Tuan/Puan, Saya ingin memohon pengesahan berkenaan ejaan perkataan keurusetiaan pada nama sebuah bahagian di Kementerian saya iaitu samada: 1. Bahagian Keurussetiaan Strategik dan Hubungan Antarabangsa atau 2. Bahagian Keurusetiaan Strategik dan Hubungan Antarabangsa. Apabila semakan dibuat melalui DBP Online, perkataan Keurussetiaan adalah daripada Kamus Pelajar Edisi Kedua manakala Keurusetiaan adalah daripada Kamus Dewan Edisi Keempat. Mohon pengesahan pihak DBP jua tentang penggunaan perkataan keurusetiaan yang betul pada nama Bahagian tersebut. | Jawapan yang tepat ialah Keurussetiaan (rujuk Kamus Pelajar Edisi Kedua) | Ejaan | 07.08.2018 |
Apakah "offensive interest" dlm BM mengikut konteks hubungan antarabangsa? | Cadangan padanan bahasa Melayu bagi istilah offensive interest ialah kepentingan ofensif. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu. | Lain-lain | 06.05.2025 |
Tuan, Saya merupakan seorang pelajar di dalam bidang keselamatan dan hubungan antarabangsa. Sedang dalam proses mengemukakan disertasi bagi kajian saya. Saya ingin bertanyakan sama ada wujud perkataan 'disinformasi' di dalam kamus DBP. Harap pihak tuan dapat memberikan respon sewajarnya. Terima kasih. Salam ikhlas, Mohd Syarizal bin Abdull Halim | Perkataan "disinformasi" masih belum terakam dalam Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020) dan kamus umum DBP yang lain. Hal ini disebabkan penggunaan perkataan tersebut masih kurang dalam penggunaan masyarakat di Malaysia. Masyarakat disarankan untuk menggunakan "maklumat palsu" atau "maklumat salah" sebagai padanan bahasa Melayu bagi "disinformation" dalam menyampaikan maksud tersebut seperti yang terakam dalam PRPM: disinformation Definisi : n maklumat palsu. (Kamus Inggeris-Melayu Dewan) | Lain-lain | 30.05.2021 |
Apakah bagi maksud diplomatik? | Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, diplomatik bermaksud sesuatu yang berkenaan dengan hubungan antarabangsa. | Makna | 29.06.2009 |
apakah yang dimaksudkan dengan bangsa gemilang dan apakah yang saya dapat fahami dengan petikan ini? | Bangsa gemilang bermaksud bangsa yang cemerlang atas kejayaan yang ditempa dalam pelbagai bidang seperti ekonomi, politik, sosial, dan hubungan antarabangsa sehingga menjadikan bangsa tersebut sebagai bangsa yang bertamadun tinggi, dihormati dan boleh dijadikan contoh oleh bangsa-bangsa lain agar mereka juga dianggap gemilang. | Makna | 03.03.2008 |
saya ingin bertanya tentang maklumat lanjut tiga bahasa utama yang digunakan oleh tiga kaum terbesar di malaysia.saya inginkan penghuraian yang jelas | Saudara pertanyaan saudara ini memerlukan satu pembacaan yang meluas namun untuk pengetahuan saudara 3 bahasa utama di Malaysia ialah bahasa Melayu yang merupakan bahasa kebangsaan negara ini, bahasa Inggeris yang digunakan untuk tujuan sosial dan hubungan antarabangsa dan bahasa ibunda bagi masyarakat Cina dan bahasa ibunda bagi masyarakat India. | Lain-lain | 15.02.2007 |
Apakah perbezaan antara hapak dengan harum? | Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, hapak bermaksud berbau tidak sedap kerana sudah lapuk atau usang atau sudah lama tersimpan. Contoh ayat, bantal usang itu berbau hapak. Harum pula bermaksud, sedap (enak) baunya, wangi, baik, masyhur, terkenal. Contoh ayat, bunga melati itu harum baunya. Contoh ayat kedua, nama Malaysia semakin harum dalam hubungan antarabangsa.
| Makna | 21.08.2021 |
PENGGUNAAN PERKATAAN URUS SETIA DAN DIURUSSETIAKAN ATAU DIURUSETIAKAN SERTA CONTOH AYAT | Ejaan yang betul ialah urus setia dan diurussetiakan. Contoh ayat: Peserta boleh menghubungi urus setia bagi mendapatkan maklumat awal mengenai pertandingan tersebut. Mesyuarat diurussetiakan oleh Unit Kajian Media, Bahagian Promosi dan Hubungan Antarabangsa. | Tatabahasa | 16.10.2020 |