Assalam. Mohon nyatakan bilangan huruf-huruf Arab dan senaraikan huruf-huruf tersebut. Terima kasih. | 1. Untuk makluman puan, huruf Arab terdiri daripada 28 huruf. Visual huruf-huruf tersebut tidak dapat dipaparkan di sini dan saya telah lampirkan melalui e-mel puan, raihany@smartreader.edu.my
| Lain-lain | 27.08.2018 |
Assalamualaikum. Ayat mana yang betul: (i) Senarai huruf dalam abjad Jawi, atau (ii) Senarai huruf-huruf dalam abjad Jawi? Terima kasih. | Ayat yang betul ialah "Senarai huruf dalam abjad Jawi". | Tatabahasa | 04.01.2014 |
a. Adakah ayat di bawah betil? 1. Dapat menguasai semua huruf. 2. Masih perlu berusaha. 3. Masih ada huruf-huruf yang perlu dikuasai. 4. Sangat memuaskan. 5. Pembentukan suku kata sangat memuaskan. 6. Masih belum menguasai suku kata yang dipelajari. 7. Sederhana dalam pembentukan suku kata. 8. Ada kemajuan dalam mengenali suku kata. 9. Sebutan suku kata yang lancar. 10. Pencapaian yang bagus dalam ejaan. 11. Masih ada ruang untuk kemajuan. 12. Masih belum boleh bercerita tetapi kopmunikasi yang mudah dapat difahami. 13. Masih dalam proses untuk kemajuan. 14. Pencaipaian yang memuaskan dalam segi cerita dan komunikasi. 15. Dapat menyusun semula ayat dengan penuh keyakinan. 16. Penyusunan semula ayat masih perlu diperhatikan. 17. Dapat membaca ayat dengan penuh keyakinan. 18. Pembacaan ayat tidak lancar. 19. Bacaan kurang lancar. 20. Masih belum boleh membaca ayat. 21. Perlu bimbingan yang lebih dari guru. 22. Tulisan yang kemas. 23. Masih perlu latihan yang lebih dalam teknik menulis. | 1. Dapat menguasai semua huruf. - Ayat ini tidak lengkap kerana tidak ada subjeknya. 2. Masih perlu berusaha. - Tidak lengkap kerana tiada subjek. 3. Masih ada huruf-huruf yang perlu dikuasai. - Ayat tidak lengkap. Untuk soalan 4 - 23, sila rujuk kamus dan buku Tatabahasa Dewan. Sebahagian besar daripada contoh yang diberikan bukan ayat lengkap, tidak ada subjek atau pelaku dalam ayat tersebut. Untuk membina ayat dengan lengkap, rujuk buku Tatabahasa Dewan, di bawah tajuk Pembentukan Kata dan Pembentukan Ayat. | Tatabahasa | 14.05.2012 |
Assalam. Saya ingin membuat carta Jawi bagi murid prasekolah. Mohon pandangan : 1.huruf ة (ta marbutah) dan ى (ye) adalah huruf Jawi atau sebaliknya? Sekiranya saya tidak meletakkan huruf-huruf ini, adakah ianya menjadi kesalahan dalam carta jawi yang saya ingin keluarkan? 2. Nyatakan rujukan kamus terkini bagi Rumi-Sebutan-Jawi? Terima kasih. | Untuk makluman puan, huruf ة (ta marbutah) dan ى (ye) adalah termasuk dalam 37 abjad huruf Jawi dan terpakai untuk mengeja perkataan bahasa Melayu terutama serapan daripada bahasa Inggeris contohny (Kolonialisme) کولونياليسمى dan bahasa Arab contohnya, (Surah) سورة (Akhirat) اخيرة Untuk maklumat lanjutpuan boleh merujuk buku DAFTAR KATA BAHASA MELAYU RUMI-SEBUTAN-JAWI Edisi Kedua terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka tahun 2016. | Ejaan | 28.05.2018 |
Assalamuaikum, Saya ingin bertanya perkataan tuhan. 1. Huruf 't' perlu ditulis huruf besar atau huruf kecil? 2. Jika pengguna bukan beragama Islam ingin merujuk tuhan mereka dalam penulisan bahasa Melayu, adakah huruf 't' perlu ditulis dengan menggunakan huruf besar. 3. Jika kata ganti nama digunakan unuk merujuk Allah, lazimnya digunakan huruf besar pada huruf pertama. Adakah perkara yang sama dilakukan jika merujuk tuhan selain Allah? | Kamus Dewan menakrifkan Tuhan sebagai: i) Allah yang mencipta alam semesta dan untuk maksud ini Tuhan dieja dengan huruf besar; ii) sesuatu (seperti dewa dan sebagainya) yang dipuja oleh golongan manusia yang agama atau kepercayaan mereka tidak berasaskan kepercayaan kepada Tuhan Yang Esa dan untuk maksud ini tuhan dieja dengan huruf kecil. | Makna | 23.03.2011 |
Assalamualaikum, 1) Huruf hijaiyah harus dieja dengan 1 y atau 2 y? Hijaiyah atau Hijaiyyah? 2) Huruf tersebut perlu dieja dengan huruf besar atau kecil? huruf hijaiyah atau Huruf Hijaiyah atau huruf Hijaiyah? Terima kasih. | Buat pengetahuan puan, kata hijaiyah wujud sebagai frasa di bawah entri ‘huruf’ dan dieja sebagai hijaiyah. | Lain-lain | 30.05.2019 |
1) Perkataan berganda contoh ( Buah-buahan Tempatan Malaysia ) atau ( Buah-Buahan Tempatan Malaysia ) - sama ada huruf b yang kedua itu ( b - huruf kecil atau B huruf besar) - sama juga seperti Penasihat Undang-Undang. huruf u yang kedua itu huruf besar atau huruf kecil. 2) Perkataan negeri. di tulis dengan huruf kecil atau besar. - Kalau Negeri Melaka. perkataan negeri itu di tulis dengan huruf besar. - kalau negeri sahaja tanpa diikuti dengan nama khas. Adakah ia juga ditulis dengan huruf kecil atau huruf besar. terima kasih. (Rusli Kamaruddin) PA YB. Dato' Speaker Merangkap Ketua Pelapor Perbahasan Dewan Undangan Negeri PULAU PINANG. 04-2611955 | 1) Perkataan kedua dalam kata ganda ditulis dengan huruf kecil seperti contoh Buah-buahan Tempatan Malaysia, begitu juga dengan Penasihat Undang-undang. 2) Perkataan negeri ditulis dengan huruf kecil seperti negeri-negeri di Malaysia dan negeri Melaka kecuali nama yang telah diwartakan seperti Negeri-Negeri selat (kata gandanya hururf besar dan negeripun huruf besar). | Ejaan | 24.12.2011 |
1. "Mari kita pergi berkelah," kata Ayah. Huruf besar atau huruf kecil untuk 'Ayah'? 2. "Saya akan tolong Nenek," kata Aziz kepada neneknya. Huruf besar atau huruf kecil untuk 'Nenek'? 3. Salmah, Salleh dan Ibu menaiki bas ke bandar. Huruf besar atau huruf kecil untuk 'Ibu'? | Ketiga-tiga perkataan tersebut iaitu ayah, nenek dan ibu ditulis dengan huruf kecil. | Tatabahasa | 07.03.2013 |
Apakah nama-nama imbuhan yang mempunyai huruf besar itu seperti meN-, peN- dsb? Dan yang diterbitkan dari imbuhan seperti meN-. Contoh: men-, meng-. Apakah nama proses pertukaran huruf-huruf ini? | Awalan meN-, PeN- dan sebagainya disebut alomorf. | Tatabahasa | 24.02.2015 |
HURUF KONSONAN DAN HURUF VOKAL | Vokal ialah vokal tulen (Lin) huruf hidup atau huruf saksi. Terdapat enam fonem vokal dalam bahasa Melayu iaiti: a, e, é, i, o, u. Manakala konsonan pula ialah (Lin) huruf selain vokal seperti t, s, l, m, n, dan lain-lain. Sila rujuk Buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (halaman 298) dan Ensiklopedia Bahasa Melayu (halaman 29,55,96) untuk mendapatkan keterangan lanjut. | Tatabahasa | 19.04.2013 |