Susunan ayat manakah yang betul: 1. Kejohanan Hoki (L) Bawah 15 Tahun MSSM 2009 atau 2. Kejohanan Hoki (L) MSSM 2009 Bawah 15 Tahun | Saudara, Susunan yang betul ialah " Kejohanan Hoki MSSM 2009 (L) Bawah Umur 15 Tahun". | Lain-lain | 22.10.2010 |
Adakah ayat berikut betul? Jika salah, sila betulkan. Terima kasih. 1. Ini beca bapa. Beca ini baharu. 2. Hobi Haris main hoki. | Untuk makluman, ayat pertama dan kedua, tidak ada kesalahan. Untuk ayat ketiga, ayat yang lebih tepat ialah Hobi Haris bermain hoki. | Tatabahasa | 01.04.2017 |
"Pemain pertahanan pasukan hoki sekolah kami telah berjaya mematahkan serangan pihak lawan daripada menjaringkan gol. " soalan saya . gramatiskah ayat tersebut yang jelas menunjukkan penggunaan kata sendi nama ' daripada 'yang tidak diikuti kata nama selepasnya ? adakah berlakunya proses pengguguran frasa nama selepas kata sendi tersebut.? | Ayat yang gramatis ialah "Pemain pertahanan pasukan hoki sekolah kami telah berjaya mematahkan serangan daripada pihak lawan untuk menjaringkan gol. "
| Tatabahasa | 12.09.2013 |
Miliki Kad Debit-i Bank Islam Visa Konfederasi Hoki Malaysia hari ini | Untuk pengesahan iklan, kemukakan permohonan tuan melalui laman web kami www.dbpsahbahasa.my. | Lain-lain | 26.07.2017 |
Salam 1Bahasa, 1. Ayat: a. Dalam perlawanan bola sepak... b. Pada perlawanan hoki itu... c. Di kejohanan Euro... d. Pada kejohanan Euro... Yang manakah yang tepat? 2. Sila letakkan kenderaan anda dalam keadaan "Reverse Parking". Dalam bahasa Melayu, terjemahannya, bagaimana? Terima kasih. | 1. Frasa satu dan dua betul dan penggunaan salah salah satu daripada ftrasa bergantung pada konteks ayat yang digunakan. 2. Yang betul ialah "reverse gear" terjemahannya ialah gear undur. | Tatabahasa | 06.07.2012 |
Salam sejahtera tuan. Perkataan terhempas' boleh digunakan dalam ayat ini? Dia memukul bola hoki dengan kuat dan bola itu terhantuk pada cermin kereta. Bolehkah 'terhantuk' digantikan dengan 'terhempas' dalam ayat ini? Sekian, terima kasih. | Perkataan yang lebih sesuai ialah terkena. | Tatabahasa | 23.07.2013 |
Bagaimana dapat kita pastikan sst SUBJEK harus digugurkan semasa menggabungkan dua ayat tunggal menjadi satu ayat majmuk? Apakah hukum yg boleh saya rujuki? | Ayat majmuk ialah ayat yang dibina dengan mencantumkan dua ayat tunggal atau lebih, dan percantuman ayat-ayat itu disusun mengikut cara tertentu sehingga menjadikannya ayat baharu. Untuk makluman, jika ayat-ayat yang digabungkan mempunyai unsur yang sama dan diulang, maka bahagian yang sama itu boleh digugurkan. Contoh: 1. Ali pandai bermain bola 2. Ali pandai bermain hoki boleh dihasilkan ayat: Ali pandai bermain bola dan hoki. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 497.
| Tatabahasa | 20.10.2015 |
pilih ayat yang betul 1 Kamu harus cepat sampai supaya tidak ketinggalan bas. 11 ¢ikgu Mat mengajarkan Matematik kepada murid-muridnya. III Darah seni memang sudah lama mengalir di dalam jiwanya. 1V Sungguhpun badannya letih, Zali tetap menghadiri majlis hari lahir. A. I,Il,dan lV B. ll,danIV sahaja. C. ll dan lll sahaja. D. 1,11,111 dan lV pilih ayat yang betul A. Fatimah memetikkan sekuntum bunga mawar dan diselitkan pada sanggulnya. B. Mereka berbincang mengenai kemenangan pasukan hoki sekolah C. Letih lesu badannya kerana tidak tidur semalaman D. Abang menghadiahkan adik sebuah buku cerita. | 1. Kami berpandangan ayat I,II dan IV betul. Walau bagaimanapun jika soalan yang ditanyakan ini berkaitan dengan soalan peperiksaan, sila rujuk pihak yang berwenang dalam dalam hal ini seperti sekolah atau Majlis Peperiksaan Malaysia. 2. A. Fatimah memetikkan sekuntum bunga mawar dan diselitkan pada sanggulnya - betul. B. Mereka berbincang mengenai kemenangan pasukan hoki sekolah - betul. C. Letih lesu badannya kerana tidak tidur semalaman - betul. D. Abang menghadiahkan adik sebuah buku cerita - salah. | Tatabahasa | 17.10.2014 |
salam tuan. keliru dgn istilah 'menggelecek' atau 'mengelecek'. yg mana yg betul ejaannya. semak kamus, kedua-duanya ada makna dan hampir sama. kata dasarnya gelecek atau kelecek? terima kasih. | Encik Syamsuri, Kedu-dua perkataan mengelecek(kelecek) dan menggelecek(gelecek) ada dalam perbendaharaan bahasa Melayu. Penggunaan kedua-dua perkataan ini bergantung pada makna yang hendak disampaikan. Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat makna perkataan kelecek bermaksud : (kelécék); mengelecek (dlm permainan bola sepak, hoki dsb) membawa bola dgn kaki, kayu pemukul dsb dgn pergerakan yg cepat dan tangkas serta mengelirukan supaya tidak dapat dirampas pihak lawan. Makna perkataan gelecek ialah : - (gelécék); gelecak (gelécak); menggelecek menggelangsar, menggelincir;
tergelecektergelangsar, tergelincir: masa kawan ~ dlm sungai, kawan rasa beban di belakang badan kawan jatuh ke dlm sungai.
| Makna | 02.02.2010 |