Huraian kerisik dalam Istilah - grounded coconut - kelapa yang digiling untuk dibuat kerisik. Sedangkan definisi yang tepat (kamus pelajar) kelapa parut atau dikukur yang digoreng dan dilumatkan. Jadi tidakkah sepatutnya dalam bahasa Inggeris perlu ada perkataan 'fried'? Mohon penjelasan. | Padanan istilah yang sesuai untuk Grounded Coconut ialah Kelapa Giling. | Penyemakan dan penterjemahan | 25.10.2017 |
Huraian “Circular Resolution” ialah didalam mendapatkan kelulusan dari Ahli Lembaga Pengarah dimana resolusi diatas sesuatu perkara diedarkan untuk persetujuan lembaga Pengarah. Ini dilakukan dimana mesyuarat lembaga pengarah tidak dapat diadakan dan keputusan lembaga pengarah diperlukan. Mohon pencerahan bagi istilah penggunaan di dalam Bahasa Melayu bagi Circular Resolution. Terima kasih. | Berdasarkan penerangan yang diberikan, kami berpendapat istilah bahasa Melayu yang sesuai ialah usul edaran. | Istilah | 30.05.2016 |
Huraian tentang perkataan Akronim tulen | Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, akronim ialah kependekan yg terbentuk drpd gabungan huruf-huruf pertama atau suku kata beberapa perkataan yg boleh diujarkan sbg satu perkataan (mis RISDA, MARA). Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat atau buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. | Istilah | 14.05.2009 |
huraian tentang hubungan etnik,integrasi dan menangani cabaran | Pertanyaan saudara memerlukan kajian dan penyelidikan. Saudara boleh merujuk buku-buku ini untuk panduan, iaitu: 1. Hubungan etnik di Malaysia oleh Zaid Ahmad, Dr.[et.al] 2. Ikatan etnik dan kelas di Malaysia Sanusi Osman UKM Bangi 1989 3. Pembangunan etnik di Malaysia Hasnah Hussiin PEMIKIR 01/04/2007 4. Pengaruh nilai-nilai etnik dalam pengurusan organisasi di Malaysia Rusinah Siron Dewan Ekonomi Saudara juga boleh membuat rujukan di Pusat Dokumentasi Melayu, DBP setelah mendaftar sebagai ahli Rakan Dewan atau di mana-mana perpustakaan untuk tujuan penyelidikan. | Lain-lain | 16.02.2009 |
huraian mengenai frasa nama dan frasa kerja | Frasa nama ialah frasa yang perkataan utamanya terdiri daripada kata nama, kata nama terbitan atau kata ganti nama. Frasa nama ialah satu daripada konstituen utama dalam binaan ayat. Frasa kerja ialah sekumpulan perkataan yang perkataan utamanya terdiri daripada kata kerja. Frasa kerja ialah satu daripada konstituen utama dalam binaan ayat. Untuk keterangan lanjut sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. | Istilah | 01.02.2009 |
huraian lengkap tentang operasi peta ingatan | Pertanyaan ini tidak berkaitan dengan penggunaan bahasa. Sila rujuk buku atau makalah yang ada di pasaran tentang perkara ini. | Lain-lain | 27.08.2008 |
Huraian wacana dalam bahasa melayu? | Maksud istilah wacana ialah 1. keseluruhan tutur yang merupakan suatu kesatuan, ucapan, pertuturan, percakapan 2. kesatuan fikiran yang utuh, sama ada dalam bentuk lisan (seperti pidato, khutbah) atau tulisan (seperti surat, artikel, novel, cerpen. Sekian. Terima kasih kerana menggunakan Khidmat Nasihat DBP. | Lain-lain | 30.07.2008 |
Huraian bagi perkataan "MOTO" | juga bermaksud cogan kata yang sering digunakan dalam sesebuah organisasi atau syarikat. | Tatabahasa | 23.10.2007 |
HURAIAN MAKSUD PENGUASAAN, AMALI DAN KEMAHIRAN | Penguasaan ialah memiliki, menguruskan dan berkuasa atas sesuatu. Amali ialah pelaksanaan prinsip atau teori (yg dipelajari dsb), berasaskan pengamalan (pelaksanaan) sebenar sesuatu ilmu pengetahuan dsb. Kemahiran ialah kecekapan dan kepandaian. | Makna | 24.08.2007 |
Huraian bagi bahasa ilmu, bahasa perpaduan, bahasa komunikasi, dan bahasa rasmi. | Bahasa ilmu ialah bahasa yang berperanan sebagai wahana untuk menyebarluaskan ilmu, pengetahuan dan maklumat kepada pengguna. Bahasa perpaduan ialah bahasa yang digunakan dalam komunikasi antara masyarakat pelbagai kaum dan berperanan sebagai alat perpaduan dalam usaha menyatukan rakyat pelbagai kaum. Bahasa rasmi ialah bahasa yang digunakan dalam semua bentuk urusan rasmi dan menjadi bahasa kebangsaan kita seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan negara ini. Dalam hal ini bahasa Melayu ialah bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan kita. | Makna | 08.07.2007 |