Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[hu.rai] | هوراي

Definisi : ; menghurai menjadi lepas terbuka (berjurai dsb), menjadi (berada dlm keadaan) tidak terikat (tersimpul, berjalinan, bertaut, dsb), mengurai: rambutnya yg berkilat dan panjang itu ~ ke hadapan; menghuraikan 1. membuka simpul atau ikat­an (tali, bungkusan, dsb), menguraikan: ketika ~ tali itu dia teringat hendak memberi minum lembu itu; maka Hang Jebat pun minta huraikan balut lukanya; 2. memi­sah­kan (menceraikan) bahagian-bahagian sesuatu utk menjelaskannya dsb; ~ ayat mencerai-ceraikan bahagian ayat (mengikut fungsi kata-katanya, atau jenis kata-katanya); 3. mem­bentangkan dan menerangkan (keduduk­an, masalah, kebaikan, atau keburukan sesuatu) dgn panjang lebar dan teratur: Menteri Kewangan ~ kedudukan ekonomi negara; Profesor Hegesus terus ~ bahaya-bahaya drpd Rancangan Marshall; ~ hikmat ibadat puasa; 4. memecahkan (sesuatu masalah, persoalan, dsb) sbg usaha mencari penyelesai­an: “Soal tanah dan kemiskinan tak dapat dihuraikan dgn undang-undang,” katanya; terhurai 1. (berada dlm keadaan) tidak lagi terikat (tersimpul, berjalin, dsb), sudah lepas terbuka (berjurai dsb), sudah dihuraikan, terurai: seorang perempuan muda, rambut­nya ~, tunduk ke tanah; ikatan itu ~; 2. sudah dibentangkan (dipaparkan) dan diterangkan dgn teratur (bkn sesuatu perkara, kedudukan, masalah, dll); huraian 1. keterangan yg (agak) panjang lebar lagi teratur (utk menjelaskan sesuatu perkara, kedudukan, masalah, pendapat, dll): disediakan juga dlm buku ini ~ tentang cara menulis dan memahami karya sastera, baik sastera lama ataupun sastera moden; jawab soalan-soalan di bawah ini dgn ~ atau perbincangan yg mengandungi kira-kira 100 hingga 150 perkataan tiap-tiap satu; 2. hasil menghuraikan, hasil drpd yg dihuraikan, kesimpulan: kerana orang-orang yg melaku­kan kesalahan itu selalunya terlepas drpd dihukum oleh kekurangan keterangan, maka satu-satunya ~ ialah membunuh lanun-lanun itu pd masa kejadian; penghuraian perihal (usaha dsb) menghurai­kan: soal ini agak rumit dan hanya dapat dibuat suatu ~ secara ringkas dan umum; ® urai. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[hu.rai] | هوراي

Definisi : ; berhurai 1 tidak terikat; bercerai-cerai; berderai. 2 terbuka (spt bunga kelapa, buah padi). menghurai menjadi berhurai; kembang terbuka. menghuraikan 1 membuka ikatan sesuatu bungkusan dll supaya berhurai: ~ ikatan. 2 menceritakan atau me­nerangkan (sesuatu kejadian dll) dgn panjang lebar dan tersusun: Menteri Kewangan telah ~ kedudukan ekonomi negara. 3 mencerai-ceraikan atau meng­asingkan bahagian-bahagiannya: ~ ayat menceraikan bahagian-bahagian ayat mengikut jenis kata-katanya. terhurai sudah dihuraikan atau diceraikan; sudah dijelaskan. huraian keterangan atau penjelasan mengenai sesuatu hal atau perkara. penghuraian perbuatan atau hal menghuraikan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hurai
Kata Terbitan : menghuraikan, terhurai, huraian, penghuraian,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
"Bahasa jiwa bangsa" dengan jelas menunjukkan kepentingan bahasa dalam proses memupuk perpaduan antara kaum. Menyedari hakikat ini, kerajaan telah menjadikan bahasa melayu sebagai bahasa kebangsaan negara kita. Hurai dan bincangkan pernyataan di atas secara terperinci.jawapan bagi pertanyaan  seperti ini memerlukan penyelidikan, kajian, rujukan dan pembacaan yang meluas. Oleh itu, saudara dinasihati membuat rujukan  di Pusat Dokumentasi Melayu DBP atau di perpustakaan awam atau ipt. Lain-lain22.06.2008

Kembali ke atas