Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
huruf (kata nama)
Bersinonim dengan lambang, aksara, vokal, konsonan;,
Kata Terbitan : berhuruf,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya ingin bertanya, nama kertas kerja, atau, tajuk buku, dalam bahasa Inggeris, perlu ditulis dengan huruf condong dan tanda petik' '., ataupun hanya perlu menggunakan salah satu sahaja, iaitu huruf condong atau tanda petik. Contoh, ...the research products submitted, 'In-House Fabricated Cost Effective...'Untuk maklumat, terdapat perbezaan cara penulisan  tajuk antara kertas kerja dengan buku yang telah terbit. Untuk kertas kerja, digunakan tanda "/". Contoh: "In-House Fabricated Cost Effective". Manakala untuk buku yang telah terbit, tajuk perlu dicondongkan. Contoh: In-House Fabricated Cost Effective. Lain-lain07.09.2015
Menurut Gaya Dewan, kata atau ayat dalam bahasa asing hendaklah ditulis dengan huruf condong. Dalam Kata Nama Khas Hospital Queen Elizabeth (di Kota Kinabalu) dan Hospital Duchess of Kent (di Sandakan) - perkataan Queen Elizabeth dan Duchess of Kent perlu ditulis dengan huruf condong ataupun tidak? Terima kasih.Kata nama khas tidak perlu ditulis miring, maka cara penulisan yang betul ialah Hospital Queen Elizabeth dan Hospital Duchess of KentTatabahasa07.07.2014
Bagaimana menulis topik atau nama bab dalam sebuah buku? Adakah perlu nama topik itu perlu dicondongkan seperti tajuk buku? Contohnya" a. Asbab Al-NuzulMenurut buku Gaya Dewan, huruf condong digunakan untuk menunjukkan ada sesuatu berlainan atau istimewa tentang perkataan atau frasa yang berkenaan. Judul buku menggunakan huruf condong manakala topik atau nama bab dalam buku tidak perlu dicondongkan.Tatabahasa24.06.2013
Perlukah nama filem, drama, rancangan tv menggunakan huruf condong?Nama filem, drama, rancangan tv tidak perlu dicondongkan tulisannya.Ejaan30.03.2012
Assalamualaikum dan salam sejahtera, Saya ingin bertanya, perlukah term perubatan ditulis dengan huruf condong? Sekian, terima kasih.Istilah yang diterima pakai dalam bahasa Melayu tidak perlu diitalikkan, melainkan istilah yang dikekalkan bentuk dan ejaannya (seperti bahasa Inggeris), barulah diitalikkan.Penyemakan dan penterjemahan18.12.2014
Jita dalam sesuatu artikel itu, perkataan Inggeris perlu digunakan, bagaimana perkataan itu harus ditulis? Semasa saya mengikuti kursus penterjemahan di ITNMB dahulu, saya diajar agar menulis perkataan sedemikian menggunakan huruf condong (Italic). Tetapi jika kita lihat di surat khabar, mereka menulisnya seperti berikut: 'lockdown'. Saya ingin tahu cara penulisan perkataan asing yang betul.Menurut Gaya Dewan, kata atau ayat dalam bahasa asing hendaklah ditulis dengan huruf condong, manakala tanda petik antaranya digunakan untuk mengapit istilah ilmiah atau kata yang mempunyai erti khusus. Pihak akhbar mungkin merujuk pada makna kedua, bagaimanapun, mereka mempunyai gaya khas (house style) masing-masing.Lain-lain05.03.2010
Bagaimana menulis nama filem dalam teks? Perlukah diitalikkan ataupun diletakkan tanda " "Berdasarkan Gaya Dewan Edisi Ketiga, huruf condong digunakan untuk menulis nama filem dalam teks.   Lain-lain31.10.2011
bancassurance productDalam data rujukan kami, belum ada padanan bahasa Melayu bagi perkataan bancassurance. Kami mencadangkan pihak puan menulis perkataan tersebut dengan huruf condong seperti produk bancassurance.Penyemakan dan penterjemahan14.09.2016
Selamat petang tuan/puan. Adakah cara penulisan bibliografi ini menepati FORMAT APA bagi (a)kamus, (b)kertas kerja seminar, dan (c)surat khabar? [* menandakan huruf condong] (a) Sanat Md Nasir. (2000). *Tatabahasa Wacana Bahasa Melayu. Kertas kerja Seminar Kebangsaan tentang Tatabahasa Wacana Bahasa Melayu. Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya, Kuala Lumpur, 28 Oktober 2000. (b) *Kamus Pelajar Bahasa Malaysia. (2nd ed.). (2008). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. (c) Pelajar tampar guru ditahan polis. (2010, 15 Januari). *Berita Harian, hlm 2. Adakah susunan bagi penulisan bibliografi ini betul?Soalan tuan akan dipanjangkan ke Bahagian Penerbitan dan akan dijawab melalui e-mel.  Jawapan kemungkinan mengambil masa.  Sekian, terima kasih.Lain-lain15.11.2014
Yang mana betul : perkataan dalam bahasa inggeris ditulis dalam italic atau dengan inverted comaMenurut Gaya Dewan, kata atau ayat dalam bahasa asing hendaklah ditulis dengan huruf condong, manakala tanda petik antaranya digunakan untuk mengapit istilah ilmiah atau kata yang mempunyai erti khusus.Tatabahasa31.10.2013
12345

Kembali ke atas