Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata hong


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Kedai Ubat Cina Hong Keong Akuputur & Herba Hong KeongKedai Ubat Cina Hong Keong Akupunktur dan Herba Hong KeongTatabahasa10.09.2008
Selamat sejahtera, Guan Hong: Anand,tolong ambilkan saya kamus itu? Anand :Baiklah, Guan Hong.Saya akan tolong ambilkan kamus itu. Baiklah, Guan Hong.Saya akan mengambilkan kamus itu untuk kamu. Ya,Guan Hong. Saya akan mengambilkan kamu kamus itu. (mengambilkan kamus itu untuk kamu / mengambilkan kamu kamus itu) *Minta pencerahan
Penggunaan ayat  "Dia mengambilkan kamus itu untuk kamu." dan "Dia mengambilkan kamu kamus itu." adalah betul dari segi tatabahasa. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka.  Buku ini dijadikan rujukan dan pegangan oleh DBP, sekolah dan Kementerian Pendidikan. 
Tatabahasa25.08.2021
1. Zhi Ying melihat gambar keluarga Guan Hong di dalam album. 2. Zhi Ying melihat gambar keluarga Guan Hong dalam album. tumpang tanya encik/puan, ayat mana yang betul di atas? Terima kasih.Ayat yang betul ialah "Zhi Ying melihat gambar keluarga Guan Hong dalam album."Lain-lain09.08.2022
Phoebe Hong Aug 1st, 10:16am Adakah huruf pertama dalam jadual perlu ditulis huruf besar? Contoh:(g)otong-royong membersihkan kawasan Desa Kasih Terima kasih.Huruf pertama dalam permulaan ayat perlu ditulis dengan huruf besar.Ejaan01.08.2015
Salam sejahtera, 1.Keluarga Guan Hong hidup (aman dan bahagia). 2.Keluarga Guan Hong hidup (bahagia dan aman). Adakah kedua-dua ayat ini betul? Sekian terima kasih.Kedua-dua ayat yang diberikan betul. Tatabahasa10.07.2023
Salam sejahtera, 1. Cikgu Hong dan Cikgu Rosnah sedang mengawasi keselamatan murid / murid-murid di pintu utama sekolah. (kita patut guna murid atau murid-murid?) Terima kasih.
Menurut data kami, ayat yang sesuai ialah cikgu Hong dan cikgu Rosnah sedang mengawasi keselamatan murid-murid di pintu utama sekolah
Lain-lain25.07.2018
Salam sejahtera, 1. Kok Keong menyusun buku-buku yang di atas rak. 2. Kok Keong menyusun buku-buku yang di atas rak buku. 3. Kok Keong menyusun buku-buku di atas rak buku 4. Mei Hong dan Loke mengatur kerusi meja supaya kemas. 5. Mei Hong dan Loke mengatur kerusi dan meja supaya kemas. Ayat yang mana gramatis ? Terima kasih.Ayat yang gramatis ialah ayat ketiga iaitu  "Kok Keong menyusun buku-buku di atas rak buku" dan ayat kelima iaitu  "Mei Hong dan Loke mengatur kerusi dan meja supaya kemas."Tatabahasa20.05.2013
Salam sejahtera, saya ingin mendapatkan khidmat nasihat daripada pihak tuan/puan tentang beberapa terjemahan berikut: 1. A Reading Book Of China’s National Condition a) Buku Bacaan Keadaan Semasa Negara China b) Buku Bacaan Hal Ehwal Semasa Negara China c) Buku Bacaan Keadaan Negara China 2. Illustrated China a) Peristiwa Bergambar Negara China b) Cerita Bergambar Negara China 3. People's livelihood a) Sara hidup rakyat b) Kehidupan rakyat 4. Special Report on National Condition a) Liputan Khas Keadaan Semasa Negara b) Laporan Khas Keadaan Semasa Negara 5. Special topic / special feature on national condition a) Topik Khas Keadaan Semasa Negara b) Rencana Keadaan Semasa Negara 6. Fascinating National Condition – Pesona Keadaan Semasa Negara 7. Hong Kong's Return to China / Handover of Hong Kong a) Penyerahan Hong Kong kembali kepada Pemerintahan China b) Penyerahan Kedaulatan Hong Kong kepada Pemerintahan China Sekian, terima kasih.

Kami mencadangkan padanan terjemahan seperti berikut:

 

1. A Reading Book of China’s National Condition: Buku Bacaan Berkaitan Keadaan Rakyat/Negara China

 

2. Illustrated China: Maklumat Berilustrasi Negara China

 

3. People's Livelihood: Mata Pencarian Rakyat

 

4. Special Report on National Condition: Laporan Khas Berkaitan Rakyat/Negara

 

5. Special Topic/Feature on National Condition: Topik Khas Berkaitan Rakyat/Negara

 

6. Fascinating National Condition: Keadaan Rakyat/Negara yang Mempesonakan/Mengagumkan/Menakjubkan

 

7. Hong Kong's Return to China/Handover of Hong Kong: Penyerahan Semula Hong Kong kepada Negara China

 

Cadangan terjemahan ini bergantung pada kesesuaian serta konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang atau laras bahasa.

Penyemakan dan penterjemahan22.05.2021
kepada saudara/saudari yang dihormati saya bernama Wong Geok Hong ingin memohon lesen dan lesen iklan untuk perniagaan untuk menjual dan membekal makanan dan minuman.sekian terima kasihSila layari http://sbmb.dbp.gov.my/iklan/pelanggan/login.aspx untuk semakan ejaan dan pengesahan bahasa.Lain-lain17.06.2016
Dear Sir or Madam, I am looking for dictionary that translate English to Malay that is specific to Food Related terms and chemical terms. I heard one may have been written by Prof. Tan Keng Hong. Please advice. Thank you. Regards, Peter LeongUntuk makluman saudara, kami tidak mempunyai buku yang ditulis oleh Prof. Tan Keng Hong. Saudara boleh merujuknya di Perpustakaan Negara atau perpustakaan di IPTA/IPTS. Di DBP, kami mempunyai Daftar Istilah Kimia dan Daftar Istilah Teknologi Makanan sekiranya berkaitan sebagai rujukan.Lain-lain13.01.2009
12

Kembali ke atas