saya nak Khidmat Nasihat Bahasa dalam banner tersebut... Banner ini hendak apply lesen iklan | Dalam iklan, teks bahasa Melayu hendaklah ditulis di sebelah atas dan hurufnya lebih besar, sementara teks bahasa Cina dan bahasa Inggeris di sebelah bawah dan hurufnya lebih kecil. Rawatan buah dada sepatutnya rawatan payudara dan rawatan pelangsing badan sepatutnya rawatan pelangsingan badan, iaitu Pusat Kecantikan dan Pelangsingan Badan. Sila fakskan iklan saudara ke 03-21422029 untuk mendapatkan pengesahan. | Lain-lain | 01.10.2009 |
Adakah perkataan "gambar rajah" pangkal hurufnya ditulis dalam huruf besar? Yang manakah yang betul, no 1 atau no 2? 1) Alat Gu ini yang dimainkan dalam orkestra moden berdiameter kira-kira 68 sentimeter dan tingginya kira-kira 78 sentimeter (gambar rajah 4.9b) 2) Alat Gu ini yang dimainkan dalam orkestra moden berdiameter kira-kira 68 sentimeter dan tingginya kira-kira 78 sentimeter (Gambar Rajah 4.9b) | Ejaan yang betul ialah: Alat Gu ini yang dimainkan dalam orkestra moden berdiameter kira-kira 68 sentimeter dan tingginya kira-kira 78 sentimeter (Gambar Rajah 4.9b). | Ejaan | 09.05.2024 |
Adakah perkataan "Pilates" kata nama am seperti "tae kwan do" atau kata nama khas? Pangkal hurufnya dalam pertengahan ayat huruf besar atau kecil? Terima kasih. | Perkataan "pilates" ialah kata nama am. Mohon gunakan "p" (huruf kecil) untuk perkataan "pilates" di pertengahan ayat kecuali perkataan ini terletak pada pangkal ayat yang perlu ditulis dengan huruf besar, "P". | Tatabahasa | 02.08.2024 |
Saya meminati Seniwati Sarimah dalam filem "Rantau Sepanjang Jalan". Adakah betul ejaan Seniwati di dalam ayat tersebut? Atau perlu pangkal hurufnya perlu ditulis dengan huruf kecil? Mohon penjelasan daripada pihak DBP. Terima kasih. | Perkataan seniwati ditulis dengan huruf kecil. | Tatabahasa | 18.08.2020 |
Untuk mendapat pengesahan dari segi bahasa tentang papan iklan yang dilampirkan. Terima kasih. | Terjemahkan Vendor Store ke dalam bahasa Melayu, besarkan saiz hurufnya dan letakkan di bahagian kiri atau tengah. setelah dibuat pembetulan, kemukakan permohonan melalui domain "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP". | Lain-lain | 03.07.2015 |
salam sejahtera, 1. Saya mempunyai kekeliruan penggunaan perkataan 'petinju' dan 'peninju'. Mohon pihak tuan jelaskan penggunaan hukum PKTS... adakah setiap perkataan yang bermula dengan huruf-huruf tersebut perlu ditiadakan hurufnya apabila menerima imbuhan. Contoh perkataan dasar sapu, apabila menerima imbuhan pen- akan menjadi penyapu. 2. mana satu yang betul, pusat beli belah atau pusat membeli belah? sekian, terima kasih | 1. Peninju ialah orang yang meninju, manakala petinju ialah orang yang berlawan tinju. Kata dasar yang bermula dengan huruf PKTS akan gugur apabila menerima imbuhan me-. Contohnya pukul - memukul, kuis - menguis, tolak - menolak dan sepak - menyepak. 2. Pusat beli-belah, membeli-belah ialah perbuatan yang biasanya dilakukan oleh manusia. | Tatabahasa | 29.07.2012 |
Yang mana satu betul: JAKIM atau Jakim, JAWI atau Jawi (Jab. Agama Islam Wilayah Persekutuan). Minta beri penjelasan. Terima kasih. | Kata akronim hendaklah dieja menggunakan huruf besar kerana hurufnya diambil daripada huruf pertama nama asal atau suku kata beberapa perkataan yang boleh diujarkan, misalnya JAKIM - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia atau JAWI - Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan atau MARA - Majlis Amanah Rakyat. | Ejaan | 17.06.2008 |
Salam sejahtera, dalam konteks penulisan rubrik mempunyai tahap 1,tahap 2, tahap 3 dan selanjutnya, adakah kata "tahap 1" tersebut dikira sebagai kata nama khas yg perlu menukis huruf besar pd awal hurufnya seperti "Tahap 1"? Sekian, terima kasih. | Menurut data kami perkataan tahap merupakan kata umum dan ditulis dengan huruf kecil. Walau bagaimanapun, penggunaan perkataan tersebut bergantung kepada konteks dalam ayat. Sekiranya perkataan tersebut sebagai tajuk, pangkal perkataan mestilah ditulis dengan huruf besar. | Lain-lain | 16.12.2019 |
Saya ingin menjadikan gambar iklan di bawah sebagai papan iklan kekal di premis perniaggan saya. Mohon untuk memberi cadangan. | Sila pinda Kedai Telekomunikasi kepada PUSAT TELEKOMUNIKASI dan besarkan saiz hurufnya. Setelah dibuat pembetulan, kemukakan permohonan tuan melalui domain "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP", bukannya Khidmat Nasihat Bahasa. | Tatabahasa | 07.10.2015 |
Salam sejahtera. Soalan saya ialah adakah kata "ahli" dalam frasa "ahli Dewan Rakyat" perlu ditulis dengan huruf besar? | Ahli bagi Ahli Dewan Rakyat ditulis awalan hurufnya dengan huruf besar. | Ejaan | 17.09.2021 |