HOMESTAY | PELANCONGAN DESA | Istilah | 09.02.2011 |
istilah "homestay" | Padanan homestay dalam bahasa Melayu ialah Inap Desa. | Istilah | 23.02.2011 |
perbezaan pengertian inap desa dan juga homestay? | Padanan homestay dalam bahasa Melayu ialah inap desa. | Tatabahasa | 21.11.2011 |
pengertian inap desa / homestay dan pengertian eko pelancongan | Dalam Glosari Pelancongan terbitan DBP, homestay (inap desa) didefinisikan sebagai 'Cara penginapan alternatif biasanya bersama-sama sebuah keluarga untuk tempoh tertentu'. Homestay programme didefinisikan sebagai 'Program pelancongan yang diatur supaya pelancong tinggal bersama keluarga tempatan'. Ekopelancongan pula didefinisikan sebagai 'Pelancongan yang berasaskan alam semula jadi seperti hutan tropika, pantai, pulau, bukit, taman, laut dan sebagainya'. | Istilah | 08.02.2012 |
Perkataan homestay sudah lama digunakan dalam bahasa. Adakah istilah ini sudah diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu, atau kita menggunakan istilah homestay sahaja. Harap dapat maklum balasa. Terima kasih Dr S. nathesan | Homestay tidak diterima sebagai istilah bahasa Melayu kerana padanannya ialah inap desa atau pelancongan desa. | Istilah | 18.06.2012 |
Salam sejahtera, apakah istilah BM yang sesuai untuk homestay?inap desa@ rumah inap desa @ pelancongan desa? Ayat yang ingin saya buat ialah 'Mereka menginap di (homestay)'. Terima kasih. | Padanan bagi homestay ialah inap desa. | Tatabahasa | 18.01.2013 |
1. Apa istilah yang sesuai bagi rumah yang lengkap dengan perabut dan diberi sewa sehari atau 2 hari kepada pelanggan yang hendak menginap atas tujuan untuk berehat,berkursus dan sebagainya . 2. Biasa orang guna istilah "Homestay" tetapi ada larangan dari pihak tertentu tentang penggunaan istilah tersebut. Homestay biasa digunakan rumah2 penginapan untuk pelancong. | Padanan yang sesuai ialah rumah inap. | Penyemakan dan penterjemahan | 09.08.2017 |
Assalamualaikum, Bolehkah saya menterjemahkan perkataan homestay kepada percutian desa? Terima kasih atas bantuan tuan/puan. | Inap desa. | Istilah | 02.12.2009 |
Mohd Rafie Kamaruzaman Apr 3rd, 7:35am Salam, Bulan April ini saya akan menerbitkan buku pertama saya bertajuk Rahsia Homestay. Saya sudah dapatkan ISBN dan kini tinggal dicetak sahaja. Boleh saya dapatkan maklumat lanjut untuk dana penulis? Terima kasih atas bantuan. Rafie | Kami mencadangkan tuan hubungi Jabatan Penerbitan DBP di talian 03-21479000/9534/9536 untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang proses penerbitan, manakala maklumat tentang dana penulis pula boleh diperoleh melalui Bahagian Promosi dan Pengiktirafan di talian 03-21479129. | Lain-lain | 03.04.2015 |