Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata hinggalah


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
"Dari pandu uji hinggalah cabutan bertuah..." Adakah penggunaan "Dari" dalam ayat ini betul?Penggunaan kata sendi nama "dari" dalam contoh ayat "Dari pandu uji hinggalah cabutan bertuah xxxx." adalah betul. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman268-269. Tatabahasa24.09.2024
Bagaimanakah sejarah perkembangan bahasa Melayu sejak kemunculannya hinggalah ke hari ini?Bagi mendapatkan maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga , Bab 1; Harun Aminurrashid (1966), Kajian Sejarah Perkembangan bahasa Melayu (Singapura : Pustaka Melayu); Za'ba (1926), Kitab Bahasa Melayu (MPSI); Ismail Husin (1966), Sejarah Pertumbuhan Bahasa Kebangsaan Kita (DBP).Lain-lain16.03.2008
persoalan bahasa melayu tidak pernah selesi, daripada masalah kesilapan ejaan hinggalah masalah nilai ekonomi bahasa melayu dan masalah memperjuangkan bahasa melayu. menyentuh persoalan niali ekonomi bahasa melayu, pejuang-pejuang bahasa sentiasa berusaha meningkatkan niali ekonomi, namun ada pendapat usaha itu gagal dan mengatakan bahawa nilai itu semakin jatuh. malah ada juga pihak mengatakan DBP "mandul" disebabkan peminjamnan yang terlalu banyak (dalam Kamus Dewan) sehinggakan jati diri bahasa melayu "hilang'. tetapi saya percaya.. maslah ini tidak seharusnya menyalahkan DBP sahaja,..pihak lain juga sepatutnya dipersalhkan. jadi.. saya hendak bertanya: mengapa 'rang undang-undang' agar pesalah bahasa dikenakan tindakan tidak dikuatkuasakan.. bagaimana pihak tuan melihat nilai ekonomi bahasa melayu sejaka berada tahun yang ke lapan di alaf yang ketiga ini?Pindaan Akta Dewan Bahasa dan Pustaka sedang diusahakan buat masa ini dan apabila pindaan ini diluluskan akan memberikan kuasa Nilai ekonomi bahasa Melayu masih berada di tahap yang memuaskan memandangkan bahasa Melayu masih terus digunakan dalam pelbagai urusan di dalam negara.   Lain-lain22.07.2008
Saya seorang pesara guru. Jawatan terakhir saya ialah pengetua cemerlang. Saya telah menyiapkan autobiography saya setebal lebih 400 ms. Ia mengandungi pengalaman hidup saya semasa kecil di kampung dan sebagai guru hinggalah bersara. Saya menganggap buku ini sesuai dibaca oleh jenerasi muda sekarang ini dan lebih-lebih lagi untuk bacaan guru-guru juga untuk dijadikan iktibar. Bagaimana cara menentukan buku ini sesuai untuk diterbitkan? Adakah DBP bersedia menilai dan menerbitkannya? Saya bersedia menghantar skripnya bila-bilamasa.

Assalamualaikum,

                           DBP bersedia menerbitkan judul yang berkenaan dengan syarat judul tersebut diserahkan kepada DBP untuk dibuat penilaian awal untuk melihat kesesuaian sama ada boleh diterbitkan atau tidak.  Mohon kemukakan judul tersebut kepada:

Ketua Editor, Bahagian Sains Sosial dan Kemanusiaan,

Jabatan Penerbitan, Dewan Bahasa dan Pustaka,

Peti surat 10803, 50926 Kuala Lumpur.

Terima kasih 

 

Lain-lain02.04.2010
Assalaamu'alaikum w.b.t. Bagaimana meletakkan tanda petik sekiranya terdapat dua petikan di dalam satu ayat yang sama. Contohnya: Anas bin Malik r.a. berkata, rasulullah s.a.w. bersabda: "Tidak sempurna iman seseorang hinggalah dia menyukai untuk saudaranya apa yang disukai untuk dirinya." 1. Adakah terdapat kesalahan di dalam ayat di atas? 2. Sekiranya tiada, bukankah terdapat dua orang penutur di atas, iaitu Anas bin Malik r.a. dan Rasulullah s.a.w? Adakah kata-kata Anas (katanya) tidak perlu diletakkan tanda petik? Terima kasih.Dalam konteks ini, hanya seorang sahaja yang menuturkan petikan tersebut, iaitu Anas bin Malik. Beliau hanya memetik sabda Rasulullah SAW. Oleh itu penggunaan tanda petik dalam contoh ayat tersebut adalah betul.Tatabahasa26.04.2010
Benarkah angka 1, 2, 3 dan seterusnya dinamakan angka Arab? Jika benar, mohon nyatakan sebabnya.Angka 0, 1, 2, 3 .... 9 digelar angka Arab kerana angka-angka tersebut berevolusi daripada angka Arab. Angka tersebut dikatakan diperkenalkan di Eropah pada kurun ke-10 oleh orang Arab daripada Afrika Utara dan istilah "angka Arab" digunakan hinggalah hari ini.Istilah16.11.2009
makna perkataan konstruk berkaitan novel rentong.dan boleh bagi contohnya tak.satu lagi makna susur galur nak tahu makna dan contoh penggunaannyaKonstruk ialah kumpulan idea atau gagasan idea yang terdapat dalam sesebuah novel. Saudara perlu merujuk novel berkenaan atau mendapatkan buku ulasan mengenai novel tersebut. Susur galur bermaksud susunan keturunan atau salasilah keturunan bangsa atau ras hinggalah kepada peringkat awal-awal sekali lahirnya sesuatu bangsa itu.Sastera27.04.2012
Saya ingin pencerahan, ayat "saya yang menurut perintah" dalam penulisan surat rasmi merujuk kepada perintah siapa? Adakah perintah Kerajaan atau perintah DYMM Raja atau DYMM Sultan? Soalan ini pernah ditanya kepada saya semasa proses temuduga pekerjaan... Terima kasihUngkapan "Saya yang menurut perintah" bermaksud perintah pegawai atasan kita. Dalam konteks penjawat awam berkemungkinan merujuk perintah ketua organisasi kita dan ketua kita menurut perintah pegawai yang lebih tinggi hinggalah Ketua Setiausaha Negara.Tatabahasa11.03.2015
Bolehkah beri maksud bagi peribahasa di bawah ini, kerana saya sudah cari banyak buku rujukan atau peribahasa tetapi masih tidak dapat cari... 1 kusangkakan panas hingga ke petang rupanya hujan di tengah hari 2 dendam tak sudah 3 ambil mudah 4 merak mengigal di hutan Terima kasih.

Sdr. Gan,

1. maksudnya- jika berkasih sayang biarlah daripada mula kita bercinta hinggalah ke akhir hayat. bukannya sampai separuh jalan berpisah.

2. bermaksud seseorang yang berdendam dengan seseorang dan tidak mahu pula memaafkannya sampai bila-bila

3. Melakukan sesuatu kerja dengan tidak mahu berfikir panjang, asal siap sudah

4. yang ini saya pernah dengar tetapi pada ketika ini masih belum dapat berikan maknanya.

Makna01.12.2010
Salam. Saya mempunyai pertanyaan berkenaan frasa yang digunakan dalam kempen yang sedang saya usahakan. Frasa tersebut adalah BAK DATANG (kependekan daripada Bawa Datang). Sebagai konteks, frasa ini digunakan untuk empowerment kepada pengguna apabila menghadapi cabaran dalam kehidupan seharian. Contoh: Bak datang segala tekanan. Bak datang semua cabaran. Bak datang perasaan ragu-ragu. Bak datang dalam semua ini berhasrat untuk menggalakkan pengguna untuk tidak gentar serta menjadi berani. Buat pengetahuan Tuan/Puan, frasa bak datang sangat popular di kalangan netizen sebagai rallying call untuk apa sahaja, daripada bangun awal hinggalah kepada menghabiskan menonotn seluruh season series di Netflix. Saya ingin bertanyakan, adakah frasa Bak Datang ini dibenarkan untuk muncul di papan iklan? Jika mempunyai halangan, apakah frasa alternatif yang serupa dengan Bak Datang yang boleh saya gunakan dan mendapat pelepasan dari pihak Tuan/Puan? Terima kasih!
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, bak bermaksud  sebagai dan seperti. Penggunaan bak dalam frasa bak datang bagi membawa maksud bawa datang tidak tepat dalam penggunaan bahasa Melayu.

Cadangan kami ialah hadapi segala tekanan, hadapi semua cabaran sekiranya bersesuaian dengan konteks ayat. 
Makna05.05.2021
12

Kembali ke atas