari selatan hingga ke utara” (di bawah masukan daksina, hlm. 305) dan “dari pinggang hingga ke paras lulut” (di bawah masukan samping II, hlm. 1382). Antara ayat contoh yang mengandungi “hingga ke” terdapat pada halaman 617 (di bawah masukan jejak, menjejaki), 1418 (di bawah masukan selak, menyelak) dan 1392 (di bawah masukan sara, menyara). Susunan berturutan “hingga ke” dalam ungkapan dan ayat contoh itu gramatis atau tidak?Dalam buku Tatabahasa Dewan, kata sendi nama hingga digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama untuk membawa maksud perihal peringkat dan had masa. Contoh: Pegawai itu berjaga hingga pagi. Anaknya belajar hingga peringkat universiti. Berdasarkan contoh tersebut, kata sendi nama tidak berdampingan dengan kata sendi nama (ke) yang lain. Oleh itu, penggunaan hingga ke berdampingan dalam satu ayat dianggap tidak gramatis.Tatabahasa06.12.2009
Pilihan mana yang betul dalam kurungan? 1. Perlawanan bola sepak itu berterusan (hingga ke/hingga) masa tambahan. 2. Kampung itu diselubungi air (oleh sebab/kerana) hujan lebat. 3. (Kempen mencegah jenayah/kempen pencegahan jenayah) itu akan berlangsung selama dua bulan.1. Perlawanan bola sepak itu berterusan hingga/ke masa tambahan.
2. Kampung itu diselubungi air oleh sebab/kerana hujan lebat.
3. Kempen mencegah jenayah itu akan berlangsung selama dua bulan.
Tatabahasa08.10.2012
Saudara / Saudari: 1. Para pekerja syarikat itu tidak mendapat kata putus daripada majikan mereka tentang gaji mereka yang tertunggak (hingga ke hari ini / hingga hari ini)? 2. Puan Ramlah mendoakan perkahwinan antara Rashid dengan Balkis akan berkekalan (hingga ke akhir hayat / hingga akhir hayat)? 3. Dia tidak lupakan peristiwa pahit itu (hingga ke hari ini / hingga hari ini)? Saya kurang pasti sama ada (hingga ke) boleh digunakan bersama? Ada sebarang pengecualian? Ribuan terima kasih atas bantuan Saudara/Saudari. Sekian. Yang benar, Juian1. hingga hari in 2. hingga akhir hayat. 3. hingga hari ini.Tatabahasa04.03.2008
Anak kecil itu menunggu ayahnya di hadapan pintu hingga ke petang. Adakah kata sendi nama tidak boleh digunakan secara berturutan, spt sejak dari, oleh kerana, hingga ke?

Kata sendi nama tidak digunakan secara berturutan. Berikut adalah contoh penggunaan kata sendi yang betul seperti yang tuan kemukakan:

 

(I)    Anak kecil itu menunggu ayahnya di hadapan pintu dari pagi hingga ke petang.

(II)   Saya telah menunggu bas  sejak pukul 6.30 pagi tadi.

(III)  Struktur ayatnya janggal oleh sebab nasih menyerupai acuan tatabahasa bahasa Inggeris.

(IV)   Perlawanan bola sepak itu berlangsung dari pukul 3.00 petang hingga pukul 5.00 petang.
Tatabahasa10.09.2014
Minta penjelasan terhadap ayat berikut: 1. Bau masakan Siti boleh dihidu hingga ke rumah saya ATAU hingga rumah saya 2. Kami mengekori pencuri itu hingga ke hujung lorong ATAU hingga hujung lorong. 3. Saya mencintai dia hingga ke akhir hayat ATAU hingga akhir hayat Terima kasihJawapan yang betul ialah:
1. Bau masakan Siti boleh dihidu hingga rumah saya
2. Kami mengekori pencuri itu hingga hujung lorong.
3. Saya mencintai dia hingga akhir hayat.
 
Bagi kata sendi nama hingga dan ke, kedua-duanya tidak digunakan secara berturutan. Bagi contoh ayat di atas kata sendi nama hingga digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama untuk membawa maksud perihal peringkat dan had masa.
Tatabahasa26.04.2012
1. hinnga saat ini atau hingga ke saat ini yang betul 2. hingga anak cucu atau hingga ke anak cucu yang betulFrasa yang gramatis ialah "hingga saat ini" dan "hingga anak cucu".Tatabahasa23.06.2012
Selamat pagi, boleh tanya apakah perbezaan penggunaan Kata Sendi Nama "hingga" dengan "hingga ke" ? Terima kasih.Kata sendi "hingga" biasanya digunakan untuk menunjukkan tempoh masa, manakala "hingga ke" pula menunjukkan jarak tempat.Tatabahasa05.01.2018
Bunyi ombak yang menghempas pantai itu kedengaran hingga ke rumah saya. penggunaan kata sendi nama hingga ke boleh ke digunakan secara berturutan?Bunyi ombak yang menghempas pantai itu kedengaran hingga  rumah saya. - hingga dan ke, kedua-duanya merupakan kata sendi nama dan tidak digunakan secara berturutan.Tatabahasa09.07.2008
Tuan, Kata sendi seperti demi untuk, dan kata hubung jika sekiranya memang tidak boleh digunakan serentak. Soalan saya bolehkah kita menggunakan kata sendirti 'hingga ke' atau 'hingga kepada' secara serentak untuk tujuan penegasan? Adakah ayat-ayat yang berikut gramatis? Ali masih belum bertaubat hingga ke hari ini. Nasib malangnya berlanjutkan hingga kepada anak isterinya. Sekian, terima kasih. Chan Soon AunPengguna kata sendi nama "hingga ke" berbentuk lewah dan tidak boleh hadir secara berturutan. Sila gunakan salah satu sahaja.  Sila ruku buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 267 dan 284 untuk keterangan lanjut.Tatabahasa08.07.2010
Bolehkah kata sendi dan kata sendi berdampingan? Misalnya: hingga ke / hingga kepada. Sepanjang pengetahuan saya, kata sendi perlu disertakan kata nama atau frasa nama untuk membentuk frasa sendi.Kata sendi nama hingga digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama untuk membawa maksud perihal peringkat dan had masa. Contoh: Pegawai itu berjaga hingga pagi. Anaknya belajar hingga peringkat universiti. Berdasarkan contoh tersebut, kata sendi nama tidak berdampingan dengan kata sendi nama yang lain. Rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Keempat.Tatabahasa19.07.2008
12345678910...

Kembali ke atas