Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : kata ganti nama diri ketiga; dia: ~ bercita-cita hendak menjadi doktor. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)


Definisi : kata yg diucapkan utk membenarkan, mengakui atau menyetujui sesuatu; ya. beria-ia bersungguh-sungguh: Dia ~ benar mengajak saya pergi ke Pulau Tioman. mengiakan mengatakan ia; membenarkan; menyungguhkan: Saya ~ apa-apa yg dikatakannya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
ia
Rujuk :dia

Puisi
 

Orang musafir datang memanah,
     Memanah ia di Sengam Padang;
Datang Jibrail mengambil tanah,
     Diambil ia tanah segenggam.


Lihat selanjutnya...(12)
Peribahasa

Tepungnya ia mahu,
     kuihnya pun ia mahu.

Bermaksud :

Diberi sedikit hendak banyak.

 

Lihat selanjutnya...(55)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Bagaimanakah ejaan yang betul? 1a. Ia bermazhab Syafii 1b. Ia ber-Mazhab Syafii 2a. Ia mengikuti mazhab Hanafi. 2b. Ia mengikuti Mazhab Hanafi. 3a. Ia bertarekat Naqsyabandiyah 3b. Ia ber-Tarekat Naqsyabandiyah 4a. Ia mengikuti tarekat Syaziliyah. 4b. Ia mengikuti Tarekat Syaziliyah. Adakah nama mazhab dan tarekat termasuk nama diri (proper name) dan adakah perkataan "mazhab"/"tarekat" perlu ditulis dengan huruf kapital? Terima kasih.Ejaan yang betul ialah:
1a. Ia bermazhab Syafii.
2b. Ia mengikuti Mazhab Hanafi.
3a. Ia bertarekat Naqsyabandiyah
4b. Ia mengikuti Tarekat Syaziliyah.


Dalam tulisan, huruf pertama kata nama khas ditulis dengan huruf besar
Contoh kata nama khas ialah seperti "Mazhab Hanafi"  "Tarekat Syaziliyah" dan lain-lain.
Lain-lain27.11.2021
Salam sejahtera, Saya ada persoalan tentang penggunaan kata ganti nama ketiga, ia. Bolehkah ia digunakan untuk merujuk kepada haiwan dan benda? Soalan kedua, sekiranya di dalam cerita haiwan, contohnya Si Belang (harimau), bolehkah ia digunakan untuk merujuk kepada watak Si Belang tersebut? Bukan merujuk secara langsung kepada haiwan tetapi kepada watak dalam penceritaan tersebut. Adakah penggunaan ia dibolehkan dan gramatis? Terima kasih.Berdasarkan Kamus Dewan Perdana, ia membawa maksud 1. kata ganti nama diri ketiga; 2. kata ganti nama bukan manusia.

Oleh itu, ia boleh digunakan untuk merujuk Si Belang seperti ayat di atas. Walau bagaimanapun, kami tidak menggalakkan penggunaan ia sebagai kata ganti nama ketiga yang merujuk haiwan atau benda dalam penulisan.
Tatabahasa26.04.2021
Bagaimanakah penggunaan "ia" ?Ia, kata ganti nama diri ketiga dan kata ganti benda yang dibicarakan. Penggunaan "ia" menggantikan benda/subjek (bukan binatang) yang dibicarakan adalah betul sama seperti penggunaan it dalam bahasa Inggeris yang merujuk kepada benda/subjek yang dibicarakan.Tatabahasa21.01.2013
bolehkah terangkan penggunaan perkataan "ia".Ia merupakan kata ganti nama diri ketiga dan kata ganti benda yang dibicarakan. Penggunaan "ia" menggantikan benda/subjek (bukan binatang) yang dibicarakan adalah betul sama seperti penggunaan it dalam bahasa Inggeris yang merujuk kepada benda/subjek yang dibicarakan.Tatabahasa28.11.2012
Abdul Raqiib Basiran Jun 19th, 2:58am Terdapat beberapa soalan yang ingin saya ajukan: 1. Penggunaan kata ganti nama "ia". Adakah "ia" boleh digunakan untuk merujuk kepada haiwan atau benda? Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, penggunaan "ia" dalam konteks ini dibolehkan. Ia - 1.kata ganti diri ketiga (bagi laki-laki atau perempuan), dia: hari ni ~ tidak datang ke pejabat; 2. kata ganti benda yg dibicarakan: hatta harta yg ada akan kita bahagi-bahagikan atas keyakinan bahawa ~ menjadi bekalan yg dapat menolongnya di akhirat nanti; inilah ganti rugi saman malu yg paling besar dlm sejarah negara kita walaupun ~ hanya separuh drpd yg dituntut.Ia ialah kata ganti nama diri manusia dan boleh juga merujuk benda atau perkara yang dibicarakan, tetapi "ia" tidak digunakan kepada haiwan.Tatabahasa19.06.2014
1. Apakah terjemahan yang sesuai untuk ‘skinny jeans’? 2. Apakah penggunaan betul untuk ‘ia’? Adakah ia hanya merujuk pada manusia sahaja? Atau dibolehkan untuk merujuk perkara yang tidak hidup? Seperti almari/kereta/tumbuh-tumbuhan? Juga, adakah perkataan ia dibolehkan untuk kata ganti haiwan?1. Terjemahan yang boleh digunakan ialah jean ketat.
2. Menurut Tatabahasa Dewan, ia ialah kata ganti nama diri ketiga dan kata ganti benda yang dibicarakan. Penggunaan "ia" menggantikan benda/subjek (bukan binatang) yang dibicarakan adalah betul sama seperti penggunaan it dalam bahasa Inggeris yang merujuk benda/subjek yang dibicarakan. 
Penyemakan dan penterjemahan14.01.2019
salam sejahtera, Apakah terjemahan yang sesuai bagi "It is difficult, if not impossible"? 1. Ia sukar, jika tidak mustahil 2. Ia sukar, ia tidak mustahil 3. Lain-lain (Sila nyatakan pendapat anda) Mohon pendapat DBP. Terima kasih.Frasa tersebut boleh diterjemahkan kepada "ia sukar, tetapi tidak mustahil".Penyemakan dan penterjemahan01.11.2014
Salam sejahtera. Saya mengalami kekeliruan dalam penggunaan ia dan dia. Adakah dia merujuk kepada objek yang abstrak juga sepertimana penggunaan ia? Kedua, jika ia mengalami kependekkan daripada kata dia kepada ia, mengapa tidak sama situasi sepertimana penggunaan kependekan bagi kata ganti nama diri ku dan kau yang dirapatkan dengan kata kerja?Untuk makluman, 'Ia'merupakan kata ganti nama diri ketiga atau kependekan bagi kata 'dia' dan 'iaboleh merujuk benda yang dibicarakan tetapi bukan binatang. Untuk lebih jelas, sila rujuk Kamus Dewan Edisi ke-4.Sastera16.08.2017
Salam sejahtera! Perkataan "ya" seringkali disebut sebagai ia/iya. Ejaan mana yang betul "ia" atau "iya". Seterusnya, jika ia/iya digabungkan dengan "kah", adakah ianya dicantumka? Contoh: iakah/iyakah atau ia kah/ya kah Sekian, terima kasih!Kata yang digunakan untuk membenarkan sesuatu ialah ya atau ia. Dalam konteks ayat yang diberikan, penggunaan yang tepat ialah "betulkah" kerana ia dan ya digunakan dalam ayat penyata, bukan ayat tanya. Ejaan03.06.2020
Salam sejahtera. Bolehkah pihak tuan jelaskan mengenai penggunaan kata ganti nama 'ia'? Adakah penggunaan 'ia' masih relevan pada hari ini? Sekian, terima kasih.Dalam Kamus Dewan antara fungsi "ia" ialah kata ganti nama diri orang ketiga dan kata bagi merujuk perkara yang dibicarakan, manakala dalam buku Tatabahasa Dewan, Edisi Ketiga, "ia" ialah kata ganti nama diri orang ketiga. Bagi membina ayat yang betul, "ia" hanya digunakan bagi merujuk kata ganti nama diri orang ketiga.Tatabahasa04.10.2021
12345678910...

Kembali ke atas