Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : = ~ deras hujan besar dan banyak airnya turun; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : hujan yg besar dan banyak air yg turun. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hujan (kata nama)
Kata Terbitan : berhujan, menghujani, menghujankan, kehujanan,

Puisi
 

Hujan lebat di Gunung Api,
     Bakar udang di tengah reba;
Saya tak larang tuan berlaki,
     Kasih sayang jangan dilupa.


Lihat selanjutnya...(13)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera. Ramalan hujan bagi kawasan A adalah “hujan lebat” akan berlaku dan hujan lebat ini dijangka berterusan. Manakala ramalan hujan bagi kawasan B pula adalah “hujan lebat yang berterusan” dijangka akan berlaku. Oleh itu yang mana lebih sesuai dan kurang mengelirukan jika ramalan kedua-duanya diletak bersebelahan. Kawasan A : “Hujan lebat dijangka berterusan” @ “Hujan lebat dan dijangka berterusan” @ “Hujan lebat yang dijangka berterusan” Kawasan B: “Hujan lebat berterusan dijangka berlaku”. Mohon kategorikan sebagai soalan peribadi dan tidak dikongsi kerana ini bagi pihak kawan di agensi lain. Sekian, terima kasih.Puan yang budiman,

Cadangan ayat yang sesuai untuk pertanyaan puan adalah seperti berikut:

1) Hujan lebat berterusan
2) Hujan lebat dijangka berterusan
Tatabahasa24.11.2017
Salam, Apakah ceraian ayat yang betul bagi ayat majmuk ini? Kemalangan itu berlaku pada petang semalam ketika hujan lebat turun dengan tidak henti-henti. Adakah...? 1. A Kemalangan itu berlaku pada petang semalam. B Hujan lebat turun dengan tidak henti-henti. 2. A Kemalangan itu berlaku pada petang semalam. B Hujan lebat turun dengan tidak henti-henti pada petang semalam. Bolehkah tuan/puan berikan alasannya? Terima kasih.Contoh yang diberikan ialah ayat majmuk keterangan yang terdiri daripada satu ayat induk dan satu ayat kecil (atau lebih) yang tidak dapat berdiri sendiri. Kemalangan itu berlaku pada petang semalam (ayat induk) + ketika (kata hubung) hujan lebat turun dengan tidak henti-henti (ayat kecil).  Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 514.Tatabahasa25.04.2014
Saya harap tuan dapat membetulkan tatabahasa saya jika ada kesalahan.TQ agar tidak membuat bising. bertahun-tahun dia merantau. pengantin baru. sebagai akibat hujan lebat. membicangkan tentang. memperlebarkan jalan. atas perhatian. ramai kanak-kanak. amat merbahaya. menternak telur ayam. dalam peperiksaan. turun ke bawah. rumah orang tua-tua. makan kuih lagi. mendatangkan banyak.

Sdr. Izzat, terima kasih kerana menghubungi KNBDBP.

Harap pada masa hadapan berikan nama penuh dan no. kad pengenalan untuk tujuan pendokumentasian.

 TQ agar tidak membuat bising - TQ - seharusnya ditulis Terima kasih.

sebagai akibat hujan lebat -  seharusnya ditulis akibat hujan lebat.

memperlebarkan jalan - tidak menjadi kesalahan besar , boleh sahaja ditulis melebarkan jalan.

amat merbahaya - seharusnya ditulis amat berbahaya

menternak telur ayam - seharusnya ditulis menternak ayam kerana telur ayam tidak boleh diternak.

Ayat yang lain-lain betul dari segi penggunaanya. Atau untuk penjelasan yang lebih lanjut sila berikan ayat yang penuh.

 

Tatabahasa10.07.2009
Kemusykilan: Ayat berbunyi - Hujan lebat telah turun lewat pagi semalam. Persoalannya: Apakah maksud LEWAT PAGI dalam konteks soalan tersebut? - manakah maksud yang yang sesuai: a. Tengahari b. Awal malam c. Awal pagiAntara maksud lewat ialah larut, walau bagaimanpun tidak ada maklumat yang tepat untuk lewat pagi dalam pangkalan data kami. Tengah hari ialah lebih kurang pukul 12 pada siang hari. Awal ialah permulaan, ini bermakna awal pagi dan awal malam ialah permulaan kedua-dua waktu tersebut.Makna19.10.2011
Hello DBP, Bolehkah kata ganti diri 'mereka' digunakan untuk haiwan? Misalnya: Anak-anak ayam itu berteduh di bawah rumah ketika hujan lebat. Mereka kelihatan kesejukan.Kata mereka ialah kata ganti nama diri orang ketiga (dalam bentuk jamak) hanya digunakan untuk manusia. Boleh ubah suai ayat menjadi  “Anak-anak ayam yang berteduh di bawah rumah ketika hujan lebat itu kelihatan kesejukan” .Tatabahasa20.03.2014
Pilihan mana yang betul dalam kurungan? 1. Perlawanan bola sepak itu berterusan (hingga ke/hingga) masa tambahan. 2. Kampung itu diselubungi air (oleh sebab/kerana) hujan lebat. 3. (Kempen mencegah jenayah/kempen pencegahan jenayah) itu akan berlangsung selama dua bulan.1. Perlawanan bola sepak itu berterusan hingga/ke masa tambahan.
2. Kampung itu diselubungi air oleh sebab/kerana hujan lebat.
3. Kempen mencegah jenayah itu akan berlangsung selama dua bulan.
Tatabahasa08.10.2012
Yang manakah antara ayat-ayat berikut adalah betul, tolong perbetulkan jika terdapat kesalahan, dan mengapa. Terima kasih. 1. Cuaca di Sibu pada petang ini dijangka hujan lebat. 2. Ular sawa itu melulur dua ekor ayam di reban belakang rumah datuk. 3. Kuncik pintu itu dengan rapat-rapat agar tidak dimasuki pencuri ketika kita tiada di rumah.1. Sibu pada petang ini dijangka hujan lebat.
2. Ular sawa itu melulur dua ekor ayam dalam reban di belakang rumah datuk.
3. Kunci pintu itu rapat-rapat agar tidak dimasuki pencuri ketika kita tiada di rumah.
Tatabahasa24.07.2012
Salam sejahtera. Pohon semak tatabahasa bagi dua soalan di bawah: 1. Apakah yang akan berlaku jika berlari di atas lantai yang basah? 2. Apakah yang akan belaku jika hujan lebat tidak berhenti-henti? Terima kasih.Tuan/puan yang budiman,

Cadangan ayat yang betul adalah seperti berikut:
1. Apakah yang akan berlaku jika berlari di atas lantai yang basah?
2. Apakah yang akan berlaku jika hujan lebat turun tidak berhenti?
Tatabahasa12.12.2017
Adakah terdapat kesalahan dalam ayat2 di bawah...Jika ada kesalahan minta diterangkan hukum tatabahasa yang berkaitan. 1. Sesetengah orang tidak suka tinggal di bandar. 2.Jika hujan lebat , kawasan ini akan dinaiki air . 3.Sudah bertahun lamanya Pak Cik Ali menetap di kampung ini. Penduduk di kawasan itu saling membantu apabila tiba musim menuai. 4. Abang membelok di sebatang selekoh. 5.Lembu-lembu tanpa tuan bertempiaran di sepanjang jalan kampung itu.Ayat pertama hingga kelima yang dilampirkan adalah betul.Tatabahasa03.03.2014
bagaimana hendak membezakan pgunaan 'aras' 'tahap' dan peringkat.?1. Aras bermakna a) Had tingginya sesuatu permukaan air dsb; paras; takat. Contoh ayat: Aras air sampai ke lutut dalamnya. b) Permukaan air. Contoh ayat: Kerana hujan lebat, aras air Sungai Gombak naik satu meter. 2. Tahap bermaksud had atau takat dlm sesuatu usaha (projek dll); Ia sinonim dengan peringkat; tingkat. Contoh ayat: Pemikirannya sudah sampai ke tahap yg begitu tinggi; 3. Peringkat bermaksud: a) Had yg dicapai dlm sesuatu usaha; susunan mengikut kemajuan yg dicapai; tingkat kemajuan; tahap. Contoh ayat: Kerja menanam padi itu dibahagikan kpd beberapa peringkat. b) Kedudukan mengikut tarafnya atau tingkatannya: Rundingan mengenai pertahanan Asia Tenggara pd peringkat menteri akan diadakan tidak lama lagi.Makna29.06.2015
123

Kembali ke atas