Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ho.lis.tik] | هوليستيک

Definisi : bersifat saling berkait antara satu sama lain sbg suatu sistem bersepadu yg menyeluruh, bukan sekadar menyentuh aspek-aspek ter­tentu sahaja: model ini bertujuan memberi­kan pandangan secara menyeluruh dan ~ bagi memahami konteks operasi sesuatu organisasi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata holistik


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
HOLISTIKHolistik  adalah sesuatu yang bersifat saling berkait antara satu sama lain sebagai satu sistem bersepadu menyeluruh, bukan sekadar menyentuh aspek-aspek tertentu sahaja.Makna10.02.2008
Maksud mahasiswa holistik, peneraju transfomasi paradigma

Semakan kami, moto “Mahasiswa Holistik, Peneraju Transformasi Paradigma” merupakan moto yang digunakan oleh Majlis Perwakilan Pelajar UiTM, Perak.

Menurut Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020) halaman 1379, 782, 2336, 2402 dan 1617, definisi setiap perkataan adalah seperti yang berikut:

Mahasiswa – pelajar atau penuntut di universiti.

Holistik – bersifat saling berkait antara satu sama lain sebagai suatu sistem bersepadu yang menyeluruh, bukan sekadar menyentuh aspek-aspek tertentu sahaja.

Peneraju – orang atau pihak yang menerajui.

Transformasi – perubahan bentuk, rupa, sifat, keadaan dan sebagainya sesuatu sistem, pentadbiran dan sebagainya.

Paradigma – lingkungan atau batasan pemikiran seseorang atau sesuatu pihak pada sesuatu masa yang dipengaruhi oleh pengalaman, pengetahuan, kemahiran dan kesedaran yang ada.

Sehubungan dengan itu, moto tersebut bermaksud menggalakkan mahasiswa berfikir di luar kotak serta menyeluruh dari semua aspek. Pemikiran sebegitu mampu menghasilkan mahasiswa yang kreatif dan kritis serta mampu mencipta idea baharu dan tidak terkongkong dengan pemikiran yang lama. Namun, maksud ini bergantung kepada kesesuaian penerapan moto ini di sesebuah institusi.

Makna25.01.2024
MAKNA PENDIDIKAN SECARA HOLISTIKSila buku-buku, artikel-artikel atau jurnal-jurnal yang berkaitan dengan pendidikan untuk mendapatkan maknanya secara holistik (menyeluruh).Lain-lain06.08.2009
"TOWARDS HOLISTIC EXCELLENCE" KE ARAH KECEMERLANGAN HOLISTIK KE ARAH KECEMERLANGAN MENYELURUHKE ARAH KECEMERLANGAN MENYELURUHLain-lain22.12.2010
Tolong berikan maksud perkataan : tamsilan, kendatipun, uswah, sikap hidonisme, sikap altrisme, paradigma, holistik, pemangkin dominan,

Sdr. boleh menggunakan enjin carian Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM). PRPM merupakan satu cara lain untuk membuat rujukan atau  mendapatkan makna kata, istilah, peribahasa dan sebagainya. Sila layari http://prpm.dbp.gov.my dan memasukkan maklumat yang ingin dicari dalam ruang yang disediakan dan klik "cari".

Lain-lain02.11.2010
adakah boleh memulakan ayat dengan kata kera seperti berikut: FOKUS 1: PENYEDIAAN BAKAT TERBAIK NEGARA Memperkukuh peranannya sebagai “‘inkubator’” bakat melalui ekosistem pendidikan tinggi yang menyeluruh dan holistik, USIM memberi penekanan terhadap kurikulum responsif, bimbingan akademik yang berwibawa, serta pendekatan pembelajaran interaktif yang berasaskan teknologi, universiti ini menjadi platform penting dalam membentuk graduan yang berdaya saing, inovatif dan berintegriti. Pelbagai inisiatif pembangunan sahsiah dan nilai teras turut dilaksanakan bagi memastikan pelajar bersedia menyumbang di peringkat nasional dan antarabangsa.Adakah maksud tuan penggunaan kata kerja "Memperkukuh"? Sekiranya betul, kami mencadangkan ayat tersebut dibetulkan menjadi: 
FOKUS 1: PENYEDIAAN BAKAT TERBAIK NEGARA, iaitu memperkukuh peranannya sebagai “inkubator” bakat melalui ekosistem pendidikan tinggi yang menyeluruh dan holistik. USIM memberi penekanan terhadap kurikulum responsif, bimbingan akademik yang berwibawa dan pendekatan pembelajaran interaktif yang berasaskan teknologi. Universiti ini menjadi platform penting dalam membentuk graduan yang berdaya saing, inovatif dan berintegriti. Pelbagai inisiatif pembangunan sahsiah dan nilai teras turut dilaksanakan bagi memastikan pelajar bersedia menyumbang idea/tenaga pada peringkat nasional dan antarabangsa. 
Tatabahasa23.06.2025
Assalamualaikum w.b.h., Tuan/Puan, Dimaklumkan bahawa definisi kaunseling dalam PRPM DBP adalah tidak tepat dan mengelirukan. https://prpm.dbp.gov.my/cari1?keyword=kaunseling Sehubungan itu, dikemukakan definisi berikut untuk perhatian; Kaunseling bererti "suatu proses sistematik untuk membantu perhubungan berdasarkan prinsip-prinsip psikologi yang dilaksanakan oleh kaunselor berdaftar mengikut kod etika kaunseling untuk mencapai suatu perubahan, kemajuan dan penyesuaian yang holistik, baik dan sukarela pada diri klien supaya perubahan, kemajuan dan penyesuaian itu akan berterusan sepanjang hayat klien (Akta Kaunselor 1998)." chrome-extension://efaidnbmnnnibpcajpcglclefindmkaj/https://warga.nres.gov.my/sites/epsikologi/Documents/Pekeliling/Akta%20Kaunselor%201998.pdf Menurut APA (2018), kaunseling bermaksud bantuan yang profesional bagi menangani permasalahan peribadi, yang merangkumi emosi, tingkah laku, vokasional, perkahwinan, pendidikan, rehabilitasi dan permasalahan berkaitan dengan peringkat kehidupan. https://dictionary.apa.org/counseling Sekian, terima kasih.Waalaikumussalam.
Tuan, terima kasih atas pandangan tuan.
Untuk makluman tuan, takrifan kaunseling dalam PRPM (kamus) ialah takrifan secara umum sahaja. 
Walau bagaimanapun, kami mengambil perhatian terhadap pandangan tuan dan akan menyesuaikan takrifan kaunseling yang tuan cadangkan dengan takrifan yang sedia ada untuk kamus edisi yang akan datang.
Makna30.06.2025

Kembali ke atas