Adakah perkataan-perkataan hiponim dalam sesuatu hipernim juga boleh dikategorikan sebagai sinonim? Ini kerana setiap perkataan tersebut mempunyai medan makna yang hampir sama. Hanya dibezakan penggunaannya mengikut konteks ayat.Terima kasih. | Hiponim ialah kata yang maknanya terangkum dalam makna kata lain, misalnya kambing, lembu dan rusa ialah hiponim daripada binatang manakala sinonim ialah kata-kata yang sama atau hampir sama maknanya, misalnya cepat dengan pantas. Menurut huraian makna kedua-dua perkataan hiponim dan sinonim, tidak menunjukkan persamaan makna bagi kedua-duanya. | Tatabahasa | 21.03.2010 |
mengapakah pada perkataan sinonim,antonim,hiponim dan lain-lain lagi pada akhir ejaannya adalah "nim". harap dapat beri penjelasan | Akhiran -nym dalam bahasa Inggeris berfungsi untuk menerangkan jenis perkataan atau nama. Dalam bahasa Melayu dieja sebagai nim seperti pada perkataan akronim, antonim, sinonim dan hiponim. | Istilah | 18.11.2012 |
Salam sejahtera. Terima kasih di atas pertolongan tuan/puan mengenai keutuhan wacana yang saya kehendaki tempoh hari. Di sini, saya ingin mendapatkan lebih lanjut mengenai: 1. Apakah yang dimaksudkan perkaitan Makna Perkaitan daripada sesi leksikal: Sinonim, Antonim, Hiponim dan Polisemi? 2. Apakah jenis-jenis teori pemerolehan bahasa. Adakah teori pemerolehan bahasa ini terdiri daripada teori Behavioris, Teori Mentalis, Teori Interaksionalis dan Teori koda kognitif? | Soalan saudara melangkaui skop khidmat nasihat bahasa, sila rujuk profesor atau buku yang berkaitan kaedah tersebut. terima kasih. | Tatabahasa | 03.08.2008 |