!. Hobi Hariz membaca buku. 2. Hobi Hariz ialah membaca buku. Soalan : Tata bahasa dan struktur dua ayat di atas, mana satu yang betul? | Ayat yang betul ialah Hobi Hariz membaca buku.Terima kasih. | Lain-lain | 13.12.2020 |
mana satukah ayat yang betul? a) saya pergi ke sekolah dengan menaiki kereta @ saya pergi ke sekolah menaiki kereta. b)beberapa orang pemuda sedang berjoging di trek @ beberapa orng pemuda berjoging di atas trek. c)Hobi saya membaca buku @ hobi saya ialah membaca buku. | a) Saya pergi ke sekolah menaiki kereta. b) Beberapa orang pemuda sedang berjoging di trek. c) Hobi saya membaca buku. | Tatabahasa | 10.05.2012 |
adakah kata pemeri "ialah" sesuai digunakan bagi pernyataan tersebut?" Hobi saya ialah memancing ." | Penggunaan kata pemeri “ialah” dalam ayat “Hobi saya ialah memancing." betul dan boleh digunakan. Kata pemeri “ialah” digunakan untuk menghubungkan frasa nama dengan frasa nama atau kata benda dalam ayat. Ayat tersebut juga boleh hadir tanpa kata pemeri “ialah”, contohnya “Hobi saya memancing.”. Untuk maklumat lanjut yang berkaitan dengan penggunaan kata pemeri “ialah“, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2015), halaman 263. | Tatabahasa | 22.04.2025 |
Ayat mana yang betul? a) Warna kegemaran saya ialah biru. b) Warna kegemaran saya adalah biru. c) Hobi saya ialah bermain badminton. d) Hobi saya adalah bermain badminton. e) Cita-cita saya ialah menjadi seorang doktor. f) Cita-cita saya adalah menjadi seorang doktor. Terima Kasih. | 1. Warna kegemaran saya ialah biru. 2. Hobi saya bermain badminton. 3. Cita-cita saya menjadi seorang doktor. | Tatabahasa | 06.09.2016 |
Selamat sejahtera, ayat ini "Hobi saya ialah membaca" yang salah atau betul, jelaskan. Terima kasih. | Ayat “Hobi saya ialah membaca” tidak betul. Membaca merupakan kata kerja. Kata pemeri “ialah” hadir di hadapan frasa nama atau kata nama, tidak boleh hadir di hadapan kata kerja. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2008), halaman 89, 90, 263, 264 dan 385. | Tatabahasa | 18.03.2025 |
Bapa membawa buku akaun pergi ke bank. Dalam ayat ini, perkataan "pergi" harus digunakan? atau ayat yang betul : Ayah membawa buku akaun ke bank. ? 2. Cita-cita saya ialah menjadi seorang guru. / Cita-cita saya menjadi seorang guru. ? 3. Hobi saya ialah menyanyi / Hobi saya bernyanyi. Ayat mana satu yang betul? | Kesemuanya boleh digunakan, cuma apabila kita menggunakan penambahan perkataan-perkataan yang berikut menjadikannya lebih gramatis. | Tatabahasa | 16.10.2007 |
ayat dan frasa yang mana satu betul dan saya mohon penjelasan bagi setiap jawapan. 1a) Kim Ho menyangkutkan pakaian di dalam bilik b) Kim Ho menyangkut pakaian di dalam bilik 2 a) Hobi Adam ialah memelihara ikan hiasan b) Hobi Adam memelihara ikan hiasan 3 a)Tahun Baru Cina b) Tahun Baharu Cina 4 a)sayur sayuran b) sayur-sayuran | 1a) Kim Ho menyangkut pakaian di dalam bilik - kata kerja transitif aktif yang tidak membawa maksud menyebabkan dan manfaat seperti dalam apitan meN...kan. 2a) Hobi Adam ialah memelihara ikan hiasan b) Hobi Adam memelihara ikan hiasan. Kedua-dua ayat betul, kata pemeri ialah boleh hadir atau tidak dalam ayat tersebut. 3a) Tahun Baru Cina b) Tahun Baharu Cina - kedua-duanya diterima namun yang gramatis ialah Tahun Baharu Cina 4b) sayur-sayuran - kata ganda Untuk maklumat lanjut, rujuk buku Tatabahsa Dewan, Edisi Ketiga. | Tatabahasa | 20.02.2013 |
Soalan Pertama Ayat berikut yang manakah betul? 1. Ibu bersama nenek sedang memasak di dapur. 2. Ibu sedang memasak di dapur bersama nenek. 3. Ibu sedang memasak bersama nenek di dapur. Soalan ke dua Yang mana sesuai untuk digunakan :- mengumpul setem atau mengumpulkan setem Hobi Aida mengumpul setem. Hobi Aida mengumpulkan setem. Ini kerana di dalam buku teks BM thn 2 tertulis "mengumpulkan setem" di gambar yg diberikan. Saya agak keliru dengan penggunaan "kan" di sini. Harap dapat jelaskan kepada saya. Terima Kasih | Ketiga-tiga ayat betul. Unsur keterangan dalam ketiga-tiga ayat ini berada di kedudukan yang berlainan. Ayat kedua yang betul ialah: Hobi Aida mengumpulkan setem. Kata kumpul menerima imbuhan meN...kan untuk membentuk kata kerja transitif. Untuk penerangan lanjut tentang penggunaan meN...kan sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. | Tatabahasa | 04.03.2009 |
Apakah perkataan yang sesuai untuk 'baking' dalam ayat berikut? "My hobby is baking." | Terjemahan langsung untuk iklan ini tidak sesuai. Boleh dicadangkan, Hobi saya membakar kek atau Hobi saya membuat kek. | Penyemakan dan penterjemahan | 20.12.2016 |
Adakah ayat berikut betul? Jika salah, sila betulkan. Terima kasih. 1. Ini beca bapa. Beca ini baharu. 2. Hobi Haris main hoki. | Untuk makluman, ayat pertama dan kedua, tidak ada kesalahan. Untuk ayat ketiga, ayat yang lebih tepat ialah Hobi Haris bermain hoki. | Tatabahasa | 01.04.2017 |