Assalamualaikum, tumpang bertanya 1-Hari yang ceria= adakah betul ayat ini. 2-Ada sesuatu yang sedang berlaku.=adakah betul ayat ini Bilakah perkataan 'yang' sesuai digunakan dan untuk tujuan apakah ia digunakan? 1-Pasu di atas meja @ pasu atas meja= yg manakah betul. Terima kasih kerana membantu, Assalamualaikum | 1. Ayat pertama dan kedua adalah betul. Kata hubung relatif yang berfungsi sebagai penghubung klausa utama dengan klausa kecil yang lain. 2. Frasa yang betul ialah pasu di atas meja. | Tatabahasa | 16.10.2013 |
Tuan/Puan, Saya telah semak maksud dalam Kamus Dewan untuk perkataan "melontar" dan "melontarkan". Saya masih tidak faham akan perbezaan penggunaannya dalam ayat 1, ayat 2 dan ayat 3. Apakah jawapan yang betul untuk ayat 4? Ayat 1: Ia melontar lembu itu ayat 2:Ia melontarkan puntung rokoknya ke tanah ayat 3: Ia melontar batu ke arah lembu itu Ayat 4: Dia ______ lembu itu dengan batu. | Melontar bermaksud membaling sesuatu, manakala melontarkan bermaksud menggunakan sesuatu untuk melontar/membaling. Oleh itu, lihat pembetulan bagi ayat yang salah: 1. Ia melontar lembu itu - menjadi - Ia melontar lembu itu dengan batu 2. Ia melontarkan puntung rokoknya ke tanah - betul 3. Ia melontar batu ke arah lembu itu - menjadi - Ia melontarkan batu ke arah lembu itu 4. Dia melontar lembu itu dengan batu - betul | Tatabahasa | 09.03.2011 |
Apakah pemisahan kata yang betul bagi :- 1) Dia 2) Ia 3) Ialah 4) Ianya | Pemenggalan kata yang betul ialah dia, ia dan ia-lah. Pembentukan kata ianya salah kerana ia dan nya kedua-duanya kata ganti nama diri ketiga dan tidak boleh dibentuk menjadi satu perkataan. | Tatabahasa | 24.09.2012 |
Penggunaan Tatabahasa dalam kalangan guru di perlu merujuk Tatabahasa Dewan. Bagaimana pula jika penggunaan perkataan-perkataan tertentu yang diterima pakai seperti : 1. 'Ia' dikatakan boleh digunakan untuk haiwan dan benda) ? 2. Bolehkah diberikan penerangan tentang 'ialah' dan 'adalah' dengan lebih ringkas kerana kalangan murid bukan Melayu dan penutur asli ada yang tidak boleh membezakan penggunaannya. 3. Penggunaan perkataan 'boleh' dan 'dapat' juga banyak kekeliruan. Bagaimana cara yang mudah untuk menerangkan kepada bukan penutur jati yang masih di bangku sekolah rendah dan ada juga di sekolah menengah? | 1. Ia ialah ganti diri ketiga dan kata ganti benda yang dibicarakan ,oleh itu ia boleh digunakan untuk bukan manusia. 2. Ialah menunjukkan persamaan dan hadir di hadapan frasa nama (Ayah Ali ialah Ahmad), manakala "adalah" menunjukkan huraian dan hadir di hadapan frasa adjektif (Baju itu adalah baik) dan frasa sendi nama (Matlamat utama penubuhan unit ini adalah untuk ...). 3. Kata bantu boleh digunakan untuk maksud keizinan, contoh; Mereka tidak boleh memasuki kawasan itu kerana berbahaya. Kata Bantu dapat digunakan untuk maksud keupayaan, contoh; Ayah masih tidak dapat melakukan kerja-kerja yang berat kerana badannya masih lemah. | Tatabahasa | 13.09.2008 |
1. Bolehkah 'ia' digunakan untuk merujuk kepada haiwan? Contoh: Pada suatu hari yang panas, rubah sedang berjalan melintasi padang. Ia sampai ke sebuah kebun anggur. 2. Bilakah 'kami' dan 'kita' digunakan? Harap tuan/puan boleh menjawab seawal yang boleh. Terima kasih. | 1. "Ia" tidak boleh merujuk binatang. "Ia" ialah kata ganti nama diri orang ketiga dan boleh digunakan untuk merujuk benda atau perkara yang dibicarakan, tetapi bukan binatang. 2. Perkataan kami dan kita merupakan kata ganti nama diri orang pertama yang berbentuk jamak. Perkataan kami merujuk pihak yang berbicara, iaitu penutur, pendengar, penulis, atau pembaca. Perkataan kita pula merujuk pihak yang berbicara dan yang dilawan bicara, iaitu penutur dan pendengar atau penulis dan pembaca. | Tatabahasa | 31.05.2011 |
Assalamualaikum.... Bolehkah kata ia diguna pakai selain daripada manusia. cth. 1.Kereta itu berwarna merah, ia diimport dari Jepun. 2. Perkara itu amat penting,ia perlu diselesaikan dengan segera. | Dalam ayat pertama, 'ia' boleh digunakan kerana ia merujuk perkara atau benda yang dibicarakan. Manakala dalam ayat kedua, 'ia' boleh ditiadakan dengan menggantikannya dengan 'dan'. | Makna | 28.11.2007 |
1. Bagaimanakah penggunaan kata 'ia' dengan betul? Ayat : Komputer merupakan satu yang penting dalam era glbalisasi kini. Ia bukan saja dapat menjimatkan masa malah memudahkan kerja penyimpanan data. Adakah penggunaan 'ia' dalam konteks ayat di atas betul? Adakah 'ia' cuma digunakan untuk manusia sahaja? | Ayat tersebut betul. Ia ialah kata ganti nama ketiga. Boleh juga digunakan untuk benda. Harap maklum. | Tatabahasa | 26.07.2008 |
Salam sejahtera Tuan/Puan, Saya ingin meminta penjelasan mengenai penggunaan kata " Ia " iaitu singkatan bagi kata ganti nama diri ketiga - " dia ". Bukankah "ia" hanya boleh digunakan untuk manusia sahaja ? Saya amat keliru dengan penjelasan pihak DBP di laman sesawang http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=ia&d=10 di mana jawapan yang diberikan berbunyi : 1. " Kata ganti diri 'ia' boleh digunakan untuk menjelaskan sesuatu perkara. " Soalan tatabahagsa 01.06.2008 2. "Kata ganti nama 'ia' digunakan untuk benda bukan manusia. Berdasarkan ini 'ia' tidak digunakan untuk binatang " Soalan tatabahagsa 08.07.2010 Menurut buku Tatabahasa Dewan edisi terbaru (ketiga), tiada penerangan yg terperinci ttg penggunaan kata "Ia" selain drp info di mana " Ia " digunakan untuk orang. Ada sebarang sumber online yang saya boleh merujuk ? Terima kasih. | Untuk makluman saudara, "ia" sama fungsi dengan "dia", iaitu kata ganti nama diri ketiga. "Ia" juga boleh merujuk benda atau perkara yang dibicarakan dan "ia" tidak digunakan untuk binatang. | Tatabahasa | 26.05.2011 |
1. penggunaan perkataan 'ia' adakah untuk manusia sahaja (kata ganti nama diri ke-3) atau boleh juga diguna untuk ganti nama merujuk kepada benda seperti maksud yang terdapat dalam kamus dewan edisi ke-4. Contoh ayat: Kereta itu Baharu. Ia berwarna biru. salah atau betul sila berikan ulasan. bolehkan ia disamakan dengan 'it' dalam bahasa inggeris. 2.Apakah penjelasan bagi penjodoh bilangan 'keping' dan 'papan'. 3. perbezaan penggunaan kata seru 'wah' dan 'amboi" tolong berikan ulasan. 4. Partikel 'lah' dan'tah' apakah ulasan dan penggunaannya. | 1. Kata "ia" boleh digunakan untuk orang, perkara dan benda, tidak boleh digunakan untuk binatang. "ia" boleh disamakan dengan "it" dalam bahasa Inggeris. 2. Penjodoh bilangan keping digunakan untuk benda yang pipih atau nipis seperti papan, roti, gambar, tiket, duit, kertas/syiling, getah. Penjodoh bilangan papan pula digunakan untuk benda-benda seperti mercun, asam jawa, petai, kerdas. 3. Kata seru "wah" ialah kata seru utk menyatakan kehairanan (terkejut, kagum, dll): Wah, dahsyat sungguh!; 'Amboi' ialah kata seruan utk menyatakan rasa hairan (kasihan dll) atau utk mengusik seseorang: Amboi, lajunya kereta ini! Amboi cantik sungguh awak hari ini! Sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat. 4. Partikel -lah dan -tah digunakan untuk memberikan penekanan pada bahagian-bahagian tertentu dalam ayat. Kehadiran -lah dan -tah sebagai kata penegas frasa predikat hanya berlaku apabila frasa predikat atau bahagian-bahagian yang ditegaskan itu mengalami proses pendepanan. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 261. | Tatabahasa | 03.08.2009 |
Apakah kata pengganti nama bagi barang. misalnya; Saya sukan akan basikal ini. Ia saya beli kelmarin. Betulkah penggunaan "Ia" itu? | Perkataan "ia" merupakan kata ganti nama orang ketiga, sama seperti "dia", "mereka" dan "-nya". Tiada kata ganti nama bagi barang. Dalam ayat tersebut perkataan "ia" digantikan dengan pengulangan perkataan basikal. Contoh: 1) Saya suka akan basikal itu. Basikal itu saya beli kelmarin. 2) Saya sukakan basikal yang saya beli kelmarin. | Tatabahasa | 06.12.2006 |