Display virtual keyboard interface
 

Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata huraikan

Puisi
 

Berdentum guruh di atas papan,
     Kilatnya sampai di atas bahu;
Tujuh syurga di dalam badan,
     Tolong huraikan satu persatu.


Lihat selanjutnya...(2)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya ingin bertanya, yang mana satu betul; nyatakan dan huraikan... atau nyata dan huraikan... Terima kasih daun keladiJawapan yang betul ialah nyatakan dan huraikan.Tatabahasa29.04.2010
huraikan sistem fonologi, morfologi dan leksikal bahasa melayu sekarang ini adalah kesan dari pertembungan bahasa. Ilmu ini merupakan sebahagian dari bidang ilmu yang mempelajari bahasa, iaitu linguistik. Tatabahasa moden mencakupi bidang fonetik, fonologi, morfologi, sintaksis, dan semantik.  Morfologi bermaksud kajian tentang pembentukan kata dalam sesuatu bahasa, termasuk infleksi, terbitan dan pemajmukan. Fonologi bermaksud kajian tentang bunyi sebutan dalam sesuatu bahasa. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku tentang lingusitik seperti Asas Linguistik dan Linguistik Moden.Tatabahasa31.12.2016
Huraikan contoh-contoh perwatakan personaliti waja diri yang terdapat dalam watak Jeha dan Lahuma dalam novel Ranjau Sepanjang Jalan karya Shahnom AhmadContoh perwatakan personaliti waja diri yang terdapat dalam watak Jeha dan Lahuma dalam Ranjau Sepanjang Jalan.

Watak Lahuma dan Jeha merupakan gambaran perjuangann hidup dari sebuah keluarga petani miskin yang menjadi  proto-type dari petani miskin yang lain. sifat umum yang terdapat pada mereka ialah; 
- menyerah segala nasih kepada Allah SWT. Rintangan atau ranjau dalam kehidupan mereka sebagai petani adalah suatu yang wajar. Lahuma dan Jeha sebagai protagonis perlu menghadapi cabaran dari alam yang menimbulkan pelbagai konflik jiwa kepada mereka.
- Lahuma mencintai isteri dan anak-anaknya tanpa batas dan cinta itu dicurahkan melalui pekerjaannya.   Pengarang melukiskan Lahuma sebagai seorang petani miskin yang penuh tanggungjawab terhadap sawah yang menghidupkan keluargannya. Lahuma merupakan watak dinamis yang sanggup menghadapi maut dalam perjuangannya. Sungguhpun kesakitan ditikam duri nibung ia masih ingin menumpukan perhatiannya terhadap bendangnya yang belum selesai.

Watak Jeha pula lambang dari isteri petani yang setia, yang cintanya tak terbatas dan pengorbanannya tak bertepi.
walau bagaimanapun kualiti kewanitaannya masih tetap ada seperti di menjadi lemah semangat bola terkena geroh ular senduk, fikirannya terganggu oleh kematian Lahuma yang menyebabkan segala tanggungjawab terpikul di bahunya.
Fikirannya terganggu oleh perderitaan yang tidak terselesaikan dan akhirnya menjadi gila dan dikurung tetapi masih memperlihatkan cinta kasinya terhadap suami yang telah mati dan terhadap sawahnya.
Sastera21.03.2012
huraikan secara terperinci apakah yang dimaksudkan dengan drama-drama absurd beserta contoh-contohnya...Drama absurd secara amnya ialah persembahan sama ada drama atau teater yang menggabungkan antara realiti dan bukan reliti (khayalan), contohnya teater Jangan Bunuh Rama-rama dan Tiang Seri Tegak Berlima. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku atau makalah yang berkaitan.Makna18.01.2011
huraikan perubahan makna yang berlaku pada leksikal 'mohon',dan leksikal 'saujana, '. kaitkan perbincangan dengan konsep semantik seperti perluasan makna, penyempitan makna,sintagmatik,paraigmatik, kolokasi, konteks dan juga hubungan makna dengan kebudayaan.Soalan saudara melangkaui skop khidmat nasihat bahasa, sila rujuk buku yang berkaitan. Terima kasih.Tatabahasa07.08.2008
Huraikan tentang nilai estetika yang terdapat dalam bahan kesusasteraan. Kemukakan contoh bagi huraian tersebut. Terima kasih.Estetika ialah ilmu tentang keindahan. Dalam bidang kesusasteraan estetika ialah satu konsep untuk mengkaji keindahan yang terdapat dalam karya sastera. Untuk mengkaji keindahan dalam sesebuah karya sastera, unsur-unsur psikologi, sosiologi, entnologi, sejarah dan aspek-aspek lain yang saling berkaitan perlu dikaji bersama-sama.Lain-lain06.02.2008
Huraikan istilah-istilah berikut: fai,jizyah,usyur,ghanimah,mudharabah,murabahah,musyarakah,al-bay'bi thaman ajil.Makna perkatan-perkataan tersebut ialah; Jizyah=cukai yg dibayar oleh orang (atau negeri) bukan Islam kpd negeri (atau raja) Islam yg menaklukinya. Usyur=sepersepuluh drpd harta dll. Ghanimah=harta rampasan perang. Mudarabah=pemberian modal (kpd orang, badan, institusi, dsb) utk diperniagakan dgn pembahagian keuntungan menurut perjanjian. Musyarakah=persyarikatan perdagangan, syarikat perniagaan, perkongsian; 2. ark masyarakat; masyarakat. Harap maklum.Makna22.10.2007
Huraikan fungsi-fungsi bahasa?Antara lain, fungsi bahasa adalah untuk tujuan perhubungan atau untuk membolehkan seseorang menyampaikan maksudnya kepada orang lain secara komunikasi dua hala dsb. Untuk jawapan yang lebih lanjut, sila rujuk Perancangan Bahasa dengan Rujukan Khusus Bahasa Melayu oleh Asmah Hj. Omar.Lain-lain29.08.2006
Huraikan mengenai ejaan kata majmuk. Bagaimana hendak bezakan kata majmuk yang kukuh seperti tanggungjawab, kerjasama dan kraftangan dengan ejaan yang dijarakkan seperti dikenal pasti.kata majmuk ialah gabungan dua perkataan atau lebih dan mempunyai satu makna, kata majmuk yang mantap sahaja dieja dua perkataan iaitu warganegara, setiausaha, olahraga, jawatankuasa, tandatangan, suruhanjaya, tanggungjawab, kakitangan, antarabangsa, jawatankuasa, pesuruhjaya, matahari, bumiputera, sukarela, kerjasama, beritahu. Kata majmuk yang lain dieja dua perkataanTatabahasa05.12.2006
huraikan apa yang terkandung dalam carta fonetik dan cara wacana?Fonetik - Ilmu bahasa (linguistik) yang berkaitan dengan penyebutan kata dan lambang yang menunjukkan sebutannya. Wacana - Keseluruhan tutur yang merupakan suatu kesatuan, ucapan, pertuturan, percakapan, perbincangan atau pertuukaran idea secara lisan. . untuk mendapatkan maklumat yang lebih terperinci, saudara boleh merujuk maklumat lengkap daripada Buku Tatabahasa Dewan Edisi Baru. Terima Kasih.Makna20.07.2006
1234567

Kembali ke atas