Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera. Mohon jelaskan soalan-soalan yang dilampirkan. Terima kasih:)

LAMPIRAN: Dewan Bahasa dan Pustaka.docx

Salam sejahtera

1) Penggunaan dia dan -nya dapat dibezakan melalui ayat berikut. Apabila dia (sebagai ganti nama) kembali ke kampungnya (ganti nama) setelah sepuluh tahun meninggalkan kampung tersebut,dia amat terperanjat dengan pelbagai perubahan yang berlaku.

Berdasarkan penerangan di atas, adakah”-nya” bermaksud “dia punya”?

Sekiranya benar, adakah penggunaan “-nya” dalam ayat di bawah betul?

1    1. Saya memberikan hadiah itu kepadanya.
2. Dia telah membeli beberapa buah buku yang disukainya.
3. Katanyamasalah ini harus diselesaikan dengan segera.

2

2) Adakah kenyataan berikut betul?

Kata hubung seperti jika, kalau, jikalau dan sekiranya mempunyai maksud dan penggunaan yang sama dan digunakan untuk menunjukkan syarat yang harus dipenuhi untuk mencapai atau melakukan sesuatu perkara.

Kata hubung seperti andai kata dan seandainya pula digunakan untuk menerangkan peristiwa yang dianggap mungkin terjadi.

 

Berdasarkan contoh ayat yang diberikan, semua penggunaan kata “-nya” yang hadir dalam ayat tersebut berfungsi sebagai kata ganti nama diri orang ketiga, bukan merujuk maksud kepunyaan individu. Bagi penggunaan kata hubungjika”, “kalau”, “jikalau”, “andai kata” dan “seandainya”  yang hadir dalam ayat boleh berfungsi untuk menyatakan syarat, harapan, andaian, menyatakan kemungkinan sesuatu akan berlaku dan sebagainya berdasarkan konteks pengunaannya dalam ayat. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman: 253 – 254 dan Kamus Dewan Perdana, halaman: 93-94 dan 903.

Tatabahasa12.11.2024
Adakah kata hubung "kerana" dapat diganti dengan "sebab" seperti berikut? 1. Dia tidak hadir kerana sakit. 2. Dia tidak hadir sebab sakit.
  • Encik Ong terima kasih kerana menghubungi KNBDBP.
  • Kerana dijelaskan dalam kamus dewan sebagai --kata yg digunakan sebelum memberikan keterangan atau penjelasan yg menjadi punca (permulaan, alasan, dsb) sesuatu keadaan, kejadian, masalah, perbuatan dll, sebab, oleh sebab, lantaran: mereka berjaya ~ kecekapan dan usaha yg sungguh-sungguh; pertem puran berlaku ~ kedua-dua pihak tidak mahu bertolak ansur; dia marah ~ dihinakan orang; apa ~nya maka begitu apa mulanya (sebabnya) maka begitu; ~ apa sebab apa; ~ Allah a) menurut kemahuan (perintah) Allah; b) dgn percuma (tidak menuntut apa-apa bayaran), utk mendapat pahala sahaja; oleh ~ = dari ~ disebabkan oleh, kerana.
  •  manakala sebab pula dijelasakan seperti ini - -yg mengakibatkan sesuatu, fasal, kerana, lantaran, mula: doktor dapat mencari ~ penyakit itu; ia dipecat ~ malas; oleh ~ kerana; ~-musabab berbagai-bagai sebab;
  • Dalam ayat yang tuan berikan kedua-dua perkataan itu boleh saling berganti.

    Tatabahasa11.07.2009
    Masih dengan persoalan "antara...dan" dan "antara dengan". Adakah "antara...dengan" digunakan dlm kes perbandingan? Bagaimana pula dengan contoh ayat di bawah? 1) PErkahwinan antara William and Carol berakhir dengan perceraian. 2) Syaitan cuba merosakkan hubungan antara Tuhan dan umat-Nya.Kata sendi 'antara' perlu diikuti oleh kata sendi nama 'dengan' atau kata hubung 'dan'. Berdasarkan contoh yang diberikan, ayat yang betul ialah  'Perkahwinan antara William dengan Carol berakhir dengan perceraian dan Syaitan cuba merosakkan hubungan antara Tuhan dengan umat-Nya'. Penerangan dan contoh penggunaan kata sendi 'antara' diikuti kata hubung 'dan' telah diberikan sebelum ini.Tatabahasa08.03.2011
    Bagaimanakah perkataan iaitu dan ianya berfungsi

    Perkataan iaitu ialah kata hubung pancangan keterangan yang berfungsi menghubungkan klausa yang menjadi keterangan pada klausa utama. Contohnya “Ambillah harta itu dengan cara yang baik, iaitu sekadar mencukupi untukmu dan dirimu.”

    Perkataan ianya tidak tepat dari sudut tatabahasa kerana kata ia dan nya merupakan kata ganti nama diri orang ketiga dan tidak boleh disekalikan/digabungkan penggunaannya.

    Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2008) halaman 252.

    Tatabahasa09.09.2024
    Adakah ayat . Antaranya kita dapat menambah ilmu pengetahuan. Antaranya kita betul atau salah.

    Perkataan "antara" berfungsi sebagai kata hubung dan hadir di hadapan kata nama atau frasa nama yang membawa pengertian lingkungan yang tidak mempunyai ruang atau jarak. Manakala, perkataan “-nya” dalam ayat tersebut berfungsi sebagai kata untuk menguatkan maksud. Ini bermakna, penggunaan “antaranya” di hadapan ayat tidak boleh digunakan, kecuali perkataan tersebut digunakan untuk menguatkan maksud sesuatu ayat. Contoh: Terdapat banyak cara untuk menjaga kebersihan, antaranya mandi dua kali setiap hari dengan menggunakan sabun.

    Tatabahasa09.11.2020
    Sila nyatakan adakah ayat di bawah betul atau salah, nyatakan sebabnya. I Di pinggir jalan menuju ke pekan, terdapatnya sebuah gerai roti canai yang enak sungguh. II Majlis yang amat meriah itu dihadiri oleh rakyat dari seluruh pelosok negara. III "Minta tuan-tuan bertenang seketika kerana sistem pembesar suara mengalami masalah teknikal," kata pengacara majlis. IV Pelajar itu tidak pandai, tetapi suka membaca buku apabila ada masa lapang.I. Di pinggir jalan menuju ke pekan, terdapatnya sebuah gerai roti canai yang enak sungguh. - Ayat ini tidak gramatis kerana nya (terdapatnya) ialah kata ganti nama diri ketiga dan tidak gramatis untuk aayat ini.
    II. Majlis yang amat meriah itu dihadiri oleh rakyat dari seluruh pelosok negara. - Ayat ini gramatis. 
    III. "Minta tuan-tuan bertenang seketika kerana sistem pembesar suara mengalami masalah teknikal," kata pengacara majlis. - Ayat ini boleh digunakan dalam konteks arahan. 
    IV. Pelajar itu tidak pandai, tetapi suka membaca buku apabila ada masa lapang. - Ayat ini betul kerana tetapi ialah kata hubung untuk menyatakan kata-kata yang berlawanan.
    Tatabahasa28.05.2012

    Kembali ke atas