Maklumat Kata

Kamus Bahasa Inggeris



Definisi : n 1. study concerned with cleanliness and healthy living, ilmu kesihatan; 2. cleanliness, kebersihan: personal ~, kebersihan diri. (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata hygiene


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Adakah perkataan 'higien' boleh digunakan dalam bahasa Melayu bagi menggantikan perkataan 'hygiene' dalam bahasa Inggeris?. Contohnya adalah 'hygiene technician' dan 'hygiene engineer' diterjemahkan bahasa Melayu menjadi 'juruteknik higien' dan 'jurutera higien' dalam bidang kejuruteraan. Adakah boleh diterima?Untuk makluman, tidak terdapat perkataan "higien" dalam bahasa Melayu. Padanan bahasa Melayu untuk "hygiene" ialah kesihatan atau kebersihan. Oleh itu, "hygiene engineer" dan "hygiene technician" boleh diterjemahkan kepada jurutera kesihatan dan juruteknik kesihatan atau jurutera kebersihan dan juruteknik kebersihan, bergantung pada konsep dan konteks penggunaan.Istilah05.01.2017
Apakah terjemahan bahasa Melayu bagi 'Industrial Hygiene'? Adakah terjemahannya ialah 'Industri Higien'?Istilah bahasa Melayu untuk "industrial hygiene" ialah amalan kesihatan industri.Istilah05.01.2017
Saya ingin mendapatkan pandangan untuk terjemah nama jabatan saya kepada bahasa inggeris "JABATAN PELESENAN, KEBERSIHAN DAN KESIHATAN AWAM"
Cadangan kami ialah DEPARTMENT OF LICENSING, HYGIENE AND PUBLIC HEALTH
Penyemakan dan penterjemahan18.03.2019

Kembali ke atas