Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : (hotél) bangunan tempat penginapan yg menyediakan makanan dan perkhidmatan-perkhidmatan lain utk orang luar yg datang mengunjungi sesuatu tempat; perhotelan urusan bkn hotel. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : /hotél/ bangunan yg disediakan dgn bilik dan makanan utk orang yg dlm perjalanan; rumah penginapan: Mereka bermalam di sebuah ~ yg besar di bandar itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata hotel


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
maksud hotel,resort,chalet,motel,hostel,INN hotel,TRAVEL hotel,CITY hotel,SPA hotelMaksud ungkapan yang saudara perlukan adalah seperti yang berikut: 1.hotel-bangunan tempat penginapan yg menyediakan makanan dan perkhidmatan-perkhidmatan lain utk orang luar yg datang mengunjungi sesuatu tempat.2.resort-tempat peranginan.3.motel-hotel yg dibina berhampiran dgn jalan raya, dan menyediakan kemudahan khas, terutamanya tempat letak kereta yg berhampiran dgn bilik penyewa. 4. hostel- bangunan tempat penginapan utk pelajar dll, asrama. 5.INN hotel-hotel murah.6.TRAVEL hotel-hotel kembara.7.CITY hotel-hotel bandar. 8.SPA hotel-hotel SPA. l,INN hotel,TRA,CITY hotel,SPA hotelMakna22.08.2007
Salam Sejahtera Saya ingin bertanya, syarikat saya sedang membuka sebuah hotel di Kuala Lumpur. Kami bercadang untuk menamakan hotel tersebut sebagai "HOTEL IRIS MADANI" kerana hotel ini merupakan hotel berkonsepkan Islam. Adakah pihak kami perlu membuat semakan dengan pihak DBP atau perlukan kami membuat permohonan secara rasmi dengan DPB untuk mendaftar nama tersebut? Sekian terima kasih Yang benar, Hazirah Midaris Holdings Sdn Bhd 0133213100Untuk makluman tuan, DBP membuat Khidmat Pengesahan Bahasa pada iklan, papan tanda, penamaan jalan dan bangunan. Bagi tujuan pendaftaran nama hotel, tuan boleh merujuk Suruhanjaya Syarikat Malaysia atau Kementerian Pelancongan. Kami mencadangkan supaya nama hotel tuan menepati tatabahasa Melayu yang betul. Harap maklum.Lain-lain28.10.2013
salam, saya menguruskan hotel didalam UTM. apakah perkataan sesuai dalam bahasa melayu bagi "hotel reception" utk saya letakkan pada signage hotel saya. terima kasihUntuk makluman, tidak ada istilah hotel reception dalam pangkalan data kami. Walau bagaimanapun, terdapat istilah reception counter, reception area dan reception hall yang padanan bahasa Melayunya ialah kaunter sambutan, ruang sambutan dan dewan sambutan. Oleh itu, istilah yang kami cadangkan untuk hotel reception ialah kaunter sambutan atau ruang sambutan.Istilah20.09.2012
Apakah terjemahan yang betul bagi perkataan Inggeris "welcoming drink" yang selalu wujud ketika kita mendaftar masuk ke hotel. Pihak hotel menerima tetamu dengan memberikan "welcoming drink". Sudah adakah istilah khusus untuk perkataan ini terutamanya dalam istilah perhotelanPadanan bahasa Melayu bagi perkataan welcome drink ialah minuman alu-aluan.Istilah20.09.2008
Hotel - Banguan tempat penginapan yang menyediakan makanan & perkhidmatan-perkhidmatan lain untuk orang luar yang datang mengunjungi sesuatu tempat.Rumah tumpangan/motelLain-lain11.02.2009
Harap dapat memberi nasihat mengenai kata sendi yang paling sesuai digunakan dalam konteks berikut: "Lihat hotel pada peta" atau "Lihat hotel di atas peta". Ini berkait dengan peta yang disertakan di laman web. Sekian, terima kasih.Ayat yang betul ialah "Lihat hotel pada peta".Tatabahasa25.05.2012
permohonan semakan cadangan nama skim pembangunan mengandungi sebuah hotel (122 bilik) dan kemudahan hotel serta 12 unit kedai 2 tingkat dan 4 unit kedai 3 tingkat di atas lot 3543 Sungai Siput U, perak. Pemaju adalah Kumpulan MH Sdn. Bhd. Cadangan nama skim yang diberikan adalah MH SENTRAL, dengan mengambilkira nama syarikat iaitu MH. Dimaklumkan pembangunan terletak di pinggir jalan besar dan berhampiran dengan Pekan Sungai Siput U. Sehubungan dengan itu mohon ulasan dan pandangan terhadap cadangan nama skim iatu MH SENTRAL. Sekian, Terima Kasih MOHD NORULAMIN BIN AHMADMengikut struktur bahasa Melayu, penamaan yang betul ialah Sentral MH, bukan MH Sntral. Untuk pengesahan iklan dan penamaan bangunan, klik domain "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP" bukan Khidmat Nasihat Bahasa.Lain-lain02.07.2012
Nama hotel bagi UTM ialah Scholar's Inn dan saya ingin nama ini ditukar kepada bahasa melayu. apakah nama dalam bahasa melayu yang sesuai bagi Scholar's Inn?Padanan scholar dalam bahasa Melayu ialah sarjana, cendekiawan, cerdik pandai, dan  orientalis. Kami berpendapat padanan ini tidak sesuai untuk digunakan sebagai nama hotel. Kami mencadangkan pihak tuan memilih nama tokoh ilmuwan tempatan khususnya dalam kalangan UTM sendiri untuk diabadikan pada nama hotel berkenaan.  Istilah19.08.2009
Apakah bentuk pola ayat di bawah? Sila berikan penjelasan. Terima kasih. Hotel itu bertaraf dunia. A) Frasa Nama + Frasa Kerja B) Frasa Nama + Frasa AdjektifHotel itu bertaraf dunia. Pola ayat Frasa Nama + Frasa AdjektifTatabahasa02.03.2011
BOLEH KE KITA MENGGUNAKAN NAMA HOTEL SENTRAL METRO DAN APAKAH MAKSUDNYABoleh. Sentral bermaksud  1. di tengah atau pusat; pasar ~ pasar yg terletak di tengah bandar; 2. (pejabat dll) yg menjadi pusat (pejabat-pejabat lain dll), ibu (pejabat dll); pemerintah ~ pemerintah pusat, manakala metro/metropolitan berkenaan dgn bandar raya utama dlm sesebuah negara.Istilah09.06.2010
123

Kembali ke atas