| Salam, saya ingin bertanya tentang maksud yang sebenar dan terkini istilah 'ownership' adakah ia milikan, pemilikan atau kepemilikan? Ia berdasarkan daripada ayat hire-purchase ownership. Adakah ia pemilikan sewa beli, milikan sewa beli atau kepemilikan sewa beli? Terima Kasih | Kami mencadangkan perkataan ownership dalam konteks yang tersebut diterjemahkan kepada pemilikan. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=ownership. | Istilah | 17.03.2015 |
| Adakah penggunaan "penerbangan carter" atau penerbangan sewa khas lebih afdal? http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=charter# charter n 1. written grant of rights, piagam; 2. constitution, piagam: the ~ of the United Nations, Piagam Bangsa-Bangsa Bersatu; 3. (attrib) for hire, carter: ~ flight, penerbangan carter; | Istilah bahasa Melayu untuk "charter flight" ialah penerbangan carter. | Istilah | 15.09.2012 |