Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata hussain


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam. Adakah kesemua peribahasa yang terkandung dalam Kamus Istimewa Peribahasa Melayu Edisi Kedua penyusunan Abdullah Hussain dan Peribahasa Sekolah Menengah oleh Asiah Abdul Rahman terkandung dalam Kamus Dewan? Adakah peribahasa tersebut dikira standard atau baku? Terima kasih.Salam sejahtera, Untuk makluman, sebahagian besar peribahasa yang dimasukkan dalam Kamus Dewan memang daripada Kamus Istimewa Peribahasa Melayu oleh Sasterawan Negara Abdullah Hussain. Dalam Kamus Dewan Perdana, pihak editorial telah melihat kembali peribahasa-peribahasa dalam Kamus Dewan Empat dan ada membuat beberapa pembaikan makna Peribahasa. Pembaikan dibuat dari aspek makna dan keselarasan peribahasa yang muncul di beberapa entri yg berbeza. Sebarang pertanyaan lanjut, bolehlah hubungi: Puan Hairani binti Mohd Khalid, Bahagian Perkamusan, atau e-mel: irani@dbp.gov.my Sekian, untuk pemakluman.Lain-lain20.10.2020
BAGAIMANA EJAAN RINGKASAN UNTUK AMBASSADOR?... CONTOHNYA, ADAKAH YBhg. AMB. NAZIRAH BINTI HUSSAIN? TERIMA KASIH.

Untuk pengetahuan tuan/puan, singkatan sesuatu perkataan tiada yang standard. Sekiranya difahami oleh orang lain ia boleh digunakan.

Ejaan12.11.2009
1. Apakah maksud menterjemah? 2. Bahasa sumber adalah? 3. Menurut Abdullah hussain (1970), perkataan kamus berasal daripada apa? 4. Secara keseluruhan edisi terkini kamus dewan memuatkan berapa jumlah kata?, kata majmuk berapa?, terbitan?, tunggal? 5. Siapakah yang menyusun kamus eka yang pertama? 6. Perkataan dansa, nahkoda, seluar, serunai, baju dan mohor berasal dari mana? 7. Maksud transkripsi 8. Menurut Hartimurti (1974), kitab pengetahuan bahasa tidak dapat dianggap sebagai kamus murni melainkan dianggap sebagai kamus jenis apa? 9. Kamus dewan edisi terkini diterbitkan bila, berapa jumlah entri? 10. Penyusun kamus boleh menggunakan pelbagai bahan rujukan seperti kamus sedia ada, daftar istilah dan sebagainya untuk mencari maksud sesuatu perkataan. Proses ini adalah? 7.

Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat terjemahan bermaksud hasil daripada menterjemah. Terjemah bermaksud memindah daripada satu bahasa kepada bahasa lain.

Transkripsi bermaksud skrip atau teks yang penuh atau lengkap berdasarkan catatan trengkas atau rakaman.

Kamus Dewan Edisi terkini diterbitkan pada tahun 2005. untuk maklumat lanjut saudara boleh menghubungi Bahagian Perkamusan, Tingkat 23, Menara DBP.  

Makna30.01.2008
Bolehkan anda terangkan kritikan sosial yang dipaparkan dalam novel Konserto Terakhir karya Abdullah Hussain? Terima kasih!Sdr. perlu membaca novel Konserto Terakhir bagi mendapatkan jawapan kepada soalan tersebut.Lain-lain01.09.2007
Ahmad Fastaqim ISN 2.30 PTG assalamualaikum, ada lagi tak promosi satu set karya Syed hussain Al-Attas yang harga RM85.00 tu ? tqSalam dan salam sejahtera, Sila hubungi pegawai Bahagian Pengedaran dan Pemasaran DBP, Encik Zulhilmi Baharuddin melalui talian 03-41012409 atau e-mel zulhilmi@dbp.gov.my; atau Unit Pesanan, Bahagian Pengedaran dan Pemasaran melalui talian 03-41012476.Lain-lain08.05.2017
panduan untuk simpulan bahasaSaudara boleh merujuk Kamus Simpulan Bahasa Edisi Kedua (pengarang Abdulah Hussain) terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka untuk tujuan tersebut. Terima kasih. Lain-lain03.02.2009
Saya ingin tahu peribahasa yang sebenar untuk seperti kacang lupakan kulit. Merujuk Kamus Istimewa Peribahasa Melayu, Abdullah Hussain, DBP (2016) - ditulis begini - 'Lah panas hari, kacang lupa akan kulitnya.Bagai kacang lupakan kulit bermaksud orang yang lupa akan asalnya setelah menikmati kesenangan.Lain-lain18.07.2017
Peribahasa yang berkaitan dengan semangat bermasyarakatSaudari boleh membuat rujukan pada Kamus Istimewa Peribahasa Melayu (disusun oleh Abdullah Hussain) atau layari laman http://www.karyanet.com.my/knet/bahasa/kamus_peribahasa.Lain-lain30.03.2010
Hendakkan senarai peribahasa lebih daripada 200..Kami cadangkan saudara dapatkan buku Kamus Istimewa Peribahasa Melayu, yang disusun oleh Abdullah Hussain. Ada 4359 peribahasa dalamnya.Lain-lain22.06.2008
Apakah maksud perkataan bahasa tradisional ... bubunya diambil daripada Burung terbang dipipiskan ladaBerdasarkan rujukan daripada Kamus Istimewa Peribahasa Melayu Edisi kedua yang disusun oleh Abdullah Hussain, Burung terbang dipipiskan lada bermaksud sudah bersiap sedia untuk mengecap hasil yang belum lagi diperoleh.

Sastera02.06.2017
12345

Kembali ke atas