definisi kepada tulisan. kenapa perlu kita gunakan bahasa indonesia untuk membuat kajian? | Saudara, Perkataan tulisan bermaksud 1. hasil drpd menulis, sesuatu yg ditulis, cara menulis: rupa ~mu spt cakar ayam; dgn ~ dgn ditulis (tidak dgn kata-kata); 2. hasil sastera (dlm bentuk prosa atau puisi), karangan: pernahkah dia membaca ~ Bertrand Russell? 3. sl sesuatu yg digambarkan, gambaran, lukisan; 4. kain yg dibatik (bukan dicetak), batik; 5. sesuatu yg ditakdirkan, nasib, suratan; ~ cepat Id trengkas; ~ Jawi tulisan yg memakai huruf-huruf Jawi; ~ nasib suratan takdir; ~ Rumi tulisan yg memakai huruf-huruf Rumi; ~ tangan tulisan yg ditulis dgn tangan (tidak ditaip atau dicetak); Sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat. Mohon penjelasan lanjut tentang pertanyaan kedua saudara. Setahu kami kajian boleh dibuat menggunakan apa-apa bahasa mengikut kesesuaian dan keperluan. | Lain-lain | 08.10.2009 |
Adakah perbezaan antara dikenalkan dengan diperkenalkan? Terima kasih. | Dikenalkan ialah bentuk pasif bagi mengenalkan. Yang membawa maksud cam, hafal, tanggap, dan pasti. Contoh ayat: Peserta kursus dikenalkan dengan huruf jawi pada hari pertama kursus mereka. Diperkenalkan ialah bentuk pasif bagi memperkenalkan yang membawa maksud memberitahu, menyatakan, mendedahkan, membentangkan; iaitu menjadikan sesuatu dikenali. Contoh ayat: Dasar Wanita diperkenalkan untuk membantu kaum wanita. Rujukan: Kamus Dewan Edisi Keempat, Tesaurus Bahasa Melayu Dewan, dan Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga | Makna | 25.07.2011 |