Bolehkah saya memperbaiki sesetengah perkataan (entri, ejaan, pilihan perkataan, maksud) dan huraiannya (penggunaan, penerangan makna, maksud ayat, ) di website prpm.dbp.gov.my ? | Tuan tidak boleh memperbaiki sesetengah perkataan (entri, ejaan, pilihan perkataan, maksud) dan huraiannya (penggunaan, penerangan makna, maksud ayat, ) di website prpm.dbp.gov.my tetapi tuan boleh memberikan sumbangan maklumat dan pendapat melalui laman web Gerbang Kata yang dapat dicapai melalui http://ekamus.dbp.gov.my/ Tuan perlu mendaftar akaun terlebih dahulu kemudian boleh log masuk untuk tindakan yang seterusnya. Sumbangan idea, pendapat dan ilmu daripada pihak tuan amat dialu-alukan. Sekian, terima kasih. | Lain-lain | 31.10.2017 |
apakah makna perkataan impati,dan cara huraiannya? | Empati(bukan impati) bermaksud daya menyelami dan memahami perasaan atau emosi orang lain: kemahiran bahasa, pengetahuan tentang masyarakat yang dikaji dan rasa empati terhadap masyarakat tersebut telah mengubah bentuk penulisan Sejarah Asia Tenggara; perkembangan sifat empati terhadap orang yang menghadapi masalah dadah. Kamus Dewan Edisi Keempat, halaman 390. | Makna | 14.05.2008 |
mohon tuan betulkan penggunaan kata hubung dan huraiannya, dalam ayat majmuk di bawah: 1.pekerja kilang itu akan terus berpiket selagi tuntutan mereka tidak dipenuhi. 2.pekerja kilang itu akan terus berpiket jika tuntutan mereka tidak dipenuhi. terima kasih tuan. Ini adalah untuk penjelasan kpd anak murid pt3 saya | Kedua-dua ayat tersebut betul. Penggunaan kata hubung “selagi” merujuk sesuatu hal yang masih belum berhenti. Manakala “jika” merujuk kepada syarat. | Tatabahasa | 10.03.2018 |
mohon pencerahan ayat mana yang tepat dan huraiannya; 1. KAMI ADALAH SEBAHAGIAN DARI HIDUP ANDA 2. KAMI ADALAH SEBAHAGIAN DARIPADA HIDUP ANDA | Ayat yang lebih gramatis "KAMI SEBAHAGIAN DARIPADA HIDUP ANDA". | Tatabahasa | 24.03.2016 |
assalamualaikum.tuan, sy ingin bertanya, apakah maksud implisit beserta huraiannya sekali? sy sedang mengkaji unsur implisit dalam teks ucapan.adakah implisit itu mempunyai banyak cabang pula id bawahnya? adakah eufemisme dan retorik termasuk dalam implisit? | Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, implisit didefinisikan seperti yang berikut: (dinyatakan secara) tidak langsung atau tidak terang-terangan, tersirat. Contoh penggunaan: Hampir separuh sandiwara mengutarakan persoalan nasionalisme, baik secara implisit mahupun eksplisit. Untuk makluman, kami tidak mempunyai maklumat tentang cabang di bawah implisit seperti eufemisme dan retorik. Kami hanya boleh berikan maksud perkataan tersebut seperti yang berikut: Eufemisme bermaksud ungkapan yang lebih lembut (sopan, manis, dan sebagainya) untuk menggantikan ungkapan yg dianggap kasar. Retorik pula bermaksud 1. (Linguistik) kajian tentang teknik pemakaian bahasa secara berkesan dalam penulisan atau pertuturan 2. seni menggunakan atau memakai bahasa yg indah dan menarik untuk memujuk atau mempengaruhi pemikiran pendengar, seni berpidato 3. pertuturan atau tulisan yg menggunakan bahasa atau kata-kata yg indah atau muluk-muluk untuk mempengaruhi pemikiran pendengar 4. berkaitan dengan, penuh dengan atau menggunakan bahasa atau kata-kata yang indah atau muluk-muluk nutuk mempengaruhi pemikiran pendengar | Makna | 24.04.2012 |
Salam hormat, tolong dapatkan makna denotatif dan makna konotatif serta huraiannya. Terima kasih. | Makna bagi perkataan dénotatif ialah berkaitan dgn denotasi. Manakala konotatif ialah berkaitan dgn atau mempunyai konotasi. Sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat untuk rujukan contoh bagi perkataan tersebut. Harap maklum. | Makna | 20.08.2007 |
Saya ingin mendapatkan maklumat berkaitan dengan prosa tradisional hang tuah mengalahkan taming sari yang terdapat dalam antologi anak bumi tercinta? Saya memerlukan huraiannya. Terima kasih | Untuk mendapat huraian tentang pertikaman Hang Tuah dengan Hang Jebat dalam teks KOMSAS "Anak Bumi Tercinta", saudara/saudari boleh mendapat atau membuat rujukan dalam buku-buku huraian tentang teks KOMSAS ada ada dijual di kedai-kedai buku termasuk di Kedai Buku DBP. Untuk mendapat atau merujuk teks Hikayat Hang Tuah sepenuhnya yang disusun oleh Kassim Ahmad, saudara/saudari boleh merujuk di Pusat Dokumentasi Melayu, DBP atau membeli di Kedai Buku DBP. Sekian, terima kasih. | Lain-lain | 03.05.2007 |
salam saya ada keraguan tentang kata nama baju kurung, kain sari dan ceongsam di antara tiga kata nama ini yang nama satukah kata nama khas dan apakah huraiannya yang menyatakan kata nama ini sebagai kata nama khas. | Kata nama am merujuk benda atau perkara yang bersifat umum manakala kata nama khas merujuk sesuatu benda yang bersifat khusus. Oleh itu, baju kurung, kain sari dan ceongsam ialah kata nama am. | Tatabahasa | 01.11.2010 |
Maksud Ilustrasi dalam konteks Multimedia dan bahasa . | Dalam Kamus Dewan ilustrasi bermaksud gambar (lukisan dsb) utk menerangkan atau menghiasi sesuatu (dlm buku, majalah, dll); dalam istilah ilustrasi disebut penjelasan/ilustrasi, huraiannya; (1) Lukisan atau foto pada sesebuah teks yang memberi gambaran tentang kandungan teks tersebut. (SLUKIS) (2) Tindakan membuat penjelasan dengan kaedah yang mudah tentang sesuatu fahaman, teori atau konsep yang terdapat dalam bidang geografi melalui kaedah tertentu seperti melalui kajian lapangan dan makmal. (GEOG). Untuk bidang multimedia juga digunakan ilustrasi. | Makna | 16.10.2008 |
Apakah terjemahan perkataan yang sesuai bagi: 1. Trending video 2. Like (butang dalam Facebook) | 1. Terjemahan untuk perkataan Trending dalam bahasa Melayu ialah Sohor Kini. Huraiannya: Suatu yang muncul sebagai popular, disebut secara meluas dan dibincangkan dalam ruang maya atau Internet. Contohnya laman media sosial. Jadi, terjemahan yang dicadangkan untuk Trending Video adalah Video Sohor Kini. 2. Terjemahan untuk perkataan Like dalam bahasa Melayu ialah Suka. | Istilah | 28.06.2017 |