Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[hi.rau] | هيراو

Definisi : , menghiraukan mempedulikan, me­ngacuhkan, mengendahkan, memerhatikan: pemuda itu tidak lagi ~ pekerjaannya tetapi asyik bersenang-senang sahaja. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[hi.rau] | هيراو

Definisi : ; menghiraukan mengambil tahu akan sesuatu; mempedulikan; meng­acuhkan; mengendahkan: Ada orang yg menasihatinya supaya jangan pergi tetapi dia tidak ~ nasihat itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hirau
Kata Terbitan : menghiraukan,

Puisi
 

Hiris rojak hantar ke surau,
     Hendak menjemput datuk penghulu;
Gadis bijak orang tak hirau,
     Ilmu di dapur laksana dulu.


Lihat selanjutnya...(2)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Adakah perkataan 'bena' (sekiranya wujud) diterjemahkan daripada perkataan 'banner'?Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, perkataan bena bermaksud (béna) endah, hirau, peduli: janganlah buat tidak ~ kpd budak itu; ~ tak ~ endah tak endah (tidak berapa peduli);membenakan menghiraukan, mengendahkan, mempedulikan: tidak ~ musuh datang.  Manakala perkataan "banner" merujuk pada "kain rentang" iaitu jaluran kain yang panjang, yang direntang melintang atau sepanjang jalan. Oleh itu, perkataan "bena" dan "banner" tiada kena mengena antara satu sama lain.Istilah01.04.2013

Kembali ke atas