8. Selain itu, Pengerusi telah memaklumkan Ahli, TLDM akan melaksanakan Seminar atau pun Simposium yang bertaraf antarabangsa dan penganjuran aktiviti tersebut perlulah mencapai tiga objektif iaitu segala usaha nanti untuk membawa TLDM kepada World Class Standard, sempena Hari Ulang Tahun (HUT) TLDM Ke-80 dan tahun melawat Malaysia. Berlanjutan dengan itu, Pengerusi juga memaklumkan bahawa penganjuran aktiviti yang bersangkutan dengan Seminar dan Simposium haruslah diberikan penekanan agar aktiviti yang dirancang berjalan dengan lancar dan mencapai ketiga-tiga objektif tersebut. TLDM juga akan memajukan surat dan bekerjasama dengan Kementerian Pelancongan untuk mendapatkan bantuan dengan Kementerian tersebut di mana segala aktiviti yang melibatkan Seminar dan Simposium perlu dimaklumkan kepada Kabinet serta bekerjasama dengan Kementerian Pelancongan. Aktiviti yang akan dilaksanakan adalah seperti berikut: | Tidak ada pertanyaan yang dikemukakan. Maklumat yang tuan berikan berkaitan dengan minit mesyuarat. Untuk makluman tuan, dalam penulisan minit mesyuarat, Pekeliling Kemajuan Perkhidmatan Awam 2/1992 menjadi rujukan utama. Minit mesyuarat ialah dokumen sulit jabatan dan format minit mesyuarat lazimnya ditentukan oleh jabatan masing-masing. Walau bagaimanapun pada kelazimannya dalam ruangan tindakan dimasukkan nama pegawai yang berkenaan (tanpa nama jawatan). Untuk maklumat lanjut, tuan boleh merujuk buku Bahasa Laporan oleh Asmah Haji Omar, terbitan DBP. Tuan juga boleh merujuk buku tatabahasa atau laman web kami untuk melihat contoh pembentukan dan penggunaan kata yang betul bagi memastikan ayat yang digunakan itu tepat. | Tatabahasa | 13.01.2014 |
Salam sejahtera, I hv made payment on 5 Feb for dafter iklan but in Sah Dewan Bahasa, it stated that the payment has not been make. At the same time, the RM30 has deducted from my M2U. ( No permohonan 8891/2020, tajuk: Pizza Hut ) Today, 7 Feb, i made another payment and it is success. Conclusion is, i have paid total RM60 for 1 submission. Can please call me? Kindly call me if need further clarification. 019 6000546. | Mohon e-melkan resit pembayaran kepada kewangan@dbpsahbahasa.my supaya pihak kami dapat menyemak pembayaran yang telah dibuat. | Lain-lain | 07.02.2020 |
Assalamualaikum tuan, Saya ada dua (2) soalan seperti berikut: - 1) Saya ingin tahu maksud perkataan rekata dengan lebih jelas dan contoh ayat menggunakan perkataan tersebut. 2) Di manakah saya boleh mendapatkan maklumat tentang perkataan arkaik dan senarai perkataan arkaik? Adakah sebarang buku diterbitkan? Sekian, terima kasih. | Perkataan rekata merupakan perkataan yang ditandai dengan arkaik dalam Kamus Dewan Edisi Keempat yang merupakan sejenis rasi, kala. Perkataan ini tidak lagi digunakan dalam bahasa Melayu dan data berhubung dengan penggunaan perkataan tersebut tidak dijumpai. Walau bagaimanapun, perkataan rasi merupakan sekumpulan bintang dlm zodiak (mintakulburuj) terbahagi kpd dua belas kumpulan (Akrab, Asad, Delu, Hamal, Hut, Jadi, Jauza, Kaus, Mizan, Sartan, Sunbulat, Saur) | Lain-lain | 13.08.2018 |