maksud perkataan terunggul, terbilang, unggul | Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, maksud terbilang ialah 1. terhitung, dapat dihitung, termasuk hitungan: perahu pun tiada ~ banyak nya; 2. terkenal, terkemuka: sebuah kampung yg ~ kaya; banyak sudah pahlawan ~ pihak China yg telah rebah ke bumi; 3. dimaklumi (sbg mempunyai sesuatu sifat): dia memang ~ sbg orang yg lekas naik radang; manakala perkataaan unggul bermaksud melebihi (mengatasi) yang lain (baik, bijak, cekap, tinggi, dll), terbaik, teristimewa, terutama: dia seorang ahli olahraga yg ~; ahli sains yg ~;. Oleh itu, perkataan terunggul tidak perlu digunakan. | Makna | 02.06.2009 |
Salam tuan, Apakah perbezaan antara a) mengajar b) mengajarkan | Mengajar bermaksud menyampaikan ilmu pengetahuan (kemahiran dan sebagainya) kepada orang lain, mendidik, melatih, memberikan petunjuk-petunjuk kepada: mengajar orang menggunakan senjata; manakala mengajarkan bermaksud mengajar sesuatu (kepada seseorang dan lain-lain), atau memberi sesuatu pelajaran (ilmu pengetahuan, kemahiran, dan sebagainya): siapa mengajarkan hitungan yg sesulit ini. | Makna | 27.02.2010 |
Apakah perbezaan unjuran dan anggaran | Dalam Kamus Pelajar Edisi Kedua, unjuran bermaksud anggaran atau jangkaan tentang sesuatu (hasil pengeluaran, pelaksanaan tugas dan sebagainya) pada masa depan, biasanya berdasarkan data atau maklumat semasa: Pihak pengurusan membuat unjuran keuntungan yang lebih berbanding dengan keuntungan pada tahun lalu. Manakala anggara pula bermaksud jumlah yang dianggarkan, perhitungan atau perkiraan secara kasar: Beri anggaran berapa liter minyak diperlukan untuk perjalanan 1000 km?; anggaran pendapatan dan perbelanjaan negara; 2. lebih kurang, kira-kira:... ia hendak berhenti di situ anggaran empat lima malam lagi. Kedua-dua perkataan tersebut mempunyai makna yang hampir sama cuma dibezakan mengikut konteks ayat. | Makna | 19.12.2017 |