Kenapa kata dasar 'libat' menerima imbuhan yang berlainan hukumnya? Contoh: -melibatakan -penglibatan Bagaimana saya dapat jelaskan hukumnya kepada para pelajar? | Pelibatan dan penglibatan boleh digunakan. | Tatabahasa | 30.07.2007 |
Bagaimana untuk menulis bibliografi seperti berikut? Al-Hajjaj, Abul Husain Muslim, 2009. Adab Makan dan Minum serta Hukum-hukumnya 1. Hadis tentang Bab Minuman (Shohih Muslim) (14121). | Al-Hajjaj, Abul Husain Muslim, 2009. Adab Makan dan Minum serta Hukum-hukumnya 1. Hadis tentang Bab Minuman. Shohih Muslim. 14121.
| Ejaan | 07.08.2015 |
Salam sejahtera, Macam mana untuk membezakan penggunaan "ramai" ddengan "banyak"? Penggunaan yang betul ialah "ramai orang" atau "banyak orang"? Apakah hukumnya? Sekian, terima kasih. | Ramai terdiri daripada jumlah yang banyak (berkenaan orang), manakala banyak bermaksud besar jumlahnya atau bilangannya. Frasa ramai orang dan banyak orang kedua-duanya adalah betul dan penggunaannya disesuaikan mengikut konteks ayat. Kebiasaanya ramai orang merujuk suasana (keadaan) orang yang ramai di sesuatu tempat, manakala banyak orang orang merujuk bilangan orang yang terdapat di tempat berkenaan. | Tatabahasa | 23.01.2011 |
Bilakah kata yang disambut oleh perkataan "maha" perlu ditulis serangkai? Contoh: mahasiswa (betul) maha siswa (salah) Mengapakah "maha siswa" salah? Terdapat hukumnya? Contoh: mahasuci (salah) maha suci (betul) Mengapakah "mahasuci" pula yang salah? | Perkataan "maha" bermaksud "yang teramat", "sangat" ,"amat" , "berkuasa", "hebat", "agung" dan lain-lain. "Maha" apabila digabungkan dengan kata nama am, hendaklah dieja dengan satu perkataan. Contoh mahaguru, mahasiswa, maharaja, mahakarya, dan lan-lain. Bagi kata nama khas, contohnya sifat Allah, hendaklah ditulis dengan huruf besar. Contohnya Allah Yang Maha Suci, Allah Yang Maha Pengasih, Allah Yang Maha Penyayang dan lain-lain. | Tatabahasa | 12.05.2015 |
Bagaimana cara-cara menunaikan solat secara berjemaah dan apakah kepentingannya? | Solat berjemaah bermaksud solat yang dilakukan lebih daripada seorang, atau secara beramai-ramai, dengan diketuai seorang imam. Solat berjemaah terdiri daripada seorang imam dan sekurang-kurangnya seorang makmum. Posisi imam mesti di hadapan makmum dan posisi makmum di belakang imam. Makmum tidak boleh mendahului imam dalam perlakuan dalam solat. Solat secara berjemaah sangat dituntut dalam Islam. Bagi Mazhab Syafie hukumnya ialah fardu kifayah, manakala sesetengah pendapat mengatakan solat berjemaah hukumnya sunat mua'akad atau sunat yang sangat dituntut dalam Islam. Antara solat yang biasa ditunaikan secara berjemaah ialah solat fardu lima waktu, solat hari raya, solat sunat tarawih dan solat sunat witir. Tetapi bagi sembahyang Jumaat, ia wajib dikerjakan secara berjemaah Sabda Nabi SAW:"Solat berjemaah itu lebih afdhal (baik) daripada solat bersendirian dengan 27 kali darjat" (HR Bukhari dan Muslim) Untuk maklumat lanjut berkenaan perkara yang dibincangkan silalah rujuk pakar bidang (ustaz/imam) secara langsung atau rujuk rujukan di laman sesawang atau di perpustakaan yang berhampiran. | Lain-lain | 16.01.2009 |
apa maksud waris kadim | Kadim ialah kerabat, saudara yg dekat. Sekadim pula ialah seketurunan yg dekat (spt adik-beradik dll); saudara ~ saudara seayah. Waris pula ialah 1. orang atau pihak yg berhak menerima pusaka orang yg telah meninggal: apabila seseorang mati meninggalkan harta, maka harta itu mestilah diturunkan kpd ~nya; ahli ~ orang yg menjadi waris; 2. penjaga atau wali (kanak-kanak): apakah hukumnya jika penjaga atau ~ kanak-kanak yg berumur tujuh hingga sepuluh tahun mengabaikan ajaran sembahyang kpd kanak-kanak tersebut? | Makna | 30.12.2009 |
saya ingin bertanya beberapa kesalahan seperti: 1. S. Y LIM KLINIK SAKIT PUAN DAN BERSALIN 2. DI LARANG MEROKOK... 3. BISMILLAH ECONOMI RESTORAN 4. Bandaraya Kuching 5. KELEDAR INDUSTRI KASUT boleh tidak saya dapatkan pembetulan ayat tersebut dan Menerangkan hukum tatabahasa dengan tepat, disertakan dengan sumber rujukan. saya berharap pihak DBP dapat membantu saya..sekian terima kasih | 1. S. Y LIM KLINIK SAKIT PUAN DAN BERSALIN - ayat yang betul ialah Klinik Sakit Puan dan Hospital Bersalin S.Y. Lim (Hukum DM - yang diterangkan: Klinik Sakit Puan dan Hospital Bersalin; yang menerangkan S.Y. Lim) 2. DILARANG MEROKOK ayat ini betul dan merupakan contoh laras bahasa iklan 3. BISMILLAH ECONOMI RESTORAN - ayat yang betul ialah Restoran Ekonomi Bismillah (sama seperti hukum ayat 1) walau bagaimanapun kami mencadangkan restoran ini diberi nama lain seperti Restoran Fatimah, Restoran Puteri dan sebagainya. 4. Bandaraya Kuching - ejaan yang betul ialah Bandar Raya Kuching 5. KELEDAR INDUSTRI KASUT - ayat yang betul ialah Industri Kasut Keledar (hukumnya sama seperti ayat 1). Untuk maklumat lanjut sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, Edsis Ketiga. | Tatabahasa | 29.01.2010 |