Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata hormatnya


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
ingin bertanya berkaitan tatabahasa yang sesuai untuk pembuka kata bagi surat rasmi: i. Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk. ii. Segala hormatnya perkara di atas dirujuk. iii. Perkara di atas dengan hormatnya dirujuk. iv Dengan segala hormatnya saya merujuk perkara di atas Terima kasih.Dengan hormatnya/segala hormatnya perkara di atas dirujuk atau Dengan hormatnya/segala hormatnya kami merujuk perkara di atas.Lain-lain09.10.2018
Tatacara menulis surat rasmi. Mana yang lebih baik dan betul. Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk atau Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.Kedua-duanya betul, 'Dengan hormatnya/Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk'.Tatabahasa13.02.2012
Salam. Mohon penjelasan admin. Apa beza perkara ini dalam penulisan surat? 'dengan hormatnya' 'dengan segala hormatnya' mana satu yang betul? Atau boleh digunakan kedua² nya sekali mengikut situasi?Tidak ada perbezaan, kedua-duanya boleh digunakan. Dengan segala hormatnya, perkara di atas dirujuk.
atau  Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk.
Tatabahasa18.03.2021
Soalan bagi persuratan : Adalah dengan segala hormatnya (atau) Dengan segala hormatnya Mohon pandangan. Terima kasihBinaan ayat boleh terdiri Frasa Nama +Frasa Nama/ Frasa Kerja/ Frasa Adjektif/ Frasa Sendi Nama. Ayat yang menggunakan kata hubung keterangan "dengan" sebagai permulaan ayat dinamakan sebagai "ayat hubung keterangan cara".  Oleh sebab itu, ayat yang betul ialah "Dengan segala hormatnya saya merujuk perkara...".  Adalah ialah kata pemeri yang hanya boleh hadir di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama dan tidak pada permulaan ayat.Tatabahasa29.01.2014
(1) Dengan segala hormatnya Kami merujuk Tuan kepada perkara tersebut di atas. (2) Dengan hormatnya Kami merujuk Tuan kepada perkara di atas. Soalannya; Yang mana satu Ayat yan betul atau yang lebih baik?(1) Dengan segala hormatnya Kami merujuk Tuan kepada perkara tersebut di atas. (2) Dengan hormatnya Kami merujuk Tuan kepada perkara di atas. Kedua-dua ayat ini kurang tepat, ayat yang tepat ialah 'Dengan hormatnya kami merujuk perkara yang tersebut di atas'.Tatabahasa30.01.2011
Dalam penulisan surat, yang mana satu betul? "Dengan hormatnya saya merujuk surat tuan ..." atau "Saya dengan hormatnya merujuk surat tuan ..."

Encik Yahaya,

 jawapan yang betul ialah  - Dengan hormatnya saya merujuk surat tuan , atau Dengan segala hormatnya surat tuan.......................... dirujuk. Terima kasih.

Tatabahasa04.03.2010
1.Bagaimana cara menulis singakatan Yang Berbahagia ? Adakah Y.Bhg. atau YBhg. 2. Perkara di atas dengan hormatnya dirujuk atau Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk ( Yang mana betul) Terima kasih.1. Ejaan yang betul bagi kependekan 'Yang Berbahagia' ialah YBhg.
2. Ayat yang betul ialah "Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk".
Tatabahasa21.03.2013
Apakah perbezaan antara ayat di bawah serta kesesuaian penggunaannya: 1. Dengan hormatnya saya menjemput perhatian tuan/puan kepada perkara tersebut di atas. 2. Dengan hormatnya saya menarik perhatian tuan/puan berhubung perkara tersebut di atas 3. Dengan hormatnya saya diarah merujuk kepada perkara tersebut di atas. 4. Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara tersebut di atas.Ayat yang betul dan sesuai digunakan ialah "Dengan hormatnya saya merujuk perkara yang tersebut di atas." Tatabahasa11.06.2023
Adakah ayat "Dengan segala hormatnya, saya diarah untuk merujuk kepada perkara tersebut di atas." memerlukan tanda koma(,) di antara perkataan hormatnya dan saya?Tanda koma tidak perlu diletakkan di antara perkataan “hormatnya” dengan perkataan “saya”. Contoh ayat yang betul ialah “Dengan segala hormatnya saya merujuk perkara yang tersebut di atas”.Tatabahasa14.07.2022
Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk. Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuki. Ayat mana yang betul?Ayat yang betul ialah "Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk", tetapi lazimnya kita menggunakan ayat "Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk".Tatabahasa09.11.2010
12345678910...

Kembali ke atas